Cara Guna Test Kit Covid Air Liur

0 24

Nak buat test Covid ? Ini cara guna test kit covid air liur yang lebih mudah, tidak sakit kan lubang hidung serta boleh di buat sendiri di rumah tanpa perlu ke klinik kesihatan terdekat dengan rumah anda. Untuk buat test sendiri ini, sebenar nya ujian ini boleh menggunakan air liur atau calitan hidung, tetapi pasti nya anda lebih selesa buat ujian menggunakan air liur kan.

Jadi, ini pertama kali saya buat ujian kendiri ini di rumah kerana tekak saya agak kering dan perit. Risau jugak dengan keadaan kes yang masih tinggi sekarang, so saya decide untuk buat test sendiri di rumah.

Cara Guna Test Kit Covid Air Liur Yang Mudah, Cepat, Tak Sakit dan Boleh Di Buat Pada Bila-Bila Masa.

newgene test kit covid

Saya menggunakan test kit NewGene Bioengineering. Saya check dalam list approved test kit, yes, brand yang saya guna ni ada dalam list yang SAH untuk di gunakan. Jadi, kalau anda nak beli test kit Covid, saya cadangkan anda terus beli di farmasi yang berhampiran dengan anda supaya anda dapat test kit yang betul-betul di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Takut terbeli yang murah sangat yang bukan dalam list KKM, takut keputusan nya tak tepat dan salah.

newgene test kit covid approve by kkm

 

Okay, dalam kotak kit ini, anda akan dapat :

unboxing newgene test kit covid split

  1. Penutup Samples Extraction Tube
  2. Extraction Samples Tube
  3. Dropper / Penyedut
  4. Nasal Swab – Untuk calitan dalam hidung
  5. Tempat untuk ludahan
  6. Test Card
  7. Manual Sheet

Untuk brand lain, kebiasaan nya pasti lebih kurang sama.Mungkin hanya bentuk atau saiz item nya sahaja berbeza.

Jika test kita anda dah lengkap , semua item dalam kotak dalam keadaan baik, jadi jom lah mula kan ujian pengesanan Covid anda :

 

Langkah 1 – Ambil kertas yang di sediakan untuk anda ludah dalam tempat simpanan ini . Untuk keputusan yang lebih baik dan tepat, sebaik nya, di sarankan anda buat test ini selepas bangun dari tidur (sebelum sarapan & gosok gigi ) kerana ia akan tidak menganggu keputusan ujian anda. Namun, mungkin anda terlupa kan, dan dah termakan terminum (macam saya.. hehe), jangan risau..masih boleh buat ujian ini, cuma kena pastikan anda sudah kumur mulut anda sebersih mungkin sebelum melakukan ujian anda. Nak lebih yakin, mungkin boleh buat selepas 30 minit selepas makan minum. Jika tak sempat takpe, boleh terus buat, janji kumur dengan baik.

tempat ludah

 

Langkah 2 – Sedut ludahan anda tadi menggunakan penyedut yang di berikan. Ambil lah sedikit pun boleh. – Maaf gambar ni jangan bayang kan semasa anda tengah makan yer. Saya tak bertanggungjawab sebab anda geli ke apa..hehe. Ini contoh sahaja.

sedut ludah

 

Langkah 3 – Buka penutup container extraction samples tube ini, dan masukkan sample air ludah anda tadi ke dalam tube ini. Tak perlu banyak, hanya perlu 3 titis sahaja air liur anda ke dalam tube ini. Selepas ini, goncang dan picit-picit di bahagian bawah tube ini supaya air liur anda sebati dengan cecair dalam tube ini. Ambil masa 1-2 minit untuk goncang / picit ok.

presentation1

 

Langkah 4– Titiskan 3 titis samples anda pada test kit tersebut. Di bahagian lubang kecil, bukan yang panjang yer. Untuk dapatkan result, tunggu sehingga maximum 15 minit untuk keputusan nya keluar. Macam results saya, dalam 2-3 minit sudah dapat keputusan. Jika results anda tidak nampak dalam tempoh 15 minit, bermakna ujian anda adalah salah / invalid. Mungkin ada silap semasa proses ujian contoh nya titisan tidak cukup, atau air liur ada larutan makanan menggangu keputusan anda.

cara guna test kit covid air liur

Jika results invalid nak buat macam mana ? Anda perlu ulang semula ujian ini dengan langkah yang lebih baik dan betul. Jangan skip mana-mana langkah seperti di atas yer. So, apa keputusan ujian yang saya buat ni ? Alhamdulillah, negative. Semoga kita semua terus di lindungi oleh Allah SWT dari sebarang musibah.

results negative

 

Ini lah cara guna test kit Civid air liur yang mudah kan? Sesiapa pun boleh buat sendiri tanpa perlu kan kelayakan dalam bidang kesihatan. Memang mudah, cepat serta boleh di buat di mana-mana serta bila-bila masa sahaja. Jadi cadangan saya, anda beli lah beberapa unit test kit ini dari farmasi berhampiran anda dan simpan di rumah / dalam beg semasa balik kampung untuk mudah nak buat ujian Covid anda.Harga pun murah sahaja test kit ini kerana harga di kawal oleh kerajaan. 1 unit test kit ini boleh di beli pada harga RM19.90 sahaja. Mungkin akan lebih murah selepas ini bergantung pada harga siling dari kerajaan.

 

Untuk cara guna dari pihak pengeluar Newgene, anda boleh rujuk panduan di bawah :

newgene saliva test kit manual

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.