Cara Keluarkan Duit ASB Online, Guna Apps Je
Tak perlu beratur lagi, ini cara keluarkan duit asb online sahaja yang akan menjimatkan masa serta lebih selamat. Biasa lah, zaman sekarang ni ramai yang terdesak sampai sanggup nak membuat jenayah. Jika dahulu, cara keluarkan duit ASB hanya boleh di lakukan melalui kaunter ASB , bank-bank atau Pos Malaysia. Kelemahan bila perlu withdraw duit ASB secara manual adalah, anda perlu ambil cuti untuk pergi ke kaunter-kaunter ASB, atau jika anda keluar di waktu rehat tengahari pun, anda perlu terkejar-kejar nak masuk semula ke pejabat, dah lah tak sempat nak makan lunch kan.
Untuk kali ini, saya sharekan bagaimana anda boleh bawa keluar duit ASB anda melalui aplikasi myASNB sahaja, tanpa perlu keluar dari pejabat ada. Untuk anda yang belum ada aplikasi My ASNB, sila download dan link kan akaun ASB anda sebaik sahaja selesai pendaftaran di aplikasi tersebut
Cara Keluarkan Duit ASB Online, Guna Aplikasi MyASNB Di Hujung Jari
Anda boleh follow step di bawah, senang sahaja,tak susah 🙂
- Buka aplikasi MyASNB anda – Jika belum ada, boleh download sahaja secara Percuma di Play Store / Apps Store .
- Di bahagian Dashboard apps anda, klik pada ikon ‘ Jualan Balik ‘ – yang ada lambat tangan terima duit tu .
- Di page Jualan Balik, pilih Unit Amanah yang anda nak buat pengeluaran. Saya hanya ada satu akaun ASB sahaja, jika anda ada lebih dari satu akaun, boleh pilih salah satu akaun tersebut. Terus klik pada akaun tersebut
- Di page Jualan Balik , masukkan jumlah unit yang anda nak keluarkan. Minimum pengeluaran adalah RM100 dan ke atas. Klik pada bahagian anda bersetuju dengan Terma & Syarat. Kemudian klik pada butang ‘Next’ .
- Di page ‘Pengesahan Pemegang Unit’ ,sila semak info yang tertera. Selepas semua maklumat betul , klik pada butang ‘Hantar’ .
- Selesai. Anda akan terima duit pengeluaran anda pada hari bekerja berikut nya. Sila semak akaun bank anda pada hari bekerja keesokan nya.
Namun, untuk cara keluarkan duit ASB melalui online, anda hanya boleh keluarkan maksima RM2’000 sahaja untuk 1 bulan. Terma ini ada di nyata kan dalam page Terma & Syarat di aplikasi MyASNB anda. Ini contoh pengiraan yang mudahkan untuk anda memahami had pengeluaran anda. Jadi, jika anda perlu kan duit yang lebih dari RM2’000 dari ASB anda, cara lain adalah anda keluarkan duit anda di kaunter bank atau pejabat Pos Malaysia berdekatan anda.
Bagi saya, cara keluarkan duit ASB secara online ini lebih memudahkan saya tanpa perlu beratur serta habis kan cuti tahunan anda. Banyak transaksi yang anda boleh buat secara online sekarang seperti Tabung Haji ke bank-bank simpanan anda. Ada kawan-kawan saya tanya, lebih baik simpan duit di ASB atau Tabung Haji ? Pada pendapat peribadi saya , simpan di Tabung Haji lebih baik kerana simpanan anda telah di zakatkan secara automatik, cuma kebiasaan nya dividen ASB lebih tinggi berbanding TH. Terpulang kepada anda 🙂 .
Yang penting, anda ada simpanan untuk kegunaan kecemasan anda kelak.