Cara Kongsi Duit Raya Melalui Touch n Go eWallet
Kini anda boleh kongsi duit raya melalui Touch n Go eWallet kepada kawan-kawan, sepupu atau anak buah anda. Memang mudah sangat sekarang nak share duit raya lepas ni. Anda juga boleh beri duit raya kepada anak buah anda walaupun dia tinggal beratus kilometer dari anda. Hanya perlu kirim QR code kepada mereka, dan mereka boleh scan untuk dapat kan duit raya anda.
Cuma untuk post ini, pengirim & penerima perlu menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet. Next artikel saya akan share cara untuk bagi duit raya menggunakan aplikasi perbankan seperti CIMB Clicks, Maybank2U, RHB online dan sebagai nya ya.
Cara Kongsi Duit Raya Melalui Touch n Go eWallet
Langkah cara beri duit raya melalui Touch n Go apps :
- Buka aplikasi Touch n Go anda.
- Klik pada ikon ” Transfer “.
- Untuk buat perkongsian duit raya, anda klik ikon ” Money Packet” dan klik “Create Money Packet” .
- Ada 2 option untuk share duit melalui apps TNG iaitu : Bagi saya, pilih option ” Equal”
- Random – Pilih ini jika anda nak kawan-kawan anda claim lebih dari sekali dan anda dapat tengok siapa yang paling banyak claim dari QR code anda.
- Equal – Ciri yang baru di perkenal kan tahun ini. Dengan Equal,anda boleh set berapa orang yang boleh claim dengan nilai duit yang sama untuk kesemua orang tadi. Contoh anda nak beri duit raya kepada 60 orang kawan-kawan anda dengan setiap seorang akan dapat sebanyak RM0.25. Jadi, dengan equal, semua 60 orang rakan anda tadi akan dapat sama nilai setiap seorang.
- Oppsss..Lupa nak pesan, pastikan akaun eWallet Touch n Go anda mempunyai baki yang mencukupi untuk create money packet anda. Ada orang yang bagi RM0.01 / code, ada yang bagi RM0.50 / claim code, atau ada yang power (biasa jarang jumpa), dia boleh bagi RM2-5/ claim code.
- Selepas dah siap set kan amaun duit raya anda, sila klik ” Preview “
- Kemudian, apps akan tunjukkan sampul duit raya yang tertera nama serta amaun anda. Semak semua maklumat yang update tadi, klik butang ” Create Money Packet “
- Kod duit raya melalui Touch n Go tersebut anda boleh kongsi QR Code, Link atau terus ke akaun media sosial anda. Anda boleh share ke Facebook, Whatsapp dan sebagai nya.
Itu sahaja, mudah serta pantas apabila anda nak beri duit raya melalui Touch n G0 Malaysia .Kawan-kawan anda boleh terus scan code anda dan claim duit raya dari anda. Jom saya tunjukkan cara claim bila anda dapat QR code anda:
- Buka apps Touch n Go anda. Klik pada ikon “Scan”.
- Anda boleh terus scan QR code atau boleh download dulu dalam Gallery.
Apa-apa pun, tak kisah lah berapa yang kawan-kawan anda bagi, RM0.01 atau RM1.00, terima seadanya yer. Orang nak bagi , kita ambil je kan.Bagi lebih syukur, bagi sikit redha je. Yang penting, jangan meminta-minta. Kita bukan pengemis, cuma sekadar berkongsi rezeki sahaja.