Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui JomPAY

2 2,715

Biasa nya anda bayar pinjaman PTPTN guna kan saluran apa ? Saya sebelum ni, bayar direct dari website PTPTN atau online transfer melalui bank seperti CIMB Clicks atau Maybank2U. Namun, ada lagi satu saluran pembayaran yang sah dan boleh berpeluang untuk menang hadiah sehingga RM61000 untuk 25 pemenang. Menarik kan? Macam mana nak grab peluang keemasan ni ?

Cara nya anda perlu buat pembayaran secara online melalui JomPAY. Untuk pengetahuan anda, pihak PTPTN berkerjasama dengan Ambank (M) Bhd dan Payment Network Malaysia (Paynet) menganjurkan Kempen JomPAY & Win! 2022. Tempoh kempen ini adalah selama 3 bulan iaitu dari 1 Julai 2022 sehingga 30 September 2022 dengan minimum pembayaran sebanyak RM100 untuk melayakan anda mendapat (1) cabutan dan penyertaan adalah secara automatik. Buat bayaran dengan JomPAY, anda akan automatik tersenarai dalam cabutan hadian dari JomPAY.

 

Berapa hadiah yang JomPAY tawarkan ? Mana tau rezeki anda, jadi jom buat bayaran hutang pinjaman PTPTN anda melalui JomPAY.

hadiah bayar ptptn dengan jompay 2022

Maklumat lanjut mengenai Kempen JomPAY & Win! 2022 di sini : https://www.ptptn.gov.my/kempen-jompay-win-2022/

Check dahulu baki loan PTPTN anda sebelum bayar. Cara nya di sini.

Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui JomPAY dan Berpeluang Menang sehingga RM61’000

 

Langkah 1 – Masuk ke bahagian Saluran Bayaran di laman web rasmi PTPTN. atau anda boleh klik terus di sini : https://www.ptptn.gov.my/saluran-bayaran-balik/

Produk Kami > Bayaran Balik > Saluran Bayaran Balik > Pilih Tab “Bayaran Balik Secara Dalam Talian ” seperti di bawah.

menu ptptn

 

Langkah 2 – Untuk membuat pembayaran melalui JomPAY, anda perlukan “Biller Code & Ref -1” . Macam mana nak dapatkan code untuk pinjaman anda ? Klik di bahagian Arrow Hijau di bawah. Kemudian , masukkan nombor kad pengenalan anda di bahagian JomPay page seperti di bawah

biller code untuk bayar loan ptptn dengan jompay

jompay ptptn 2022

Setelah anda masukkan nombor kad pengenalan anda di atas & tekan cari, anda akan dapat JomPAY biller code & Ref-1 anda yang mana, nombor/info tersebut adalah khas untuk pinjaman PTPTN anda sahaja. Untuk orang lain, biller code mereka akan berbeza dengan anda. Jadi, pastikan anda masukkan biller code pinjaman anda sahaja yer.

dapat biller code loan ptptn

 

 

 

Langkah 3 – Buka online banking yang biasa anda pakai. Contoh saya guna CIMB Clicks. Boleh klik pada “Pay & Transfer” dam klik pada JomPAY. Atau untuk di CIMB Clicks, pilih JomPay icon di bahagian shortcut.
bayar pinjaman ptptn dengan cimbclicks jompay

 

Kemudian masukkan details Biller Code & Ref-1 yang anda dapat kan tadi dalam bahagian pembayaran JomPAY di CIMB Clicks dan klik “Make Payment” .

masukkan biller code dan bayaran amaun

 

Selesai dah bayar pinjaman PTPTN saya untuk bulan August 2022. Senang dan mudah. Boleh buat di laptop ataupun di smartphone anda. Janji anda pilih JomPAY semasa pembayaran.

selesai bayaran pinjaman ptptn dengan cimb clicks 2022

 

Simple dan senang saje nak bayar pinjaman PTPTN dengan JomPAY kan ? Insyallah, ada rezeki anda & saya sebagai salah seorang pemenang dari kempen ini, boleh lah bayar habis semua baki pinjaman PTPTN anda. Bebas hutang, hati pun tenang kan 🙂 .

2 Comments
  1. Ikhwan says

    kalau tersalah letak num ref 1, apa perlu buat?ref 2 dah betul num fon.

    1. MdAzlan says

      Tuan boleh contact pihak PTPTN dan maklum kan berkaitan kesalahan tersebut. Mereka akan semak dalam system & ambil tindakan lanjut.

Leave A Reply

Your email address will not be published.