fbpx

Cara Buat Grafik & Banner Website Percuma

1 23

Jika anda pening-pening dan tak tahu macam mana nak buat grafik, anda wajib guna tools online ini. Cara buat grafik & banner website dengan Canva.com ini adalah PERCUMA. Kecuali anda banyak duit dan perlukan grafik yang lebih profesional dan menyentuh jiwa, maka anda perlukan upah designer luar dengan bayaran lebih tinggi.

Kebiasaan nya, upah designer luar bergantung kepada hasil kualiti, hasil kerja dan cara kerja sesorang desginer tersebut. Lagi tinggi kualiti dan berkesan sesebuah karya , lagi tinggi modal yang anda perlu bayar.

Alternatif Untuk Upah Designer dari Luar Negara :- Cari & langgan designer melalui Fiverr.

Apa yang Canva.com offer kepada anda ?

cara-buat-grafik-secara-percuma

Anda kini boleh menghasilkan pelbagai jenis grafik seperti bina logo, cover photo untuk akaun Facebook/Twitter/YouTube Channel , banner iklan di website , iklan media sosial seperti iklan di Facebook, dan banyak lagi. Ia juga mempunyai filter untuk gambar anda.

Anda juga bebas menggunakan jutaan gambar , icon atau font tulisan yang sedia di dalam tools mereka.Namun, ada beberapa design / gambar yang premium akan di caj kepada anda dalam sekitar USD1 untuk setiap item yang akan di gunakan. Tetapi jangan bimbang, gambar / design / font yang percuma lebih banyak berbanding yang berbayar. 🙂 .

Ini beberapa contoh jenis design yang anda boleh hasilkan melalui Canva ini :-

cara-buat-banner-website-percuma-canva

Jika anda tidak mempunyai idea atau buntu design macam mana yang hasilkan gambar yang cantik, Canva ada menyediakan page inspirasi design ( design yang di hasilkan oleh pengguna lain dan di kongsi untuk rujukan umum ) di :  https://www.canva.com/design-stream

Ini contoh design yang saya telah hasilkan sepanjang saya sertai acara Mycybersales 2016 yang lepas. hehe..Ok lah.. design amatur sebab saya memang kurang kreatif bab design nie..hehe .. Ouhh yaa..anda juga sebenarnya boleh hasilkan resume anda melalui Canva.com ini.. Pasti nya resume akan akan lebih cantik, nampak sangat profesional dan berpotensi tinggi untuk di lihat oleh para majikan anda.

hasil-design-mycybersales

So, bagi anda yang mencari cara-cara buat grafik yang mudah dan percuma, anda mesti menggunakan Canva ini. Anda hanya perlu daftar dan mula design grafik anda di website :- https://www.canva.com/

Selamat Mendesign . 🙂

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

1 Comment
  1. cik tom says

    wah kreatif…cantik banner yang dah design tu..

Leave A Reply

Your email address will not be published.