Cara Check No SSM Peniaga Online Terkini
Sejak tahun 2016, pihak kerajaan Malaysia telah mewajibkan peniaga online membuat pendaftaran perniagaan mereka melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) . Dengan mendaftar di SSM, ia bukti yang suatu perniagaan tersebut adalah betul dan sah di sisi undang-undang .Ia juga di lihat sebagai situasi untuk melindungi pihak pengguna di Malaysia yang sebelum ini kerap di tipu semasa membuat pembelian dalam talian.
Jika di lihat dari statistik penipuan online di Malaysia, ia jelas agak membimbangkan. Semakin banyak aduan di terima oleh pihak berkuasa setiap hari dan amaun yang tipu mencecah jutaan ringgit setiap tahun.
Sumber Gambar : Sinar Harian.
Jadi, jika anda yang berhajat untuk membuat pembelian melalui online,pastikan anda membeli dari laman web yang di percayai sahaja. Atau jika nak beli dari penjual Facebook , Mudah, Lelong atau mana-mana lama sosial, pastikan anda tanya kepada penjual tersebut :-
Soalan ini sangat penting bila anda mula nak membeli sesuatu pada peniaga online. Jika peniaga tersebut memberi kan pelbagai alasan, sila berhati-hati dengan dia kerana seperti ada sesuatu yang di sorok kan kepada anda. No pendaftaran SSM sepatutnya di pamerkan, di nyatakan dengan jelas dan boleh di hebahkan sewaktu menjalankan sesuatu urusan jual beli kerana ia sebagai ID pengesahan perniagaan anda.
Jika anda lihat papan tanda pada kedai-kedai di kawasan anda, pasti anda akan dapat lihat nombor pendaftaran peniagaan merekan bukan ? .Dalam resit jualan pun ada di nyatakan no pendaftaran perniagaan mereka. Jadi, tiada alasan untuk menyorokkan nombor perniagaan mereka.
Setelah peniaga memberikan anda nombor pendaftaran SSM mereka, anda ambil sedikit masa untuk check nombor SSM yang di beri supaya ia adalah benar, tulen dan bukan milik orang lain.
Ini cara check no SSM perniagaan melalui portal rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia .Ia sangat mudah dan boleh menyelamatkan anda menjadi mangsa penipuan yang seterus nya :-
- Masuk ke portal rasmi SSM di :- https://www.ssm-einfo.my/
- Jika ini adalah pertama kali anda masuk ke portal ini, anda perlu daftar kan maklumat anda untuk membuka akaun baru.
3. Masukkan details seperti yang di perlukan. Username, password dan sebagainya. Tick kan kotak terma & syarat sebagai tanda setuju dengan syarat SSM. Setelah lengkap,tekan butang “Submit” .
4. Login semula ke portal SSM ini menggunakan username & password yang anda daftar kan sebentar tadi. Selepas masuk ke dashboard my-e Account anda, cari kotak “Search – for company /business information” dan tekan Enter.
5. Masukkan no SSM yang hendak di semak / nama syarikat dan tekan Enter. Nah..maklumat syarikat tersebut akan di nyatakan di portal ini. Jika no SSM yang di semak ada di dalam portal ini,maka peniagaan yang di jalankan adalah sah dan boleh di percayai.
Ini lah cara check no SSM sebelum anda berurusan dengan peniaga khas nya peniaga online. Jangan jadi mangsa penipuan lagi. Cara check no SSM ini juga sangat berguna jika anda nak buat pembelian dalam kuantiti yang besar / melibatkan jumlah wang yang besar. Banyak kes yang saya lihat terutama nya kes penipuan pre-order iPhone . Ada yang tertipu berpuluh ribu ringgi bila agen ambil order & duit, dan serahkan pada syarikat yang di wakili, tetapi lesap begitu sahaja.
Sila berhati-hati dengan kepesatan teknologi sekarang yang membuka banyak peluang kepada si penipu. Mereka semakin licik dari hari ke hari . Di bawah adalah bagaimana anda boleh kenali jenis-jenis penipuan di internet .