Cara Beli Astro First Melalui Whatsapp

6 12,371

Serius senang cara beli Astro First dengan Whatsapp sahaja. Tekan-tekan, dan anda dah boleh nikmati ceritadi Astro First terus ke kaca TV anda. Cara beli Astro First yang biasa di kongsikan adalah dengan SMS / melalui website, tetapi kali ini saya bawakan cara beli Astro First dengan Whatsapp sahaja. Lebih mudah dan cepat tau. 

Al maklum lah, kadang cerita di Astro First belum ada di mana-mana saluran cerita di internet sekali pun, jadi, memang ramai yang nak melanggan Astro First kan. Namun, perlu di ingatkan, semua cerita di Astro Fisrt tu, anda perlu bayar tau. Buka percuma 🙂 . RM15 untuk satu cerita yang boleh di ulang tayang sehingga maksima 48 Jam dari masa pembelian di sahkan. 

CARA BELI ASTRO FIRST MELALUI WHATSAPP .LEBIH CEPAT !

 

  1. Tekan butang 480 di kawalan Astro anda. Tengok apa movie yang anda berminat nak tonton. Jika ada yang anda berminat, jom proceed ke langkah seterus nya. Jika tiada movie yang menarik, tutup TV tu dan keluar jalan-jalan cari makan 🙂 
  2. Cara biasa, beli melalui kawalan jauh Astro anda kan, tetapi jika anda nak beli Astro First anda melalui Whatsapp , sila tekan link ini : https://content.astro.com.my/astro-first
  3. Pilih cerita kegemaran anda (P/S – Tidak semua cerita dalam pakej Astro First ada link ke Whatsapp tau, jadi sila tengok details dalam movie description dahulu ) .Contoh nya, saya nak tengok cerita ” Superbike The Movie ” . 

Cara Beli Astro Fisrt Dengan Whatsapp

4. Tekan gambar cerita yang anda nak tengok. Anda akan di bawa ke paparan yang ada butang Whatsapp seperti ini. Klik butang Whatsapp tersebut  . Jika tiada butang Whatsapp tu, bermakna anda perlu beli menggunakan cara biasa sama ada menggunakan alat kawalan jauh atau website. 

Cara Beli Astro Fisrt Dengan Whatsapp Link

5.  Ikut arahan yang di berikan melalui saluran Whatsapp tersebut ok. Masukkan maklumat yang di minta dan tunggu pengesahan dari pihak Astro sebelum anda boleh akses movie tersebut. 

Cara Beli Astro Fisrt Dengan Whatsapp Link Apps Astro HiSelesai dan enjoy your favourite movie. Jadi lebih mudah cara beli Astro First melalui Whatsapp kan ? Semua di hujung jari, lagi mudah untuk dapatkan setiap yang anda minat. Ouh yaa, anda dah baca tak bagaimana nak tukar dari Astro biasa ke Astro Njoi yang tak perlu bayar apa-apa bulanan ? Jika belum, baca di sini : Tukar Ke ASTRO NJOI

 

Boleh kongsikan cara beli Astro First melalui Whatsapp ini dengan kawan-kawan anda ? Tekan jer butang share atau share link artikel ini di wall FB anda . 

6 Comments
  1. MHZ says

    Kalau dah tukar ke Njoi still boleh langgan ke Astro First?

    1. MdAzlan says

      Yes. Boleh. pembayaran & langganan seprti biasa. Sama macam akaun Astro biasa.

  2. Izzuddin says

    Kenapa dh beli astro masih tkde siaran ..dh dua kali sy beli .. hmm sebab ape ye tuan

    1. Izzuddin says

      Sorry astro first

    2. MdAzlan says

      Maaf, ini mungkin ada masalah teknikal. Perlu kontak pihak Astro customer service yer.

      Terima kasih

  3. Sufiana says

    Dah ikut step still tak boleh langgan mengarut jaa Astro ni

Leave A Reply

Your email address will not be published.