Cara Buat Ansuran Kad Kredit Maybank
Anda nak beli barang yang mahal ? Jangan risau, kerana anda boleh buat ansuran kad kredit Maybank tanpa faedah sehingga maksimum 3 atau 4 tahun (bergantung kepada kedai). Ini bermakna, anda beli barang idaman anda tersebut tanpa sebarang faedah di kena kan kepada pembelian anda.
Contoh nya anda berminat nak beli Apple Iphone 14 Pro 256GB pada tanda harga RM5’799 , tapi anda rasa sayang nya nak keluarkan simpanan anda sebanyak itu untuk beli smartphone tersebut atau anda tiada duit cash sebanyak itu buat sementara waktu . Jadi, anda ada peluang ke dua untuk dapatkan iPhone idaman anda tersebut iaitu dengan membuat pembayaran melalui skim ansuran mudah tanpa faedah. Ini bermakna, anda hanya bayar RM5’799 sahaja tanpa di kena kan sebarang bunga/ faedah kepada pembelian anda tersebut.
Jika anda buat pembelian melalui ansuran /pinjaman online atau ansuran biasa, anda akan di kena kan faedah mungkin 4-5% sebulan , yang akhir nya anda perlu bayara sebanyak sehingga 2x ganda dari harga asal phone tersebut. So, bagaimana anda nak buat pembayaran tanpa di kena kan faedah ? Jom saya tunjukkan cara nya. Saya tunjukkan cara dengan menggunakan kad kredit Maybank, tetapi ada beberapa lagi kad kredit bank lain yang boleh guna kan cara yang sama.
Bagaimana Anda Nak Buat Ansuran Kad Kredit Maybank Tanpa Di Kena kan Sebarang Faedah ?
- Online shipping platform (Lazada, Shopee, etc.)
Jika anda lebih suka online shopping, anda boleh guna kan ansuran kad kredit Maybank yang di sedia kan oleh pihak Shopee & seller. Ada bank-bank lain juga yang turut serta seperti CIMB & Public Bank.
Bagiamana nak tahu barang yang anda beli tersebut boleh buat ansuran atau pun tidak ?
Untuk makluman anda, tidak semua item yang ada dalam Shopee/ Lazada mempunya kemudahan ansuran 0% faedah , ia nya bergantung kepada seller sama ada mereka mengambil bahagian atau tidak. Kebiasaan nya, jenama-jenama besar, mereka ada sedia kan kemudahan ini.
Nak check di mana ?
Lihat pada bahagian keterangan produk seperti di bahagian #1 , ia ada di nyata kan berkenaan “installment” . Anda boleh klik pada “View Plans” untuk lihat berapa bulan yang anda boleh pilih serta bayaran untuk setiap bulan.
Cara pembelian sama dengan cara beli di Shopee / Lazada, anda perlu “Add to Chart” dan di bahagian “Checkout”nanti, pilih berapa bulan ansuran yang sesuai dengan anda, serta masukkan semua maklumat kad kredit anda semasa pembayaran. Settle .
Anda akan di kena kan terus untuk bayaran pertama setelah pembelian anda berjaya. Untuk ansuran ke-2, ia akan secara automatik di charge ke kad kredit anda pada tarikh yang sama untuk bulan hadapan. Cuma pastikan had baki kad kredit anda mencukupi, kerana pihak bank akan terus tolak semua amaun yang anda gunakan dari baki kad kredit anda, hanya bayaran sahaja perlu di buat secara ansuran setiap bulan.
Masih belum clear ? Takpe, saya ringkas kan pengiraan seperti di bawah:
Jadi mudah kan untuk buat ansuran kad kredit Maybank atau bank-bank lain melalui Shopee / Lazada ? Yang penting anda mempunyai baki had kad kredit yang mencukupi.
2. Mohon 0% payment program semasa pembayaran di kedai.
Cara kedua untuk dapatkan 0% fees untuk ansuran kad kredit Maybank adalah dengan terus apply di kedai/ store berhampiran dengan anda yang menyertai program Maybank EZ Pay. Di bahagian kaunter pembayaran store / kedai tersebut akan mempunyai tanda/signboard yang menyata kan kedai tersebut ada tawar kan program Maybank EZ Pay 0% Installment.
Atau untuk lebih mudah, anda boleh semak kedai-kedai yang menyertai program tersebut di sini : – Maybank 0% EZ Pay Merchant
Cara bayaran untuk ansuran kad kredit Maybank EZ Pay 0% ini sama dengan online shopping di atas. Anda akan di kena kan bayaran selepas pembelian anda berjaya serta pembayaran seterus nya akan di update selepas bulan berikut nya. Sebelum membuat pembayaran, anda perlu beritahu cashier yang bertugas yang anda mahu bayar dengan 0% installment & mereka akan set kan semasa pembayaran di buat. Jika anda tidak beritahu cashier tersebut, anda akan di caj seperti biasa & anda perlu buat bayaran penuh amaun yang anda guna.
Sedikit nasihat saya, elakkan berhutang untuk item yang bukan keperluan anda. Ikut kemampuan anda, jangan terlalu boros berbelanja mengguna kan kad kredit kerana kad kredit ada kebaikan & keburukan nya. Saya percaya ramai kawan-kawan kita yang terperangkap dengan hutang kad kredit. Kebiasaan nya, mereka akan selalu merungut yang hutang kad kredit mereka tak habis-habis bayar walaupun tak miss bayar setiap bulan. Untuk anda yang pandai gunakan kad kredit serta ada duit simpanan untuk cover , bagi saya tiada masalah.
Anda sekarang guna kad kredit dari bank mana ? Boleh share kan ? 🙂 . Mungkin ada kad kredit yang beri banyak kelebihan / point .