Cara Bayar Zakat Pendapatan Johor Secara Online

0 20

Untuk pekerja di area Johor, boleh tunaikan zakat pendapatan Johor melalui online sahaja, tanpa perlu ambil cuti / time off untuk pergi ke pejabat MAINJ untuk menunaikan zakat untuk pendapatan anda. Zakat pendapatan ini boleh di tunaikan secara bulanan (melalui potongan gaji / bayaran online ) ataupun secara tahunan (setiap hujung bulan Disember).

Zakat wajib yer bila dah cukup haul. Setiap tahun, nisab zakat akan berbeza, jadi sila check di website Majlis Agama Islam Negeri Johor pada setiap kali awal tahun untuk tentukan nisab anda. Namun, jika selepas buat kiraan, dan anda di kategorikan tak layak berzakat, pada pendapat peribadi saya, boleh lah teruskan dengan niat berzakat anda. Potong / bayar sahaja atas niat kerana Allah Ta’ala. Paling senang buat kiraan 2.5% dari pendapatan bulanan anda, itu yang boleh anda jadikan sebagai zakat pendapatan anda.

Namun jika anda belum cukup haul, jangan bimbang. Anda tak perlu buat bayaran. Mungkin anda boleh bersedekah / berwakaf sebagai saham akhirat anda. Jom saya tunjukkan bagaimana untuk bayar zakat pendapatan Johor anda secara online sahaja.

 

Cara Bayar Zakat Pendapatan Johor Secara Online Tanpa Perlu Ambil Cuti / Time Off Ke Pejabat MAINJ

 

Sebelum tu, jika anda belum pasti berapa zakat yang boleh anda keluarkan, anda boleh gunakan kalkulator zakat pendapatan dari MAINJ. Boleh mula kira di sini : Kalkulator Zakat Pendapatan MAIJ

Anda boleh follow step-step di bawah :

  1. Untuk pembayaran zakat secara online untuk warga Johor, sila ke laman page rasmi zakat Johor di sini :- https://epayment.maij.gov.my/index.php
  2. Sila daftar akaun anda jika anda adalah pertama kali nak bayar zakat di Johor – Klik pada daftar akaun.
  3. Di bahagian dashboard anda, klik pada icon Zakat Harta.
  4. Di bahagian jenis zakat, pilih option no.1 – Zakat Pendapatan ( Ada juga jenis zakat-zakat lain seperti zakat perniagaan, zakat emas dan sebagainya. Pilih mengikut sumber pendapatan anda)
  5. Masukkan jumlah amaun yang anda nak berzakat . Sebelum buat pembayaran, sila niatkan/ lafazkan akad yang ada di bahagian ini.
  6. Setelah semak semua info yang di masukkan adalah betul, sila tekan butang ‘ Bayar Zakat ‘ untuk teruskan pembayaran. Pembayaran melalui FPX yer. Jadi, pilih bank-bank duit simpanan anda.
  7. Follow step pembayaran seperti biasa sehingga selesai.

 

cara bayar zakat pendapatan johor online MAINJ

 

Resit pembayaran zakat pendapatan Johor anda akan di pos oleh pihak MAINJ ke alamat yang anda daftar semasa daftar akaun untuk kali pertama. Atau boleh juga anda download di setiap transaksi anda di akaun anda. Jadi, resit ini boleh di gunakan semasa buat declaration cukai LHDN nanti.

 

Cara bayar zakat pendapatan Johor secara online ni memang sangat memudahkan bagi pekerja-pekerja yang sibuk di tempat kerja masing-masing. Macam saya dulu, sampai lupa nak bayar zakat untuk tahun bekerja yang lepas. Jadi, untuk elakkan lupa, salah satu cara paling ampuh adalah saya buat potongan zakat melalui gaji bulanan. Jadi tak risau dah terlepas dateline untuk buat bayaran zakat tahunan, yang mana anda boleh tolak amaun pembayaran zakat anda semasa declare cukai LHDN anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.