Cara Memohon Program Maybank Moratorium
Ini cara memohon program Maybank Moratorium di saat pendemik wabak COVID-19 yang melanda negara kita. Moratarium ini bermaksud penangguhan untuk pembayaran pinjaman bulanan kepada pihak bank dan tempoh penangguhan ini adalah dalam tempoh 6 bulan ( 6 kali pembayaran bulanan pinjaman anda ).
Ini dapat membantu kepada anda yang terkesan dengan ada nya program kawalan pergerakan atau anda yang di sah kan positif wabak COVID-19 . Secara am nya, akan ramai terkesan kerana, di saat genting ini, kebanyakkan peniagaan tidak dapat di terus kan , ada yang di arahkan bercuti serta ada yang kemungkinan akan di berhenti kan kerja jika arahan kawalan pergerakan di lanjut kan untuk tempoh 1 bulan, atau 2 bulan atau sehingga tiada lagi kes jangkitan di negara kita.
Cara Memohon Program Maybank Moratorium Untuk Penangguhan Pinjaman Selama 6 Bulan
Antara pinjaman yang terlibat semasa program Moratorium ini adalah :
- Pinjaman Kenderaan
- Pinjaman Peribadi
- Pinjaman Rumah
- Pinjaman ASB
- Pinjaman Pendidikan di bawah Maybank
Jika anda mempunyai pinjaman dengan Maybank, anda boleh menggunakan cara memohon program Maybank Moratarium di bawah . Namun, harus di ingatkan bahawa, pemohonan ini adalah tertakluk sepenuh nya kepada Maybank sama ada untuk meluluskan atau menolak permohonan anda. Ia bukan laj jaminan 100% lulus apabila anda menghantar permohonan tersebut .
Cara memohon program Maybank Moratarium :
- Anda perlu muat turun borang permohonan tersebut yang ada di dalam link di sini : DOWNLOAD BORANG MORATARIUM MAYBANK
- Cetak , isi kan semua maklumat yang di perlukan, serta turunkan tanda tangan anda di borang tersebut
- Anda perlu scan semula borang yang telah anda isi tadi, dan hantarkan nya melalui email kepada : mgcc@maybank.com.my
- Pihak Maybank anda memproses kan permohonan anda dan menghubungi anda untuk sebarang maklumat berkaitan permohonan anda.
Di bahagian terma dan syarat permohonan ini , anda akan di beri 2 pilihan sama ada :
- Selepas habis tempoh 6 bulan Moratarium , anda bersetuju untuk kekalkan bilangan / tempoh pinjaman anda mengikut perjanjian asal , tetapi anda perlu membayar ansuran yang lebih tinggi dari yang perjanjian asal. Bermakna, kata kan dalam surat asal, pinjaman perumahan anda adalah untuk tempoh 30 tahun. Jika anda pilih pilihan nombor satu ini, bermakna pinjaman anda akan kekal untuk 30 tahun, tetapi perlu bayar lebih tinggi dari amaun biasa yang anda bayar.
- Selepas habis tempoh 6 bulan Moratarium, anda bersetuju untuk kekalkan bayaran bulanan seperti biasa, tetapi tempoh pinjaman keseluruhan nya akan di tambah untuk 6 bulan lagi. Contoh nya pinjaman rumah anda 30 tahun (360 bulan) , jadi jika anda pilihan kedua ini, maka pinjaman anda akan menjadi 30 tahun 6 bulan ( 366 bulan ).
Jadi, ia bergantung kepada anda untuk pilih yang mana. Namun, pada pemahaman saya, baki pinjaman akan kekal sama dengan penjanjian asal (betulkan jika saya salah) . Atau untuk lebih mudah, anda boleh terus hubungi pihak Maybank untuk maklumat lanjut.
Kami harap dengan tips/ cara memohon program Maybank Moratarium dapat membantu anda untuk merancangan mengurangkan beban kewangan anda sepanjang tempoh wabak COVID-19 ini melanda. Doakan kita dan ahli keluarga serta seluruh rakyat Malaysia untuk terhindar dari jangkitan wabak COVID-19 ini.