Cara Beli Kad Touch n Go Baru NFC

0 469

Bagaimana anda boleh beli kad touch n go baru yang ada NFC tu ? Ramai cari kat stesen-stesen minyak tapi pulang dengan hampa kan. Kad touch n go baru tu sangat laku keras tau, sekejap je dah sold out. Ada juga yang siap beli dan jual balik dengan harga 4-5 kali ganda. Itu pun ada lagi yang sanggup beli kad yang luar dari harga sebenar iaitu dalam RM10 sekeping sahaja.

Jadi, di sini saya akan kongsikan bagaimana anda boleh beli kad touch n go baru tu secara online je. Tak perlu tercari-cari lagi di kedai luar sana. Saya dah beli dalam 3 kali untuk ahli keluarga saya , dan semua kad tersebut sampai dengan selamat. Jangan bimbang, kad tersebut anda akan dapatkan dalam official store Touch n Go. Biasa nya kad-kad TnG yang di jual di kedai adalah kad biasa / kad jenis lama yang anda perlu top up nilai secara manual di stesen minyak / kedai 7E.  Memang leceh kan sebab nak kena cari kedai lagi.

 

Cara Beli Kad Touch n Go Baru NFC Secara Online & Pasti Bukan Scam

 

Simple je cara nya, follow step di bawah :

  1. Pastikan anda ada aplikasi Touch n Go di smartphone anda. Jika belum ada , boleh dapatkan secara Percuma di Play Store / Apps Store.
  2. Klik pada ikon TnG – di tab paling atas – kanan.
  3. Di page Touch n Go, klik pada bahagian ‘ Order Touch n Go Card ‘
  4. Klik ‘Order Now’
  5. Di sini, anda akan di bawa ke official store Touch n Go di Lazada Malaysia. Jadi , anda perlu ada akaun Lazada untuk teruskan pembelian kad Touch n Go baru anda yer. Jika belum ada akaun Lazada Malaysia, sila daftar. Official store TnG ada di Shopee tetapi Shopee jual RFID sahaja. Jadi, anda perlu beli kad di Lazada sahaja.
  6. Klik pada butang Buy Now untuk teruskan pembelian anda.
  7. Selesai. Tunggu order anda di hantar oleh pihak kurier.

 

cara beli kad touch n go baru di apps

 

cara beli kad touch n go baru di apps-2

Buat masa sekarang, di sebab kan permintaan yang sangat tinggi untuk kad touch n go baru, pihak TnG hanya membuka order secara ‘Pre-Order” buat masa ini. Anda perlu tunggu dalam tempoh  14 hari waktu bekerja untuk kad anda mula di pos kan kepada anda.

Tak mengapa lah, tunggu sekejap untuk senangkan anda di kemudian hari. Sementara waktu tunggu order di pos, boleh gunakan kad yang lama dahulu.

Jika artikel ini membantu anda, boleh tolong share kan artikel ini dalam social media anda yer. Atau share terus dengan kawan-kawan anda.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.