Cara Link Tabung Haji Dengan CIMB Clicks

0 345

Terus link Tabung Haji dengan CIMB Clicks untuk mudahkan urusan pemindahan wang serta semak baki wang dalam tabung haji anda. Lagi pun sekarang musim-musim COVID, jadi agak sukar nak beratur dan bersesak di kaunter Tabung Haji. Jadi, online kan sahaja. Mudah lagi cepat. Jimat masa dan wang anda.

Selaind ari CIMB, ada beberapa bank lain yang menawarkan untuk hubungkan akaun Tabung Haji anda dengan mereka. Tak perlu ke kaunter, tetapi boleh terus link kan akaun anda dari perbankan online sahaja. Ok, di sini saya nak tunjukkan cara link Tabung Haji dengan CIMB Clicks. Mudah dan cepat. On the spot boleh terus link kan.

Bagaimana Nak Link Tabung Haji dengan CIMB Clicks ?

Mudah sangat sebenar nya. Follow sahaja step di bawah yer.

Langkah 1 : Pastikan anda masuk / login ke laman web cimbclicks anda. Pastikan laman web ini anda taip & ada logo kunci pada alamat browser web anda. Jangan sesekali klik pada alamat web yang anda terima dari SMS / email kerana di khuatiri, itu adalah ‘pishing’ yang mana, anda akan bakal kehilangan wang anda kelak. Bahaya..Bahaya..

Cara Link Akaun Tabung Haji

 

Langkah 2 – Klik pada “My Account”. Anda akan lihat satu tab Tabung Haji seperti di bawah. Jadi, jika anda belum  lagi link kan akaun Tabung Haji anda , ini lah masa nya. Klik pada perkataan ” Here ” untuk masukkan details akaun Tabung Haji anda.

Tabung Haji Dalam Cimb Clicks

 

Langkah 3 – Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda.

Daftar Akaun Tabung Haji Dalam Cimb

 

Langkah 4  – Setelah anda masukkan nombor akaun Tabung Haji tadi, anda perlu accept kan T &C seperti di bawah. Kemudian, klik pada butang ‘ Submit ‘ .

Cara Semak Tabung Haji Di Cimb

 

Langkah 5 –  Setelah anda masukkan semua maklumat yang di perlukan, anda akan di bawa ke laman di bawah. Pastikan semua maklumat yang terpapar adalah tepat. Jika semua ok, anda perlu masukkan TAC number .

Cara Link Kan Akaun Tabung Haji Dalam Cimb

 

Langkah 6 – Okay, dah berjaya. Yahoo..

Selesai Link Akaun Tabung Haji

Jadi, sekarang, anda boleh semak baki akaun Tabung Haji anda dengan CIMB Clicks tanpa perlu buka buku Tabung Haji anda atau perlu kemas kini di kaunter Tabung Haji. Untuk lebih mudah, anda di galakkan untuk membuat / daftar Tabung Haji anda dari laptop/desktop.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.