Cara Batal Terminate Kad Kredit CIMB Bank

0 16,154

Dah bosan hutang kad kredit tak habis-habis ? Ini cara terminate kad kredit CIMB anda supaya perasaan dan minda anda lebih tenang tanpa hutang. Masa swipe / touch kad krfedit memang senang, tiada duit pun, tapi masih boleh beli item yang kita suka, tetapi mungkin kita lupa yang interest faedah baki kredit yang anda tak bayar melebihi 10% tau. Sangat tinggi. Jangan main-main dengan kad kredit. 

Bayangkan anda ada hutang kad kredit sebanyak RM10’000. Tahukah anda, jika anda hanya mampu buat bayaran minimum sahaja setiap bulan, anda sebenar kan perlu mengambil masa sehingga 6 tahun untuk selesaikan semua baki hutang kad kredit (termasuk bunga/faedah). Punya lah lama tanggung hutang kan. 

Nak kira berapa lama anda perlu tanggung hutamg kad kredit anda ? 

Saya rekemen anda gunakan kalkulator kiraan kad kredit dari CIMB ni. Try kat sini : https://www.cimb.com.my/en/personal/day-to-day-banking/tools/credit-card-payment-calculator.html

kalkulator kad kredit cimb

Lihat lah di sini, anda perlu tanggung hutang selama 84 bulan dengan jumlah faedah sebanyak RM3157.92. Banyak tu. Boleh beli sebiji iPhone 12 kot 🙂 

Jadi, takpe..cuba lah usaha untuk selesaikan bayaran kad kredit anda secepat mungkin. Jom saya tunjukkan cara bagaimana anda boleh keluar dari belenggu hutang anda. 

 

CARA UNTUK TERMINATE KAD KREDIT CIMB SUPAYA BEBAS HUTANG

senang swipe kad kredit
Picture Source : Pixabay

Paling penting !! Anda perlu selesaikan segala hutang kad kredit anda sehingga baki outstanding kad anda tu jadi RM0.00 tanpa terhutang RM0.01 sekali pun. Cara nak cepat habis kan hutang anda adalah dengan, bayar hutang kad kredit anda dengan lebih banyak/tinggi setiap bulan. Lagi tinggi bayaran yang anda buat, lagi cepat hutang anda boleh habis.

 

Akan datang masalah utama kad kredit yang saya dah rasa adalah, baki hutang selepas kita bayar pun masih macam tak luak.. Dah bayar dah, tetapi ehhh..Hujung bulan new staement keluar, kita macam bayar sikit jer.  Kenapa ?

 

Sebab utama adalah, bunga/ faedah kad anda tu di cas setiap bulan tau.Bukan setahun sekali. itu belum masuk lagi cas-cas tersembunyi seperti cas tahunan, cas lewat bayaran, cas kad dan macam-macam lagi. Itu yang paling stress. Sebab tu kita rasa kenapa dah bayar, tetapi masih banyak lagi baki hutang nya. 

 

Jika anda dah settle kan segala hutang anda, ini cara untuk batal / potong/ terminate kad kredit CIMB anda tanpa anda perlu ke bank musim-musim Covid ni kan. 

  1. Lagi sekali nak ulang. Sila bayar semua baki hutang kad kredit anda.
  2. Bila semua dah settle, anda hanya perlu call CIMB Card Centre di talian bernombor : +60362047788 dan perlu bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan CIMB.
  3. Mohon kepada pegawai tersebut yang anda nak terminate kad kredit anda. Pegawai tersebut macam biasa akan verify anda adalah orang yang betul bukan scammer yang menyamar.
  4. Nanti pegawai akan cuba pujuk anda dengan berikan tawaran-tawaran supaya anda tak jadi nak terminate. Sila gagah kan jiwa anda ok..hehe. Kuatkan semangat nak terminate kad. 
  5. Setelah pegawai tersebut batalkan kad anda, dalam masa 1 bulan selepas itu baru akan semua info/akaun kad kredit anda hilang dari system mereka termasuk dalam CIMB Clicks.

 

Itu sahaja. Mudah sahaja nak cara nya untuk terminate kad kredit CIMB . Tak susah pun. hanya perlu call customer service okey. Jangan peram hutang kad kredit lama-lama kerana, anda akan merana. Ingat tu !

Leave A Reply

Your email address will not be published.