Cara Bayar Semak Cukai Tanah Johor Secara Online

1 20,332

Dah masuk tahun baru 2022 ni, jangan lupa bayar cukai tanah yer. Tak pernah check ? Ini cara check / semak cukai tanah Johor secara online. Memang wajib bayar yer cukai tanah setiap tahun, sebab jika anda tak bayar, kemungkinan harta berkaitan dengan anda akan di tarik atau di ambil tindakan. Jadi, macam mana nak check serta bayar cukai tanah untuk penduduk di negeri Johor ? Jom saya sharekan cara semak cukai tanah Johor di bawah ya

 

Cara Check / Bayar / Semak Cukai Tanah Johor Secara Online

 

Ouhh ya.. Untuk negeri Johor, bagi anda yang ada rumah di Johor, anda perlu bayar 2 jenis cukai iaitu :

  1. Cukai harta 
  2. Cukai tanah

Berbeza tau.. Sebelum ni pun saya tah tahu. Selalu dapat notis bayaran cukai harta sahaja, ingatkan dah cover semua sekali. Sekali dah check boleh online ni, terkejut jugak bi;a saya ada tunggakkan cukai tanah lama. Jadi, tanpa membuang masa, saya bayarlah secepat mungkin untuk elak di denda /penalti lewat bayar .Ini tanggungjawab bersama demi kesejahteraan anak cucu kita nanti.  

 

Langkah-langkah untuk semak cukai tanah anda di bawah : 

 

Langkah 1 : Masuk ke website https://johorpay.johor.gov.my/

semak cukai tanah johor

Selain dari website, anda juga boleh muat turun aplikasi JohorPay di smartphone anda juga. Cara nya tetap sama dengan di website.Saya lebih selesa membuat urusan di website kerana cukai ni bayaran pun setahun sekali saje. Jika apps tu kerap guna seperti mobile banking, baru berbaloi untuk download. Itu saya lah, depends pada mana yang anda lebih selesa. 

 

Langkah 2 : Jika anda baru pertama kali semak cukai tanah Johor dan dalam masa yang saya, anda tiada akaun JohorPay , sila buat pendaftaran baharu yer. Ikut langkah-langkah dalam proses pendaftaran akaun. Mudah sahaja. 

 

Langkah 3 : Ini lah paparan dashboard akaun Johor Pay anda. Jika anda bayar cukai anda sebelum 1-June-2022, akan akan dapat rebat sebanyak 5% dari jumlah cukai anda. Jadi, rebut peluang ini segera yer. Walaupun tak banyak 5%, tetapi jadi lah kan dari takda. hehe.. Terima kasih kerajaan Johor.

dashboard johorpay

 

Kemudian, klik pada menu “Pembayaran” dan klik pada “Pilih Agensi” . Kemudian pilih option “Pentadbiran Tanah Johor” dan  pilih “Cukai Harta” 

dashboard johorpay bayaran cukai tanah johor online

pilih agensi johor pay

Di bahagian carian bayaran ini, anda boleh pilih sama ada nak semak menggunakan nombor kad pengenalan, atau nombor hakmilik atau nombor lot. Jika rumah tersebut di daftarkan atas nama anda sendiri, lebih senang semak menggunakan nombor kad pengenalan. Namun, jika rumah / tanah anda di daftar kan atas nama orang lain / ahli keluarga , boleh pilih semak menggunakan nombor hak milik / nombor lot. Jika anda tak pasti nombor hakmilik/ nombor lot, boleh semak dengan pejabat tanah berhampiran anda. 

 

Selepas masukkan nombor kad pengenalan anda, tekan butang “Cari” ..Nah, ini lah bayaran yang perlu anda jelas kan sebelum 1-Jun setiap tahun.

maklumat cukai harta untuk tahun 2022

 

Langkah 4 – Setelah siap semak cukai tanah Johor pada tahun taksiran terbaharu, jadi anda boleh lah untuk teruskan pembayaran. Sila tick pada list pembayaran anda dan tambah kan dalam troli. Kemudian, klik pada butang “Teruskan dengan Pembayaran” untuk ke laman pembayaran. Anda boleh pilih kaedah pembayaran melalui online banking atau kad debit / kad kredit. Teruskan dengan bayaran, dan selesai bayar cukai tanah anda secara online. 

pembayaran online

 

Jangan lupa untuk simpan resit pembayaran anda okay. Mudah untuk nak track semula bila pembayaran yang anda dah buat. Jika di lihat dalam media sosial, ada promosi di pihak PBT yang menawarkan free gift/ cabutan bertuah bagi pembayar cukai tanah yang terawal setiap tahun. Mana tahu rezeki anda, bayar cukai, dapat hadiah juga.

 

Mudah sahaja nak check/ semak cukai tanah Johor secara online tanpa perlu beratur panjang / perlu ambil cuti semata-mata nak check berapa cukai yang di kenakan pada anda. 

Jika artikel ini bermanfaat pada anda, sila share kan artikel ini kepada rakan -rakan anda sebelum 31-May yer supaya mereka boleh bayar cukai mereka sebelum tarikh tamat pambayaran. 

 

1 Comment
  1. Nor says

    Tq…saya ambil info ini sahaja…lain tiada la

Leave A Reply

Your email address will not be published.