Cara Beli dan Top Up Kad Touch N Go Baru Dengan NFC

0 12,058

Tahu tak dengan kad Touch N Go baru yang ada NFC, anda boleh terus tambah nilai / top up baki Touch n Go anda terus dari smartphone anda tanpa perlu pergi mencari pam minyak / kedai 7E, atau mencari kiosk tambah nilai di pasaraya-pasaraya besar . Hanya tambah nilai di aplikasi TNG eWallet di smartphone anda sahaja. Jimat masa, hanya tap sahaja pada phone anda sahaja, dan kad touch n go anda akan terus di tambah nilai.

 

Kad Touch n Go NFC ini di jual secara rasmi nya pada 22/April/2022. Anda boleh dapatkan kad baharu ini dari kedai rasmi Touch n Go atau secara dalam talian iaitu order dari aplikasi TNG eWallet anda. Jom saya tunjukkan cara bagaimana anda boleh dapatkan kad baharu ini bermula dari 22-April-2022.

Cara Order Kad Touch N Go Baru NFC di aplikasi TNG eWallet

 

Sebelum tu, kita lihat dulu, apa perbezaan antara kad yang lama (tiada NFC) dengan kad baharu yang anda teknologi NFC

new tng nfc card
Sumber info / gambar : https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/

 

Perbezaan ketara untuk kad touch n go baru dengan kad lama adalah pada fungsi ” Tambah nilai dengan baki eWallet ” direct dari smartphone anda , fungsi lain masih sama. Ini di sebabkan pihak TNG mendengar keluhan pengguna mereka yang mana, untuk tambah nilai kad touch n go lama, mereka perlu keluar ke stesen minyak / kedai serbaneka atau kiosk TNG untuk tambah nilai baki secara manual. Jadi, ini sangat menyukarkan pengguna di zaman yang dah canggih ni. Kenapa perlu top up manual, sedangkan kad-kad lain dah boleh terus top up secara online.

Terlupa top up baki Touch n Go ? Ini cara nya : Jangan Cemas. Follow cara ini

 

Sebab tu ramai teruja dengan kad touch n go baru ni sampaikan pada petang 22/April, dah SOLD OUT kad baharu ni. Memang laku keras beb.. So, kena lah tunggu stock baru masuk yer. Namun, anda jangan risau, menurut pihak TnG, anda masih boleh dapatkan kad baharu NFC ni di stesen minyak Shell & Petronas berhampiran anda (tertakluk pada stock). Semak stesen yang turut serta menjual kad baharu ini di sini -> https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/participating-outlet/

Bagaimana nak beli kad baru ni ?

 

Sebelum tu, satu perkara yang sangat penting untuk anda boleh gunakan fungsi top up dengan smartphone adalah, sila pastikan smartphone anda ada fungsi NFC. Sila check spesifikasi smartphone anda. Jika tiada fungsi NFC ini, maaf, anda tidak boleh untuk top up kad touch n go baru ini terus dari smartphone anda

 

Langkah 1 – Install Aplikasi TnG

–  Install & sign up dahulu aplikasi TNG eWallet di smartphone anda. Selepas dah login, anda tekan butang ” TNG Card” di dashboard utama aplikasi TNG eWallet anda. Di page TNG Card, di sini ada nya kad-kad TnG yang anda dah link kan dengan aplikasi ini. Bagaimana nak link kan kad tng anda dengan apps ni ? Tekan simbol “+” Add Card di bahagian atas & ikut step seterus nya.

Untuk beli kad tng baru, anda klik pada tab ” Order Touch ‘n Go Card ” .

beli kad baru nfc 1

 

 

Langkah 2 – Order Now

– Tekan “Order now ” untuk dapatkan Enhanced Touch ‘n Go card anda. Satu akd berharga RM10 dengan kos penghantaran sebanyak RM5. Jadi jumlah untuk yang perlu anda bayar adalah RM15 sahaja. Selepas dah masukkan berapa kuantiti kad yang anda nak order, tekan butang “Buy Now”

buy card now

 

 

Langkah 3 – Isi Maklumat Penghantaran

– Masukkan details delivery information (alamat penghantaran) anda dan selepas selesai & alamat yang di masukkan betul, tekan butang agree to term & condition di bawah dan tekan “Pay Now ” untuk teruskan dengan pembayaran tempahan anda.

review order nfc

 

 

Langkah 4 – Pembayaran Kad

– ouh ya, untuk pembayaran tempahan ini, anda perlu bayar melalui e-wallet anda. Jika baki tak cukup, anda perlu “Reload” dahulu eWallet anda yer. Selepas selesai top up  & pembayaran telah berjaya di proses, anda akan dapat notifikasi seperti di bawah.

beli kad touch n go nfc 4

 

 

Langkah 5 – Order Summary

– Selepas tempahan berjaya di terima, anda boleh semak semula status tempahan anda di page “Tng Card” anda. Buat masa ini, tempahan saya masih di process oleh pihak TnG. Saya akan update apabila saya dah terima kad baharu saya nanti yer.

beli kad touch n go nfc 5

 

Ini lah fungsi tambah nilai dengan ada nya kad touch n go baru (NFC) yang di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia sejak sekian lama yang sepatut nya, dah lama di wujudkan seiring dengan kepesatan teknologi di sekeliling kita. Apa-apa pun, better late than never.

 

Cara Aktifkan & Link kan Kad Touch n Go Baru (NFC) dalam Apps TnG eWallet

 

Setelah anda terima kad Touch n Go baru anda, anda perlu aktifkan dengan link / memautkan kad tersebut terlebih dahulu di aplikasi TnG eWallet anda supaya kad anda boleh mula di gunakan. Wajib buat yer. Ini cara bagaimana anda boleh link/aktifkan kad anda.

 

Cara Aktif #1 –  Tambah kad baharu dari aplikasi TnG

– Log in ke aplikasi TnG eWallet anda. Di bahagian Dashboard, klik pada ikon “TNG Card”. Anda akan di bawa ke pada TNG card dan klik pada logo ‘+’ Add card. Di sini, anda perlu masukkan 10 digit serial number kad baharu anda di bahagian Add Card ini. Paling mudah untuk smartphone yang ada fungsi NFC, boleh klik pada ikon “biru” di sebelah kanan di bawah kerana, sistem akan pautkan / detect serial number kad anda secara automatik.

 

 

Cara Aktif # 2 – Scan dengan smartphone NFC
  • Sebelum anda scan kad TnG anda, sila ON kan fungsi NFC di smartphone anda. Jika tak pasti di mana boleh aktifkan fungsi tersebut, anda boleh cari “NFC” di bahagian Setting smartphone anda.Letak akd anda di bahagian belakang smartphone anda, system phone akan secara automatik detect kad touch n go baru anda. Selepas masukkan Prefered Card Name , tekan butang “Add “. Selesai. Kad touch n go baru anda sudah pun di pautkan/link dengan aplikasi TNG eWallet anda. Anda dah boleh mula gunakan kan kad tersebut untuk buat bayaran tol atau parking.

 

Selepas aktifkan kad touch n go baru anda, anda perlu tambah kad anda tersebut untuk mula gunakan dalam aktiviti seharian nada. Jadi, bagaimana pula nak top up baki kad touch n go baru anda dengan menggunakan smartphone tanpa perlu cari stesen minyak atau kedai serbaneka 24 Jam 7 Eleven ? Ini cara nya, sangat mudah .

 

Cara Tambah Nilai Baki Kad Touch n Go Baru (NFC) Melalui Smartphone

  1. Masuk ke bahagian dashboard aplikasi TNG eWallet anda. Klik di bahagian “TNG Card” ikon, dan pilih kad touch n go baru NFC anda. Kad tersebut ada remarks ‘Enchanced card’ yang bermaksud, kad yang boleh digunakan dengan fungsi NFC smartphone anda.
  2. Klik pada butang ‘Reload’ untuk mulakan proses tambah nilai kad anda.
  3. Scan / rapatkan / lekatkan kad touch n go baru NFC anda di bahagian belakang smartphone anda dan tunggu sehingga page TNG eWallet anda masuk ke bahagian ‘Reload Card’ .
  4. Pilih amaun yang anda nak top up kad touch n go anda. Minimum amaun top up adalah RM10 dan ke atas. Klik pada butang ‘Reload Now’ dan pilih top up menggunakan kad kredit / atau melalui akaun simpanan anda (FPX) atau kad debit anda.
  5. Apabila tambah nilai anda berjaya, anda akan dapat notifikasi ‘Reload successful’. Selesai

 

Jadi anda sudah dapatkan kad TNG baru anda ? Dengar cerita, kad ni measih mendapat permintaan yang sangat tinggi setiap kali di buka order oleh pihak Touch n Go. Cuma pendapat saya, tak perlu lah beli kad touch n go baru ini dengan harga yang 4-5 kali ganda yang di jual secara online. Harga kad hanya RM10/kad, tetapi ada yang jual RM50, RM75 ada yang sampai RM100. Tak perlu bazirkan duit anda, ada banyak tempat boleh cari kad tersebut dengan harga lebih berpatutan, atau anda boleh sabar tunggu stock kad di stesen minyak berhampiran anda.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.