Cara Beli App Di Play Store
Bagaimana cara beli app di play store ? Mungkin ada yang berpendapat, benda free buat apa nak bayar lagi. Betul kebanyakkan apps di Google Play Store adalah percuma, tetapi ada aplikasi yang memerlukan anda membeli aplikasi tersebut bagi mendapatkan lebih fungsi tambahan yang lebih menarik berbanding aplikasi yang percuma.
Dan antara lain, kebanyakkan apps percuma ni, confirm ada banyak sangat iklan yang menyusahkan pemandangan kita. Nak buka page lain, akan iklan dulu. atau nak download wallpaper misalnya, kena hadap iklan dahulu. Jadi, memang sifat manusia akan terganggu dengan iklan yang banyak tu. Kita tengok TV biasa pun ,dah menyampah dengan iklan. Cerita nya 1 Jam, tetapi iklan dah 20 minit.
Namun, tak boleh nak salahkan pembuat aplikasi tersebut kerana, itu lah salah satu cara mereka menjana pendapatan melalui aplikasi yang mereka cipta.Jadi, jika anda memang perlukan fungsi atau tak nak tengok iklan di apps anda, anda perlu beli aplikasi tersebut yer. Soal nya, bagaimana nak beli aplikasi di Google Play Store tu ?
CARA BELI APP DI PLAY STORE UNTUK LEBIH FUNGSI & TANPA IKLAN.
- Buka Google Play Store anda. Pilih aplikasi yang anda nak beli. Contoh nya, saya nak beli icon-pack ini. Nampak cantik dan unik. Memandangkan tengah ada sales, jadi boleh lah beli kan. 🙂 . Kadang jika nasib baik, ada apps yang di beri diskaun sampai 90%. Jika dah puas hati, anda klik pada butang hijau yang ada harga tu.
2. Selepas klik, anda akan di bawa ke ruangan ini.Klik pada butang “1-Tap Buy” jika anda dah set payment method anda. Jika anda pertama kali nak beli, anda perlu setkan kaedah pembayaran yang sesuai dengan anda. Ada boleh bayar dengan kredit dari Google Reward , atau kad kredit/ kad debit atau melalui bil / kredit telco anda.
3. Setelah selesai set kan kaedah pembayaran anda, apa lagi, terus tekan buy & anda dah berjaya membeli aplikasi anda di Play Store tersebut. Anda akan dapat notifikasi resit pembelian dari Google. So, enjoy your apps. Settle.
Itu lah bagaimana cara beli app di Play Store untuk anda yang tak suka iklan di apilkasi kegemaran anda. Senang kan ? Pastikan dalam kad debit / kredit telco anda cukup untuk membuat pembelian nanti. Cuma pastikan jika anda berkongsi telefon dengan anak-anak anda, buang dulu pembayaran menggunakan kedah kad kredit/kad debit , sebab nanti tak pasal-pasal, bil kad kredit melambung 3-4X ganda sebab mereka beli coin/ kredit untuk apps game mereka..hehe. Kena pantau yer.
Jika artikel ini memberi manfaat kepada anda, saya nak mintak tolong anda share kan artikel ini di Facebook anda okey. Semoga ramai lagi yang akan mendapat menfaat dari info ini.