Cara Buat Link Telegram Tanpa Nombor Phone

12 17,589

Mudah jer nak cara buat link telegram tanpa perlu beri nombor phone korang pada orang lain. Banyak beri link Telegram kepada mereka, jadi mereka akan boleh terus chat korang. Link telegram tersebut korang boleh terus share di Instagram, Facebook, Whatsapp atau di mana-mana social media korang.

Walaupun di Malaysia ni, Whatsapp adalah juara untuk aplikasi mesej (paling banyak di gunakan), tetapi ada beberapa kelebihan Telegram yang Whatsapp tiada. Menarik sebenar nya Telegram ni. Saya akan senaraikan kan di hujung artikel ini.

MUDAH NYA CARA BUAT LINK TELEGRAM TANPA PERLU SAVE NOMBOR PHONE

Cara Buat Link Telegram Tanpa Save Nombor Phone
Image by Ümit Solmaz from Pixabay

 

Cara buat link Telegram -Step 1 – Buka aplikasi Telegram korang. Tekan pada “3 Line” pada bucu kiri atas sekali.

Cara Buat Link Telegram Mudah 2

 

Cara buat link Telegram -Step 2– Tekan pada butang ‘Setting’ . kemudian, tekan pada butang ‘Username’.

Cara Buat Link Telegram Mudah 1

 

Cara buat link Telegram -Step 3– Korang akan dapat lihat ada 1 link pada page setting username ini. Yang link warna biru tu. Jadi, untuk dapatkan link Telegram korang, senang jer..Korang tekan link biru tu lama-lama. Kemudian, copy link tersebut dan paste kan di mana-mana social media korang. Itu sahaja. Senang kan ?

Cara Buat Link Telegram Mudah 3

 

Jadi, hanya dengan 3 step cara buat link Telegram ni, boleh lah korang invite sesiapa pun untuk terus chat korang di Telegram. Ouh ya, tadi saya ada janji nak beritahu apa kelebihan Telegram berbanding Whatsapp kan? Baik. Ini lah apa yang best Telegram berbanding dengan Whatsapp. Cara ini juga boleh di jadikan sebagai cara membuat link channel telegram juga.

Jika korang pun cari cara buat link Whatsapp, saya ada kongsikan di sini :- Buat Link Whatsapp
  1. Korang boleh buat channel group Telegram yang boleh menampung sehingga 200K peserta dalam nya. Berbanding Whatsapp, max boleh join adalah 248 peserta sahaja. Jika dah penuh, perlu buat group yang lain.
  2. Di Telegram, korang boleh share apa jua file sehingga max 1.5GB.. Movie pun boleh share..hehe
  3. Tak perlu risau bila tukar smartphone baru sebab, janji anda gunakan nombor phone yang sama, semua chat anda tetap ada tanpa perlu cari database lama. Berbanding Whatsapp, korang perlu save kan database dulu sebelum nak pindah ke phone baharu. Lepas tu perlu syc semula. Lecehh..
  4. Ada fungsi ‘Dark Mode’ . Di Whatsapp ? Sampai sampai sekarang masih belum ada. Entah bila nak buat.
  5. Menyokong fungsi Bot. Bot ini ibarat robot di Telegram, yang banyak fungsi . Memang baik kalau pandai guna.

Ada lagi kelebihan lain, tapi saya akan cerita kan di artikel yang akan datang la yer. Terus kan follow blog saya ni. Jika ada apa-apa soalan , boleh terus komen di bawah ok.

 

12 Comments
  1. Kholah says

    Hi.. Kenapa telegram saya tiba² takde butang new channel hanya ada butang new group shj.
    Sblm ini ada je..

    1. MdAzlan says

      Maaf, mungkin ada setting yang tersalah tekan.
      Atau boleh terus uninstall semula, then install yang baru.

      1. Sha says

        Saya pun alami masalah yg sama. Tiada pilihan new channel hanya ada new group sahaja. Dah reinstall telegram tu.

        1. MdAzlan says

          Mungkin ada setting lain.. Saya pun kurang pasti. Maaf yer

  2. liza says

    assalamualaikum, ada tak cara utk merge 2 kump menjadi 1..

    1. MdAzlan says

      Waalaikumsalam.
      Maaf, saya kurang pasti. 🙂

  3. aznie says

    Maaf nak tanye, kita boleh hide x number kite as owner ke dlm group?

    1. MdAzlan says

      Setakat ni saya cuba tidak boleh hide kan.

  4. Aulia says

    Terima kasih atas ilmunya. Baru nak berjinak-jinak dengan telegram. Senang guna untuk share info dekat telegram nih.

    1. MdAzlan says

      Sama2.

  5. Yaya says

    Hi yaya nk bli barang nie

    1. MdAzlan says

      Barang apa tu?

Leave A Reply

Your email address will not be published.