Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Johor
Aduh gigi sakit pulak time PKP ni. Macam mana cara nak buat temujanji klinik gigi kerajaan masa ni ? Kali ini saya tunjukkan untuk nak booking appointment untuk klinik gigi kerajaan di negeri Johor ya. Yer lah, time-time Covid ni, memang semua nya di sekat / di limitkan. Itu yang payah nya. Sabar jer lah okeh.
Untuk cara buat temujanji untuk negeri lain , saya percaya cara nya lebih kurang sama, cuma link yang ada sedikit berbeza.
Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Johor
Langkah 1 : Klik pada link ini . Link rasmi untuk tempahan slot di klinik pergigian milik kerajaan negeri Johor. Ia cover untuk semua daerah di Johor – http://jknj4.moh.gov.my/qrtca/ . Laman utama adalah seperti di bawah.
Langkah 2 : Anda perlu pilih Daerah kediaman anda serta jenis klinik yang anda nak buat tempahan. Semua daerah Johor ada tersedia, mana kala untuk “Jenis Klinik”, ini anda perlu pilih “Klinik Pergigian” dan pilih klinik gigi kerajaan terdekat dengan rumah anda. Dah confirm, sila tekan butang “Seterusnya”.
Langkah 3 : Masuk kan nombor kad pengenalan anda untuk sah kan identiti anda sebagai rakyat Malaysia. Tekan butang Carian dan info anda akan di paparkan. Kemudian, tekan Pilih Tarikh Temujanji untuk buat temujanji baharu atau jika anda dah pernah buat temujanji sebelum ni dan nak check semula, anda tekan butang Semakan.
Langkah 4 : Anda perlu pilih Rawatan yang anda nak buat. Ada Cuci/Tampalan Gigi atau Cabut/Jumpa Doktor. Macam saya nak tempah temujanji untuk cuci gigi, jadi saya pilih butang cuci gigi tersebut. Kemudian, pilih tarikh temujanji yang sesuai dengan masa anda. Pilih tarikh yang kotak warna biru yer. Yang merah tu dah penuh. Ada org lain dah booking awal dari anda.
Kebiasaan, slot untuk cuci gigi / tampalan memang ambil masa yang lama dan limited untuk satu hari. Yer lah, nak cuci gigi dan tampalan kan bukan lah dalam ketegori keutamaan kan. Jadi, sebab tu lah tarikh nya akan lama. Macam saya nak booking ni dalam bulan June, tetapi tarik yang available hanya lah ada pada September. Punya lah lama kan, tapi sebab murah. Cuci gigi hanya RM2 sahaja, jadi berbaloi lah tunggu.
Kalau tak sangguh tunggu, anda boleh terus ke klnik gigi swasta, cuma sediakan duit dalam RM150-200 bergantung kepada keadaan gigi anda.
Kalau anda nak jumpa doktor gigi atau nak cabut gigi, biasa nya banyak temujanji boleh di buat dalam tarikh terdekat. Tiada masalah.
Bila dah confirm date, masa serta isi semua maklumat yang di perlukan, sila tekan butang “Tempah Tarikh” .
Langkah 5 : Di musim pandemik ni, anda perlu isi maklumat kesihatan berkaitan dengan Covid-19. Sila jujur dengan semua jawapan anda yer. Setalah selesai isi semua jawapan, anda tekan butang Tempah Temujanji untuk dapatkan confimation.
Langkah 6 – Anda akan di belikan slip confirmation untuk tempahan anda. Untuk memudahkan anda nanti untuk tidak lupa dan memudahkan urusan di kaunter, sila print slip ini atau anda boleh screenshot dalam smartphone anda. Selesai
Ini lah cara bagaimana boleh buat appointment / temujanji klinik gigi kerajaan Johor .Pastikan anda datang semasa temujanji yer. Jika ada apa-apa halangan,sila call klinik tersebut untuk ubah tarikh atau pembatalan.