Cara Bayar Bil Elektrik Online Maybank2U

2 16,476

Ini cara bayar bil elektrik online dengan Maybank2U yang sangat mudah, selamat dan tak perlu beratur di pejabat Pos mahu pun perlu cari kedai 7E. Ada pelbagai cara bayar bil elektrik online sama ada melalui Maybank2U, CIMB Clicks, atau di aplikasi MyTNB sendiri.

Saya antara orang yang selalu ke pejabat pos untuk urusan penghantaran parcel untuk order dari website, Shopee store atau dari kdai di Facebook saya. Jadi, saya rasa kesian kerana, mereka yang nak bayar bil elektrik / bil air / bil telefon atau apa-apa bil bulanan perlu tunggu sampai setengah jam.Masalah kalau ramai datang , ada yang kene tunggu sampai 1 jam untuk bayar bil sahaja di kaunter pos. Sedangkan, jika anda bayar bil elektrik secara online, dalam 2-3 minit dah selesai. Memang sangat mudah cara bayar bil elektrik online yang saya kongsikan di bawah.

 

CARA BAYAR BIL ELEKTRIK ONLINE MENGGUNAKAN MAYBANK2U

 

Langkah 1 – Login ke akaun Maybank anda di Maybank2U.com

Langkah 2 – Klik pada butang Pay &Transfer . Kemudian anda akan masuk ke paparan di bawah. Pilih paparan pada butang “Pay” . Butang Transfer apabila anda nak pindahkan duit dari akau anda kepada akaun orang lain, dan untuk reload, untuk anda top up akaun prepaid anda. Untuk bayaran bil, anda pilih butang “Pay” .

Pay from : Anda nak bayar dari akaun yang mana. Biasa nya ruangan ini sudah fixed dengan akaun simpanan anda.

Pay to : Di sini, anda perlu pilih kepada agensi mana yang anda na buat bayaran. Ada beratus syarikat yang menerima pembayaran dari Maybank2U. Jadi, untuk bayar bil elektrik anda, pilih Tenaga Nasional Berhad.

Cara Bayar Bil Elektrik Online M2u

Cara Bayar Bil Elektrik Online TnbLangkah 3 – Masukkan no akaun bil elektrik anda. Mana nak dapatkan nombor akaun elektrik anda ? Cari bil yang anda dapat setiap bulan , ada nombor akaun bil anda di bahagian atas sekali. Ikut arahan yang di berikan, pastikan anda masukkan nombor akaun TNB yang betul.

Cara Bayar Bil Elektrik Online Nombor Akaun Bil Tnb
Sumber Gambar : https://www.tnb.com.my/residential/billing

 

Langkah 4 – Setelah anda masukkan nombor akaun dan Maybank telah connect akaun TNB anda dengan Maybank2U, anda sudah boleh mula buat pembayaran bil elektrik anda.  Saya percaya, bila anda dah tahu cara bayar bil elektrik online ini, mesti anda rasa bersalah untuk beratur lama-lama di pejabat pos dulu kan.. hehe.

Contoh pembayaran akaun TNB saya :

Cara Bayar Bil Elektrik Online Maybank Transfer

Saya hanya perlu masukkan jumlah bayaran yang hendak saya bayar (ikut jumlah bil anda okey.. Jangan bayar kurang / sesuka hati ) dan saya tekan butang “Pay” . Selesai. Sangat mudah, cepat, dan boleh bayar bil pada bila-bila masa tak kira tempat / situasi anda..

Adakah selamat buat pembayaran bil melalui online ?

 

Macam mana kalau duit tak masuk dan bil tertunggak untuk bil baru nanti ?

 

Saya dulu ada pertanyaan yang sama macam anda. Namun, sejak saya gunakan cara bayar bil elektrik online dengan Maybank2U sejak bertahun-tahun ni, tidak pernah lagi ada masalah pembayaran / bil tertunggak. Semua nya lancar dan bil saya updated dengan jumlah pembayaran dari Maybank2U saya. Dah lama jugak saya tak bayar bil di pejabat pos / 7E. Dapat gaji, bukan Maybank2U, dan bayar bil bulanan. Settle..

 

Bukan bil elektrik sahaja saya buat bayaran online, malah, bil air, bil astro, bil cukai tanah, bil dengan majlis bandaraya serta bayar pinjaman PTPTN juga bayar online. Duduk depan PC dalam 10 minit, semua urusan pembayaran bil bulanan saya selesai.

 

Nak Tahu Berapa Bil Elektrik anda Bulan Ini ? . Baca sini : Semak Bil Terbaharu Elektrik Anda Melalui Apps

Ada beberapa cara lagi untuk cara bayar bil elektrik online seperti pembayaran melalui JOMPAY / bayar terus dari aplikasi MyTNB, tetapi saya akan cerita di post yang seterus nya.

2 Comments
  1. Nurul says

    Assalamualaikum hi… Tumpang tanya.. Kalau kita duduk rumah sewa… Dekat nick name tu nak letak nama tuan rumah ke atau saya…

    1. MdAzlan says
Leave A Reply

Your email address will not be published.