Cara Bayar Fidyah Online Untuk Negeri Johor

0 6,579

Jangan bimbang, tak perlu ambil cuti kerana anda boleh bayar fidyah online sahaja tanpa perlu buat pembayaran di kaunter-kaunter pejabat agama islam berhampiran dengan anda. Khas untuk anda di negeri Johor, pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor ada menyedia kan pelbagai medium online untuk bayar fidyah anda.

Sebelum ini, kita perlu dahulu apa itu Fidyah ? Fidyah adalah bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang baligh tidak dapat mengganti puasa wajib di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tibanya bulan Ramadan tahun berikut nya (atas sebab tertentu / sengaja melewatkan puasa ganti) . Hukum bagi membayar fidyah ini adalah WAJIB .Tak boleh skip ya. Mesti settle kan fidyah on time sebelum bulan puasa yang seterus nya.

 

Cara Bayar Fidyah Online Untuk Negeri Johor

 

Rujuk cara pembayaran yang di sediakan oleh pihak MAINJ.

cara bayar fidyah online negeri johor

Sumber grafik : FB Majlis Agama Islam Johor , Feb 2023 .

Ada 2 cara untuk bayar fidyah online untuk warga negeri Johor iaitu :

  1. Melalui website : https://epayment.maij.gov.my
  2. Melalui aplikasi smartphone – eFidayh (hanya di Google Play Store, tiada di Apple Apps Store) : Boleh muat turun secara Percuma di sini : Aplikasi TULUS

 

Cara bayar fidyah online #1 : –

Untuk pembayaran melalui website epayment MAIJ, boleh folow step-step di bawah :

  1. Buka website portal pembayaran online Majlis Agama Islam Johor ( link di no.1 di atas )
  2. Di bahagian Dashboard pembayaran anda, sila klik pada ikon : Fidyah Online
  3. Di bahagian ini ada dua pilihan pembayaran iaitu kira & bayar apabila berbeza bilangan hari ataupun sama bilangan hari . Mengikut kefahaman saya (jika silap tolong betul kan info saya dengan email kepada saya ) iaitu jika anda ada bilangan hari puasa yang berbeza belum di ganti untuk tahun sebelum & tahun semasa, anda boleh pilih option ‘berbeza bilangan hari’. Anda perlu nyatakan berapa hari puasa yang tinggal untuk setiap tahun tersebut. Namun, jika anda yakin yang bilangan hari yang anda tinggal adalah tetap setiap tahun (contoh 5 hari tahun 2020 & 5 hari juga untuk tahun 2021) makan anda boleh pilih kira & bayar ” sama bilangan hari ” – Untuk penjelasan lebih lanjut, boleh hubungi pihak MAINJ di talian : +607-222 2113.
  4. Setelah anda masukan bilangan hari serta tahun dalam form tersebut, check pada berapa amaun yang anda patut bayar.
  5. Setelah 100% yakin dengan bilangan hari yang anda tinggal, sila teruskan pembayaran dengan klik pada butang ‘ Bayar Fidyah melalui FPX ‘ .
  6. Setelah selesai pembayaran, sila simpan resit pembayaran anda. Anda juga boleh semak status serta sejarah bayar fidyah online di bahagian Dashboard akaun ePayment MAINJ anda.
  7. Tahniah, anda telah menjalankan tanggungjawab anda.

 

Nak bayar zakat pendapat online ? di sini cara nya : Bayar Zakat Pendapatan Online Johor

 

Cara bayar fidyah online #2 : –

Untuk pembayaran melalui aplikasi eFidayh , cara nya lebih kurang sama dengan website e-Payment MAIJ, cuma ia pada versi apps sahaja. Follow langkah di bawah :

  1. Downliad & install aplikasi e-Fidayh MAINJ di smartphone anda
  2. Di bahagian page apps , anda boleh dapatkan maklumat berkenaan apa itu fidyah, kada fidyah semasa dan sebagai nya.
  3. Anda klik pada tab ‘Kira Fidyah’ di bahagian bawah screen smartphone anda.
  4. Seperti yang di terangkan dalam di atas, anda boleh pilih bayaran jika bilangan hari ganti puasa tertinggal anda berbeza ataupun sama.
  5. Masuk kan maklumat bilangan hari puasa yang anda tertinggal dan tekan butang ‘Kira’
  6. Jelas kan pembayaran fidyah anda melalui ‘Bayar Fidyah melalui FPX ‘
  7. Simpan resit / screenshot pembayaran anda. Selesai.

 

Mudahkan bayar fidyah online ni ? Anda boleh buat bayaran pada bila-bila masa serta di mana-mana sahaja , janji ada sambungan internet di smartphone / tablet/ laptop anda.

Seperti yang di ingatkan pada permulaan artikel ini, anda WAJIB jelaskan Fidyah anda yer. Tak boleh tangguh/ tak bayar. Kadar bayaran tidak terlalu tinggi (hanya RM 1.75/hari sahaja) . Jika anda tidak ada kelapangan dari segi kewangan, sila buat kiraan pada awal tahun dan simpan sedikit pendapatan anda untuk bayar fidyah anda tersebut. Jangan berikan seribu satu alasan untuk tidak bayar fidyah, sedangkan ia wajib ke atas diri anda. Mungkin anda lepas di dunia ini, tetapi ingatkan nasib kita di negeri akhirat nanti.

Semoga anda di beri kan kesihatan yang baik serta rezeki yang di berkati selalu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.