Cara Guna Shopee Coin Untuk Harga Lebih Murah

6 10,530

Bagaimana cara guna Shopee coin supaya harga barang yang kita beli di Shopee tu dapat harga yang lebih murah ? Saya akan bongkarkan cara bagaimana anda boleh gunakan setiap coin yang anda dapat dari Shopee untuk tebus pada pembelian seterus nya.  Yang best, harga yang anda bayar lebih rendah dari orang lain yang membeli tanpa guna coin.

Chupp.. Anda tahu tak berapa nilai untuk setiap coin yang anda dapat dari Shopee tu ?

 

Okay. Untuk 1 coin, anda akan dapat nilai bersamaan RM0.01. Contoh anda ada 50 coin dalam akaun Shopee anda, bermakna, anda akan dapat nilai RM0.50 untuk penebusan nanti. Jika ada 1000 coin, anda akan dapat RM10. Begitu lah kiraan nya. Cuna check, anda ada berapa coin dah tu ? Share dengan saya di komen di bawah .

 

BAGAIMANA CARA GUNA SHOPEE COIN SUPAYA DAPAT HARGA LEBIH MURAH DARI BIASA

Cara Guna Shopee Coin Dapat Diskaun

 

Jadi, cara guna Shopee Coin semasa membuat pembelian di Shopee adalah dengan anda perlu membuat pembelian item anda di penjual yang dalam dua kategori di bawah ini :

  1. Mall – Pejual rasmi sesuatu brand atau kedai-kedai yang mempunya nama besar.
  2. Preffered – Penjual biasa tetapi mempunyai prestasi cemerlang dari segi service dan kepuasan pelanggan.

Tebus Shopee Coin Di Shopee Malaysia

Anda hanya boleh tebus Shopee coin anda melalui 2 jenis seller tersebut sahaja. Seller lain yang tiada tag merah tersebut, anda tidak akan boleh gunakan Shopee Coin anda dengan mereka. Bermakna, anda perlu bayar harga penuh.

 

Di mana cara guna Shopee coin ni ?

 

Baik. Anda boleh gunakan Shopee Coin terkumpul anda semasa di bahagian “Checkout” . Anda hanya perlu tick sahaja pada “Redeem Shopee Coin” , dan sistem Shopee akan automatik tolak kan berapa amaun yang sama nilai dengan jumlah Shopee Coin yang anda tebus tadi. Contoh seperti di bawah.

Gambar 1  – Jika anda tidak menggunakan Shopee coin anda / seller bukan dari 2 golongan di atas, maka anda perlu bayar sebanyak RM201.00

 

Check Out 1

 

Gambar 2  – Jika anda menggunakan Shopee Coin dari 2 golongan di atas, anda akan dapat jimat lagi dengan hanya bayar RM199.6. Ini hanya 134 coin sahaja, bayang kan anda ada 2000 coins, bermakna, anda dapat diskaun sebanyak RM20 dari harga biasa. Lagi banyak coin terkumpul anda, lagi banyak diskaun yang akan anda dapat.

Shopee Check Out 2

 

Ini lah cara guna Shopee Coin anda untuk anda dapat beli barang di Shopee dengan harga yang jauh lebih murah lagi. Ada juga customer yang guna coin mereka pada harga sales seperti 10.10 atau 11.11. Dah lah harga murah dengan diskaun dari penjual, tambah pula diskaun lagi bila anda tebus Shopee coin anda. Jadi double jimat kat situ. Baru puas hati shopping kan. 🙂

Perhatian ! Nak Tahu Cara Untuk Dapatkan 4 Angka Jualan Seminggu ? Belajar di sini :

Sekarang anda dah tahu cara guna Shopee Coin terkumpul anda. Tetapi, bagi yang basih baru dalam dunia online shopping Shopee ni, dekat mana nak cari coin-coin Shopee ni ? Mana nak dapatkan tu ?

Baiklah. Alang-alang kita bagi tips tadi, saya bagi sekali cara kumpul Shopee coin jugak. Cuma untuk coin banyak, anda perlu rajin pun banyak..hehe. Sebab ada yang anda perlu collect secara manual dan ada yang akan auto masuk ke akaun Shopee coin anda.Jom saya ceritakan sedikit :

 

Cara Collect 1– Melalui Daily Coin Tab di Shopee apps anda. Atau Shopee sistem akan trigger setiap jam 12 tengahari untuk anda collect Shopee coin anda. Cuma cara ni, tak banyak coin yang anda boleh kumpul. Ia ikut bilangan hari dengan maksima  7 hari secara berturut-turut. Jika anda tak collect 1 hari, anda perlu ulang semula dengan 1 coin.  Jumlah yang akan anda dapat dalam masa 7 hari adalah 28 coin (RM0.28). Jadi, rajin-rajin lah tekan collect coin ni ya.

Klik Untuk Tebus Coin Anda

Cara Collect 2  – Dengan ikut program “Shake-shake” Shopee. Biasa nya akan ada tab / ikon Shake di apps Shopee smartphone anda. Hanya perlu goncang/ goyang kan smartphone anda untuk collect seberapa banyak coin yang anda mampu. Namun, sekarang tak tak banyak fungsi ni, biasa nya Shopee akan aktifkan fungsi ni semasa hari sales yang besar seperti 11.11. Jika dulu banyak , hari-hari biasa pun ada shake-shake.. hmm.. kecewa..

 

Cara Collect 3  – Ini cara paling baik sebab anda akan dapat banyak coin sekali gus iaitu dengan membeli item melalui penjual yang join program 10% CashBack. Refer tag kuning seperti di bawah. Cari panjual yang ada tag kuning tersebut, beli dari mereka dan anda akan dapat 10% nilai coin dari jumlah nilai pembelian anda. Contoh anda beli nilai harga RM100, anda akan dapat coin sebanyak 1000, iaitu bersamaan RM10. Tapi anda akan dapat coin tersebut apabila transaksi sudah complete sahaja dan coin tersebut anda boleh guna pada pembelian seterus nya. Jadi, beli dulu, nanti claim kemudian.

Contoh 10 Cashback

Ok lah, dengan perkongsian cara guna Shopee coin ini, di harap anda mendapat manfaat dengan dapat lebih berjimat semasa online shopping anda. Kenapa perlu bayar lebih, jika anda ada cara untuk jimatkan bajet shopping anda kan ?

 

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda. Jika ada apa-apa soalan berkaitan , anda boleh tinggalkan komen di ruangan di bawah. Saya akan cuba bantu anda sebaik mungkin dengan apa maklumat yang saya tahu dan faham.

6 Comments
  1. Noura says

    Perkongsian yang bermanfaat bagi pengguna baru..terima kasih saudara Azlan.

    1. MdAzlan says

      sama2 cik. alhamdulillah

  2. umieja says

    Penerangan yg jelas dan lengkap – sangat membantu saya (pengguna baru) d shoppee. Terima kasih atas inisiatif saudara

    1. MdAzlan says

      Alhamdulillah. 🙂 .

  3. Fulda says

    Bang, cara nak tukar koin Shopee ke shopeepay bisa tak?

    1. MdAzlan says

      Maaf, Tidak boleh. Coin hanya boleh di tebus semasa pembelian, tidak boleh di tukar ke nilai duit.

      TQ 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.