Cara Beli Barang di TikTok Shop

0 2,774

Alang-alang layan TikTok tu, jom support peniaga tempatan kita dengan beli barang di TikTok shop. Betul, TikTok sekarang dah boleh beli barang dah, bukan hanya ada content sahaja, tetapi Tik Tok dah jadi  salah satu platform e-commerce yang semakin mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia.

Konsep nya lebih pada video review. Ia bukan seperti Shopee / Lazada yang ada tersedia banyak barang dalam satu page, tetapi di Tik Tok lebih pada video pendek yang akan menerangkan fungsi barang yang di jual. Jadi ini salah satu kelebihan terbesar apabila anda membeli di TikTok, kerana anda dah tahu apa & bagaimana barang yang anda nak beli tu berfungsi. Lebih meyakinkan bukan. Jom saya tunjukkan cara bagaimana anda boleh beli  barang di TikTok shop & dapat diskaun serta Free Shipping lagi.

Di Shopee dah takda Free Shipping dah..hehe

 

Cara Beli Barang Di TikTok Shop Serta Claim Kupon Free Shipping

 

Langkah 1 – Macam biasa, mesti lah kena buka aplikasi TikTok anda kan. 🙂 . Scroll & swipe content di page tersebut. Setelah beberapa kali swipe , akan ada iklan berkaitan dengan produk yang mungkin menarik minat anda.

Ini contoh yang saya dapat semasa saya scroll / swipe content di Tik Tok saya. Saya ambil contoh saya nak beli barang berkaitan kucing ni.

cara beli barang di tiktok shop malaysia

 

Anda ada nampak butang troli warna Oren kan ? Untuk membeli di TikTok, anda perlu tekan butang warna oren tersebut. Saya sarankan anda untuk tonton review barang yang anda nak beli tu sampai habis supaya anda faham adakah barang tersebut memenuhi kehendak anda atau tidak. Jangan risau, ada banyak penjual di TikTok Shop.Boleh swipe lagi untuk dapatkan iklan yang seterus nya.

 

Langkah 2 – Klik pada butang Oren (View Links) dan anda akan di bawa ke page barang tersebut . Anda akan di bawa ke page ‘Links’ tersebut dan anda perlu tekan pada “Tekan Sini Untuk beli”. Kemudian anda akan sampai ke bahagian pembelian. Anda boleh pilih untuk ‘Add To Cart’ dahulu atau “Buy Now’ untuk teruskan dengan pembelian anda.

Jika anda beminat dengan produk-produk lain dari kedai yang sama, anda boleh tekan butang ikon ‘Store’ di bawah kiri serta jika anda ada apa-apa pertanyaan berkaitan produk yang anda beminat, boleh tekan ikon ‘Chat’ untuk menhubungi pejual anda.

 

 

Langkah 3 – Sila claim terlebih dahulu voucher / kupon diskaun dari TikTok. Rugi lah kan kalau anda terlepas peluang untuk dapat Free Shipping / potongan diskaun yang di sedia kan oleh pihak TikTok sendiri. Bagaimana nak claim voucher tersebut ? Follow langkah di bawah :

Klik pada “More Voucher” dan klik butang ‘Claim’ semua kupon yang tersedia. Jangan lepaskan peluang ni. Nak beli barang di TikTok sama je macam beli di Shopee / Lazada. Selagi ada kupon/ voucher, claim lah sebanyak yang mungkin.

 

Langkah 4 – Setelah anda dah berpuas hati dengan keterangan barang yang anda nak beli, boleh tekan butang ‘Buy Now’ untuk teruskan pembelian anda. Ada banyak pilihan pembayaran yang anda boleh lakukan seperti online banking, kad debit/kredit, e-wallet Touch n Go dan sebagainya.

Selepas selesai dan semak semula alamat penghantaran anda, terus tekan ‘Place Order’ untuk lakukan pembayaran.

 

 

Langkah 5 – Kat mana anda boleh tengok progress order anda di Tiktok ? Jom saya tunjukkan. Process beli barang di TikTok lebih kurang sama dengan platform lain. Ada details untuk tracking number, kurier, progress dari kurier dan sebagai nya. Ouh yaa, kita tak boleh pilih apa kurier yang kita nak yer (sama macam Shopee). Jadi, apa kurier yang terpapar di order kita, terima lah seadanya.

Masa saya beli waterjet di Tik Tok sebelum ni, saya dapat kurier J&T.

 

order history tiktok shop malaysia

Jangan risau, memang ok dan boleh di percayai. Jika anda dah biasa beli barang secara online, anda akan tahu apa flow penghantaran order anda. Cuma di bahagian Seller, tak pasti sama ada TikTok akan hold dahulu duit customer sehingga lah order tersebut di serahkan kepada pelanggan (sama seperti Shopee). Kepada seller TikTok shop, sila tinggalkan komen anda di bawah yer.

Memang mudah beli barang di TikTok shop ni, tak lah leceh sangat. Cuma satu yang agak sukar adalah mencari kedai-kedai lain yang menjual barang yang sama dengan apa yang anda nak beli supaya dapat bandingkan harga dan kualiti servis. Kepada yang tahu, mohon tinggalkan komen anda di bawah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.