Cara Lembutkan Daging Paling Senang , Cepat Empuk dan Murah

3 2,139

Geng mak-mak mesti ada cara lembutkan daging paling senang dan berkesan kan ? Saya dah 2 ke 3 hari teringin nak masak sup daging atau gulai daging , tetapi bila fikir balik, malas nak buat sebab kene masak lama-lama untuk bagi daging tu empuk & lembut .

Mesti anda pernah terfikir macam ni kan… Lebih-lebih lagi bila anda berada di kenduri atau nak masak untuk apa-apa majlis , yang mana ada pula warga emas yang hadir , pasti nya anda risau jika daging tak empuk, kesia mereka yang gigi dah tak kuat / guna gigi palsu nanti ..hehe

 

Pasti anda pernah baca yang ada banyak cara lembutkan daging …

Antara nya adalah :-

  • Semasa merebus daging, masuk kan juga sudu besi bersama-sama dengan daging – Ini petua , tapi tak pasti ada kaitan sudu besi dengan nak empukkan daging .
  • Masukkan daun pokok betik / daun pokok nangka semasa merebus daging
  • Masukkan panadol semasa merebus daging – ini hanya kata-kata orang, tetapi tak pasti berkesan atau hanya mitos . Jangan cuba semasa masak lauk kenduri , mau ramai yang “terlebih sihat” nanti.
  • Perap daging selama 15 minit sebelum merebus

dan ada beberapa lagi cara lembutkan daging yang sama ada kita dapat dari Google , mahu pun petua dari orang veteran dari kita.

Saya pernah cuba merebus daging dengan cara masuk kan sudu besi & daun nangka , tetapi tetap sama dan perlukan masa yang sangat lama untuk empuk kan daging rebusan tadi . Aduhh…

 

Orang kata , ilmu itu rezeki..

 

Nak jadi kan sebab , semasa cuti Hari Malaysia yang lepas, Alhamdulillah.. saya berkesempatan balik kampung di Negeri Sembilan .. Pulak tu , jiran buat kenduri kahwin kan anak ..

Dan macam biasa, saya akan turun ke tempat masak untuk tolong-tolong apa yang patut … Dah jiran sebelah rumah, mesti lah kene tolong kan.. Jangan pulak jiran buat majlis / kenduri , kita datang makan jer ..hehe..

 

Masa kenduri tersebut , saya sempat bertugas untuk tolong masak gulai kuning daging @ masak lemak cili api daging , dan dari sini saya dapat belajar sat cara lembutkan daging paling rare, tak masuk akal, tak tercapai dek akal mu & tidak pula di sangka-sangka. 🙂

Bagaimana cara nya tu ? OK..Jom…

 

Cara Lembutkan Daging Paling Senang , Cepat Empuk dan Murah

cara lembutkan daging dengan gula-gula hakc
image source – google image @ kinidia.com

Gunakan Gula-Gula Hacks untuk melembutkan daging rebusan / masakan anda.

Ini serius ..Nampak macam tak percaya , tapi itu lah dia.. Gula Hacks boleh menjadi “pelembut” pada daging anda. Petua ini di turunkan oleh tukang masak kenduri di kampung saya. Beliau kira old timer yang dah masak lauk kenduri orang berbelas tahun .

Kata nya , beliau dah cuba pelbagai cara, tapi cara lembutkan daging paling berkesan setakat ini adalah dengan menggunakan gula-gula hacks .

Cara nya cukup mudah , jika masak daging dalam 1 periuk kecil (untuk makan-makan keluarga kecil) , cukup sekadar 1 biji gula-gula Hacks .  Jika masak untuk kenduri yang guna kawah /  periuk besar , beliau cadangkan masuk kan dalam 4 ke 5 biji gula semasa merebus .

 

Soalan Wajib :- ” Jika masuk kan gula Hacks ni, rasa lauk tu tak terjejas /jadi manis ker ? “

Jawapan –  Tiada efek apa-apa pada rasa lauk anda. Confirm 200% .

 

Sebab saya confident dengan jawapan tersebut adalah , saya sendiri yang tolong masak daging kenduri jiran saya dari awal sampai akhir . Saya sendiri yang masukkan gula-gula tersebut, dan dah mintak 3-4 orang ‘old timer’ merasa masakan tersebut , dan keputusan nya amat positif . Tiada perbezaan rasa pada lauk tersebut , dan daging cukup lembut lagi empuk.

Jadi, kami recommend anda untuk cuba cara yang mudah, berkesan dan tidak perlukan perbelanjaan yang tinggi.

 

Selamat Mencuba 🙂

3 Comments
  1. Khairul Zamri says

    Kalau guna daun pokok betik tu biasala, yang lain belum pernah guna lagi

  2. Emma says

    Guna tepung kanji sebelum masak tu perat kjap bila dah nak mask.. Basuh daging tu…

    1. MdAzlan says

      Terima kasih atas tips petua cik 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.