Cara Buat Link Whatsapp Paling Mudah
Banyak cara buat link whatsapp yang di ajar oleh ramai cikgu-cikgu internet marketing. Kenapa ramai nak tahu cara buat link whatsapp ? Sebab nya, anda tak perlu save nombor telefon bimbit orang yang anda tak kenali , tetapi boleh terus hantar message kepada mereka. Mudah kan ? Tak perlu penuh kan phonebook dengan nombor orang lain lagi.
Seperti kebanyakan cara buat link whatsapp yang di ajar, anda perlu mengguna kan aplikasi mereka atau website yang mengguna kan API dari pihak Whatsapp. Jadi, anda perlu login ke aplikasi / website penyedia perkhidmatan create Whatsapp link untuk dapatkan link yang anda boleh share dengan pelanggan / orang yang anda tak kenali. Ada juga cara buat link whatsapp dengan hanya menaip link anda sendiri .. Ada banyak cara ..
Baca : Cara Mudah Whatsapp Tanpa Save Nombor Telefon
Untuk kali ini, saya nak share lagi satu cara mudah untuk anda hasilkan link direct Whatsapp ke nombor anda.Namun, fungsi ini hanya terhad untuk aplikasi Whatsapp Business sahaja. Aplikasi Whatsapp yang baharu tidak boleh. Dengan cara ini juga, anda boleh aplikasi kan pada instagram anda. Kami akan tunjukkan cara buat link whatsapp di Instagram di bawah.
Bagaimana Cara Buat Link Whatsapp melalui aplikasi Whatsapp Business ?
SYARAT UTAMA – Anda perlu ada apps ” Whatsapp Business “
Aplikasi Whatsapp business ini adalah aplikasi khas yang di bangun kan untuk para peniaga bagi memudahkan proses berkomunikasi dengan para pelanggan mereka . Kami ada sedia kan review kenapa anda perlu guna Whatsapp business di bawah :
Langkah 1 Cara Buat Link Whatsapp – Klik pada bahagian 3 titik pada penjuru atas Whatsapp Business anda . Anda akan masuk ke bahagian setting . Klik pada bahagian ” Business Setting” .
Langkah 2 Cara Buat Link Whatsapp – Klik pada butang “Short Link” – Ini akan membawa anda kepada link yang di khas kan untuk nombor telefon bimbit anda tanpa perlu masukkan details nombor telefon bimbit anda.
Langkah 3 Cara Buat Link Whatsapp – Anda akan terus dapat link untuk Whatsapp anda seperti di bawah,. Ia bermula dengan https , di mana, ini menunjukkan link ini selamat di guna kan kerana certified SSL .
Langkah 4 – Anda boleh terus share link whatsapp anda kepada aplikasi yang lain. Ini sangat mudah. Anda juga boleh copy link anda dan simpan ke dokumen lain , supaya anda boleh terus guna kan link tersebut semasa berkomunikasi dengan pelanggan , atau anda attachkan dalam post anda di Facebook. Jadi, anda tak perlu masuk semula dalam Whatsapp anda untuk copy link tersebut berulang kali.
Langkah 6 – Anda boleh edit link tersebut dengan menambah info lain berkaitan produk / servis anda,jadi anda mudah untuk kenal apa yang pelanggan anda mahu berurusan dengan anda, Cara nya adalah, masukkan info pada bahagian ” Create a default message ” .Anda boleh masukkan apa saja yang berkaitan seperti contoh di bawah
Cuma dengan cara ini, anda akan dapat link yang agak panjang seperti di atas. Namun jangan risau, anda boleh pendekkan lagi link tersebut dengan menggunakan aplikasi “link shotener” seperti Goolge URL Shorterner , Tiny URL, Bit.ly dan sebagai nya .
Jadi, lebih mudah kan 🙂 . Senang saje cara buat link Whatsapp yang terus boleh dapat dari apps Whatsapp anda tanpa perlu taip / login / enter details dalam website lain .
Namun, cara ini masih ada kelemahan apabila, ia hanya lah basic untuk dapatkan link Whstapp dengan mudah . Kelemahan lain :
- Terhad untuk pengguna Whatsapp business sahaja buat masa ini. Apps Whstapp biasa masih belum ada sehingga artikel ini di tulis.
- Anda tak boleh sembunyikan nombor telefon anda pada link tersebut. Tidak seperi aplikasi / website penyedia link Whatsapp (terutama berbayar), anda boleh custom link Whatsapp anda kepada nama brand / business / syarukat anda dan ia nampak lebih profesional.
- Tiada tracking untuk jejak semula pelanggan yang Whatsapp anda menggunakan link ini. Jika anda menggunakan aplikasi Whatsapp lain (terutama yang berbayar), anda akan dapat masukkan code pixel sama ada dari Facebook atau Google untuk menjejak semula pelanggan anda tersebut . Anda boleh guna kan data tersebut untuk buat proses pemasaran lain – Ini kita bincang di topik yang lain. Advance dah nie..hehe
Link whatsapp anda ini juga masuk di gunakan pada instagram anda. Cara buat link Whatsapp di Instagram lebih kurang sama dengan cara yang lain. Anda copy link Whatsapp anda tadi, dan masukkan ke bahagian Bio akaun Instagram anda . Jangan letak pada caption , kerana Instgram tidak akan convert sebarang link dalam caption anda. Ia akan jadi perkataan / ayat biasa sahaja. Jadi, Cara buat link Whatsapp di Instagram adalah edit di bio IG “Website” anda.
Jadi, nak create link Whatsapp anda sendiri mudah kan? Sepanjang pengalaman saya berurusan dengan pelanggan, mereka lebih suka info / iklan yang ada Whatsapp link kerana mereka dah tak perlu susah-susah untuk simpan nombor telefon anda , kemudian baru Whatsapp. Hanya perlu klik link anda, dan mereka dah boleh terus berkomunikasi dengan anda.
Di harap dengan perkongsian ini, anda boleh terus dapat link Whatsapp anda. Boleh kongsikan cara buat link Whatsapp ini kepada kawan-kawan anda ye.. 🙂