Cara Bayar Hasil LHDN Melalui Online Banking

0 430

Setiap tahu, wajib bayar hasil LHDN dari sebahagian pendapatan anda sama ada anda bekerja makan gaji atau bekerja sendiri. Ramai yang takut nak declare pendapatan mereka untuk mengelak dari bayar cukai, namun sebenar nya , sebaik nya berapa pun pendapatan bulanan anda, sila declare kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ya.

Jangan bimbang, jika anda declare dan jumlah pendapat serta perbelanjaan anda tu tak melebihi dari had siling maksimum yang di kenakan cukai, anda tidak akan di kena kan apa-apa bayaran pun. Ada banyak item yang anda bayar / langgan / beli boleh di declare dalam system cukai LHDN , dan setelah anda declare item tersebut, jumlah tersebut akan di tolak dari jumlah bayaran cukai untuk tahun taksiran tersebut.

Paling mudah bayar cukai pendapatan anda adalah dengan menggunakan portal bayaran LHDN sendiri iaitu di MyTax LHDN Malaysia. Dalam portal MyTax ini lengkap dengan semua maklumat percukaian anda seperti tungakan bayaran cukai, lebihan bayaran dan sebagai nya. Next artikel saya cerita kan bagaimana anda nak bayar hasil LHDN dengan Mytax. Untuk artikel ini, saya nak share dengan anda bagaimana anda boleh bayar hasil LHDN dengan menggunakan online banking seperti Maybank2U dan CIMB Clicks .

 

Cara Mudah Bayar Hasil LHDN Melalui Online Banking (Maybank2U & CIMB Clicks) 

 

 

Cara Mudah Bayar Hasil LHDN – CIMB Clicks

  1. Login ke akaun CIMB anda.
  2. Dashboard CIMB Clicks > Klik ‘Pay & Transfer’ > Di bahagian ‘To’, taip Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN
  3. Di bahagian ‘Pay Bills’ > Masukkan nombor akaun cukai LHDN anda (boleh refer di dalam profile cukai anda atau hubungi LHDN jika anda tak ingat / tak pasti / pertama kali bayar cukai)
  4. Pilih kod bayaran cukai anda. Untuk cukai pendapatan individu , pilih kod ‘084’ . Untuk kod-kod lain berkaitan cukai, boleh rujuk di sini :- Kod Bayaran Cukai LHDNM 
  5. Tahun taksiran, pilih tahun yang anda nak declare > Bilangan ansuran bergantung jenis cukai yang di bayar. Hubungi pihak LHDN jika anda tak pasti.
  6. Masukkan jumlah amaun pembayaran cukai anda > Semak semua maklumat yang telah anda isi > Klik ‘Make Payment’ untuk teruskan pembayaran & sah kan penbayaran anda seperti biasa.
  7. Selesai bayar cukai pendapatan melalui CIMB Clicks.

 

bayar hasil lhdn online dengan cimb clicks

 

 

Cara Mudah Bayar Hasil LHDN – Maybank2U

  1. Login ke akaun Maybank anda
  2. Di dashboard Maybank2U anda, klik pada tab ‘Pay & Transfer’ > Di bahagian ‘Pay To’, taip atau pilih “Lembaga Hasil Dalam Negeri’ atau ‘LHDN’
  3. Di tab ‘Pay to LHDN’ ,masukkan nombor cukai pendapatan anda (jika tak pasti / pertama kali bayar / terlupa, sila hubungi pihak LHDN).
  4. Untuk ‘Payment Code’, sama seperti cara di CIMB Cilcks. Pilih kod ‘084’ untuk bayar cukai individu. Untuk kod-kod cukai lain, rujuk di laman web rasmi LHDNM.
  5. Masukan bilangan annsuran cukai anda (hubungi LHDN jika anda tak pasti) > Masukkan jumlah bayaran > Klik butang ‘Pay’
  6. Lengkapkan proses pembayaran seperti biasa. Selesai.

cara bayar hasil lhdn dengan maybank2u

Tak Pasti Nak Tukar Limit Akaun Maybank ? Baca sini : Tukar Limit Simpanan / Kad Maybank

Jadi, mudah je lah kan untuk anda bayar cukai pendapatan LHDN tahunan anda. Dengan online banking pun boleh. Nanti dalam beberapa hari waktu bekerja, boleh semak status pembayaran cukai anda di portal MyTax. Ouh ya, MyTax juga tersedia untuk aplikasi smartphone anda. Boleh download secara percuma di Play Store atau Apps Store.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.