Jimat Bateri Telefon 20% Selepas Uninstall Aplikasi Ini
Nak jimat bateri telefon pintar anda bukan lah sesuatu yang susah. Cuma ramai pengguna smartphone abaikan tips ini demi menjaga keharmonian status di dinding akaun Facebook mereka.
Cara paling mudah untuk jimatkan bateri telefon bimbit anda adalah dengan uninstall aplikasi Facebook dari telefon anda. Hanya tekan butang “uninstall” , dalam beberapa saat , anda sudah mampu memanjangkan jangka hayat bateri telefon anda sehingga 20% dari biasa.
Saya dah lama uninstall aplikasi Facebook ini dari senarai aplikasi di samrtphone saya. Setakat ini, saya berpuas hati dengan prestasi bateri telefon saya ini. Boleh lah tahan sehingga 1 hari walaupun dengan penggunaan mobile internet yang kerap.
Salah satu sebab kenapa perlu uninstall aplikasi ini adalah, secara tidak sedar, aplikasi ini masih beroperasi secara ‘background’ walaupun selepas anda menutup aplikasi tersebut. Ia akan tetap bersambung dengan talian internet anda untuk mendapatkan update terbaharu yang berkaitan dengan akaun anda. Secara tidak langsung, ia tetap menggunakan kuasa bateri telefon anda walaupun anda sedang tidur dengan nyenyak.
Sebagai alternatif untuk akses akaun Facebook, anda boleh menggunakan aplikasi internet sedia ada di telefon bimbit anda seperti Google Chrome / Opera / Firefox /Safari.