Cara clear cache Android phone – Vivo
Saya sangat recommend untuk clear cache Android phone anda sebelum buat sebarang major update terutama nya apabila melibatkan operating system update seperti update dari Android 13 ke Android 14. Tujuan nya adalah bagi melancar kan system operasi smartphone anda selepas buat major update tersebut. Ini kerana, apabila pengeluar smartphone memberi kan major system update kepada pengguna, ada sesetengah pengguna mereka yang merungut bateri smartphone mereka cepat habis (drain) dan phone cepat panas berbanding dengan system operasi yang sebelum nya.
Antara kelebihan apabila anda buat clear cache Android phone terutama sebelum major system update adalah :
- Mengurangkan ruang simpanan data phone anda dan membantu untuk optimize data yang sedia ada dalam phone anda dengan lebih cepat.
- Mampu meningkatkan daya tahan bateri smartphones anda kerana, system phone anda tidak perlu bekerja terlalu keras untuk optimize system selepas update. Bateri tak lah terlalu cepat nak drain dan phone pun tak cepat panas.
- Mengurangkan isu phone crash jika ada aplikasi yang tidak compatible dengan update terbaharu tersebut.
Jom saya tunjukkan cara bagaimana nak clear cache Android phone anda – Boleh di guna pakai untuk kebanyakkan jenama Android phone. Dalam artikel ini, saya guna smartphone saya sendiri, Vivo X70 Pro yang perlu buat major update dari Android 13 ke Android 14.
Langkah-langkah untuk clear cache Android phone
Simple saje step nak clear cache Android smartphone anda. Tak susah pun. Tak terlalu teknikal sangat yer, dan jangan risau bab data smartphone anda ok. Kerana cache hanya lah temporary data yang di simpan di dalam system phone anda sahaja, dan ia tidak akan memberi impak kepada fungsi aplikasi di phone anda. Data di dalam aplikasi sedia ada seperti login ,password atau gambar-gambar dalam gallery/picture dan sebagainya kerana ia masih akan kekal seperti biasa. Tak kan hilang . Cuma seperti yang saya jelas kan dalam langkah # 4 di atas, jangan clear kan data ya, just klik “clear cache” sahaja.
Untuk lebih ketenangan minda, ye lah, malang tak berbau, kadang phone kita tiba-tiba buat hal, skrin terpadam / phone masuk air/ tenggelam banjir, so saya amat recommended korang untuk selalu buat back up data dalam cloud seperti Google drive. Nanti saya akan share kan cara bagaimana nak back up data dalam smartphone anda ke cloud secara automatik.