Cara Check Saman Polis JPJ Dengan MYEG
Ini cara check saman Polis JPJ dengan menggunakan MYEG sahaja. Lebih mudah, cepat dan tepat. Memang seram lah kalau kita kena saman kan, tetapi kita kena terima hakikat yang saman adalah di sebabkan kesalahan berkaitan jalanraya yang kita sendiri lakukan. Anda perlu bayar saman anda juga yer, jika masih tertunggak, mungkin anda ada masalah nak renew lesen atau insuran kenderaan anda.
Sebelum ini, kami ada tunjukkan cara bagaimana untuk check saman menggunakan SMS (baca sini : Cara Semak Saman Dengan SMS ) , jadi dalam artikel kali ini, kami bawakan pula bagaimana cara check saman Polis JPJ dengan menggunakan laman website MYEG .
Kenapa kami pilih MYEG ? Ini kerana,dari dapatan kami, anda akan dapat keputusan semakan saman anda lebih cepat berbanding dengan cara SMS. Ada masa SMS masih tak di terima walaupun sudah 1-2 jam berlalu, mungkin juga bergantung kepada coverage telco serta sistem SMS yang mengalami kesesakan server .Namun, katakan anda tiada PC/laptop dan anda pula berada di luar kawasan/pejabat , jadi SMS adalah cara check saman Polis JPJ yang lebih baik.
CARA CHECK SAMAN POLIS JPJ MENGGUNAKAN LAMAN WEB MYEG.COM.MY
Untuk tahun 2022-2023, MYEG dah update website mereka untuk lebih mudah pengguna mereka menggunakan website mereka. Jadi, untuk check saman melalui MYEG, anda boleh klik pada ikon ‘PDRM’ di hadapan website tersebut. Untuk lebih mudah, follow step di bawah :
- Masuk ke website MYEG Malaysia
- Di bahagian depan website ini, anda klik pada ikon ‘PDRM – Check Summons’
- Anda akan di bawa ke page Royal Malaysia Police. Di page ini, selain dari anda boleh semak saman, anda juga boleh membuat pertanyaan mengenai saman tersebut, dan anda juga boleh request/purchase untuk dokumen berkaitan accident .
- Di page Royal Malaysia Police -MYEG tersebut, boleh tekan butang ‘Check Summons’ > Jika anda belum ada akaun dengan Myeg, sila daftar terlebih dahulu yer, Jika sudah apa, boleh terus login dengan username & password . Selepas login, anda akan di bawa ke page ‘MyBayar Saman’ di bawah kelolaan PDRM.
- Di page ‘MyBayar Saman’ ini juga, anda perlu daftar untuk pertama kali. Jika sudah daftar, boleh terus ‘Sign In’ macam biasa.
- Selepas Sign In, anda akan di bawa ke Dashboard anda sendiri. Tiada saman ? Tahniah 🙂 . Ada outstanding saman ? Sila bayar. hehe.
Jadi, saya bersih dari sebarang saman okay. Yeahhh 🙂 .. Fikiran lebih tenang dan duit boleh guna pada keperluan lain. 🙂
Ouh ya, cara check saman Polis JPJ ini boleh di semak melalui smartphone anda melalui aplikasi MyBayar Saman dari PDRM. Aplikasi ini boleh di muat turun dari Google Play Store, Apple App Store & Huawei App Gallery. Percuma sahaja.
Ada berita baik buat anda yang menpunyai saman tertunggak dan pening kepala nak kumpul duit untuk bayar saman, kini anda layak dapat diskaun pengurangan nilai saman sehingga 70%.. wooowwww,.. 70% diskaun tu.. Rugi lah korang tak grab secepat mungkin. Contoh anda ada saman RM300 , jadi anda hanya perlu bayar RM90 sahaja.. Jimat RM210 . Tapi promosi 70% diskaun ini terhad dari 01 ~ 31/Ogos/2020 sahaja okay.. Sila bayar sekarang .
Info lanjut di : https://www.rmp.gov.my/news-detail/2020/07/30/hebahan-pengurangan-saman-jpj-sehingga-70
Cara check saman Polis JPJ menggunakan MYEG amat cepat dan pantas menggunakan laptop / desktop anda. Atau boleh juga semak saman menggunakan smartphone anda. Sila berhati-hati semasa memandu kenderaan anda, jangan bawa laju serta jangan melanggar peraturan jalan raya. Keselamatan di jalanraya adalah tanggungjawab bersama.
saya ada soalan jika saya check melalui sms terdapat satu saman tapi bila guna myeg tiada saman pula yg dikeluarkan? macam mana ya?
Setahu saya, jika saman masih baru, akan lambat update. Cuma jika saman tu dah lama, saya rekemen tuan check terus di balai trafik berhampiran . 🙂