Cara Bayar Guna Setel di Kedai Petronas
Bila anda singgah di Kedai Mesra Petronas, anda boleh bayar guna Setel tanpa perlu keluarkan cash yang anda ada. Sama seperti pembayaran menggunakan aplikasi pembayaran e-wallet yang lain seperti Touch N Go , anda boleh terus buat bayaran melalui aplikasi tersebut. Sangat mudah, cuma perlu pastikan baki mencukupi di aplikasi Setel Petronas anda.
Jangan risau, tiada had pembelian minima, RM1.00 pun anda boleh bayar guna Setel ya. Jom saya tunjukkan cara nya. Selain beli barang di kedai Petronas sendiri, anda juga boleh claim minyak PERCUMA melalui aplikasi Setel.
Cara Bayar Guna Setel di Kedai Mesra PETRONAS dengan Mudah & Cepat
Buka aplikasi Setel Petronas anda. Pastikan ada baki yang mencukupi dan tekan pada butang ‘PAY” di bahagian bawah aplikasi tersebut. Kemudian, anda terus tunjukan / papar kan kepada cashier yang bertugas di kaunter bayaran. Mereka akan scan dan SIAP. Itu sahaja step nya, MUDAH dan CEPAT.
Ini bukti yang saya beli barang di Kedai Petronas dengan menggunakan Setel. Lihat lah amaun pembelian saya, beli gula-gula berharga RM2.90 pun guna aps Setel. Pihak Petronas juga ada memberikan tawaran istimewa jika anda guna kan aplikasi Setel untuk pembelian barangan di kedai mereka. Contoh untuk bulan July 2023 ni, mereka ada tawarkan 3X Mesra Point untuk setiap RM1 yang di belanja kan di Kedai Petronas menggunakan aplikasi Setel. Kebiasaan nya, Petronas akan beri kan 1 Mesra point untuk setiap perbelanjaan RM1.
Selain dari kedai Petronas sendiri, anda juga boleh guna kan aplikasi Setel sebagai e-wallet untuk pembayaran di kedai-kedai fizikal / online di seluruh Malaysia. Ada lebih 7000 kedai online & fizikal yang menerima pembayaran dari Setel . Anda boleh rujuk senarai kedai-kedai yang menerima pembayaran melalui Setel di sini :- Setel Scan & Pay
Banyak lagi perkhidmatan yang membolehkan anda bayar guna Setel seperti EV charging, bayar roadtax, insuran dan sebagai nya. Setel dah beralih kepada Super Apps.Kepada yang belum ada aplikasi, Setel di smartphone anda, sila download secara percuma di Play Store & Apps Store sekarang. Support produk tempatan kita.