Cara Check Baki Pinjaman dan Tunggakan PTPTN Online
PTPTN Online – semak baki pinjaman atau tungakan loan PTPTN anda tanpa perlu call atau pergi ke cawangan mereka. Lebih jimat masa serta boleh di semak pada bila-bila masa sama ada siang , malam mahupun semasa cuti hujung minggu. Mudah serta pantas. Bagaimana untuk semak sebarang tunggakan pinjaman PTPTN anda? Saya share kan cara nya di bawah.
Cara Check Baki Pinjaman dan Tunggakan PTPTN Online Di Mana-Mana dan Bila-Bila Masa.
Buat semakan baki PTPTN online – Langkah #1 – Login ke laman web rasmi PTPTN
Masuk ke laman web rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di :- https://www.ptptn.gov.my/ dan klik pada tab ” Bayaran Balik”
Buat semakan baki PTPTN online – Langkah #2 – Tab bayaran balik pinjaman.
Ada banyak tab dalam laman page Bayaran Balik, jadi untuk check baki pinjaman anda, klik pada kotak ” Penyata Pinjaman Online – Semakan Penyata Pinjaman Ujrah dan Konevensional Secara Online ” . Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan anda & tekan butang Semak. Seterus nya masukkan User ID iaitu nombor IC anda serta password.
Jika anda pertama kali login ke website PTPTN , sila klik pada “Permohonan Kali Pertama” dan isi semua info yang di minta.
Buat semakan baki PTPTN online – Langkah #3 – Semak Baki Terperinci
Di bahagian Menu, anda pilih ” Penyata Baki Terperinci ” jika anda nak tengok baki serta sejarah transaksi dengan lebih details serta anda boleh semak transaksi pinjaman anda dari tahun-tahun yang sebelum nya. Atau anda juga boleh klik pada menu “Penyata Baki ” di mana, ia akan memaparkan summary/ ringkasan pinjaman anda.
Senang je kan semak pinjaman PTPTN online anda.
Jadi, anda perlu lah merancang pembayaran pinjaman anda setiap bulan yer. Hutang ini wajib di bayar mengikut perjanjian semasa kita buat permohonan ke PTPTN semasa mula-mula nak sambung belajar dulu. Dalam perjanjian, duit yang kita dapat tersebut adalah dalam kategori pinjaman, jadi bila pinjam, perlu di bayar semula lah. Jangan culas untuk bayar pinjaman anda kerana, bayaran anda tu akan membantu ahli keluarga kita kelak yang nak sambung pembelajaran mereka.
Jika anda ada masalah untuk buat bayaran, mungkin belum dapat kerja atau di buang kerja, boleh terus hubungi pihak PTPTN untuk perbincangan mengenai jadual pembayaran semula yang lebih flexible. Jika anda berdiam diri sahaja, kelak mungkin surat peringatan akan sampai ke alamat anda. Jika anda masih tiada respon, ada kemungkinan surat tuntuan mahkamah pula sampai. Naya pak karim beb..
Selain dari check baki pinjaman & status bayaran balik pinjaman PTPTN menerusi website , anda kini sudah boleh semak juga melalui aplikasi PTPTN yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store.
Menerusi aplikasi MyPTPTN ini, anda boleh :
- Buat bayaran balik PTPTN online
- Bukan dan tambah untuk simpanan SSPN,
- Permohonan untuk pemotongan gaji.
- Permohonan pemotongan secara debit terus.
Ouh yaa, ini berita baik untuk anda yang nak diskaun untuk baki pinjaman PTPTN anda . Cepat grab diskaun ini !!
Pembentangan Bajet 2022 oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) memberikan manfaat kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman.
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang diberikan bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022 adalah seperti berikut:
Pilihan 1 – Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
Pilihan 2 – Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
Pilihan 3 – Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
Untuk lebih maklumat lanjut berkaitan diskaun PTPTN ini, boleh rujuk di laman rasmi PTPTN di : Diskaun PTPTN 2022
Dapatkan maklumat berkaitan promosi / info / pengumuman terkini PTPTN di saluran media sosial mereka di :