Cara Aktifkan Kad Debit Untuk Travel Luar Negara

0 344

Selain kad kredit, anda juga boleh gunakan kad debit untuk travel ke luar negara. Ini bagi mereka yang menjaga supaya tidak overspent semasa travel / melancong di luar negara. Almaklum lah, bila dalam mood travel / melancong , semua yang depan mata cantik. Semua nak cuba, jadi kalau anda tak boleh kawal nafsu membeli dengan baik, memang lepas balik Malaysia nanti, confirm dapat migrain selepas melihat bil statement kad kredit anda.

Jadi untuk lebih selamat, lebih baik guna kan kad debit anda kerana konsep kad debit adalah, ada duit baru boleh di guna kan. Berbanding kad kredit, anda boleh guna dahulu duit bank selagi tak sampai maksimum limit kad tersebut.Perlu di ingatkan juga, cas faedah kad kredit adalan berganda lebih tinggi berbanding kadar faedah pinjaman bank yang lain. Jadi , anda perlu berhati-hati menggunakan kad kredit anda.

Sebelum travel , anda hanya perlu top up akaun bank anda yang link dengan kad debit tersebut sahaja. Cuma secara by default, kad debit anda hanya boleh di gunakan untuk pembelian dalam negara sahaja, manakala untuk menggunakan kad debit tersebut di luar negara, anda perlu mengaktifkan kad debit tersebut terlebih dahulu sebelum berlepas dari Malaysia.

 

Bagaimana anda boleh aktifkan kad debit untuk travel oversea ? Sangat mudah dan tak perlu hadir ke bank pun. Hanya setting di perbankan internet anda sahaja. Mari saya tunjukkan. Dalam post ini saya tunjukkan cara untuk aktifkan kad debit MAE Maybank ya. Untuk kad debit bank-bank lain pasti nya tak jauh beza cara aktifkan.

 

Cara Aktifkan Kad Debit Untuk Travel Ke Luar Negara

Untuk kad debit MAE by Maybank.

  1. Log in ke akaun Maybank2U anda – Klik pada butang Account dan select “Card”
  2. Anda akan di bawa ke page ” Card Management”
  3. Klik pada butang ” Oversea Debit “
  4. Masuk kan date start bila & end date yang anda akan gunakan di luar negara nanti – Kemudian klik “Continue” . Anda perlu authorized kan request tersebut (Tekan butang Approved)
  5. Kad debit anda sudah pun di aktifkan mengikut tarikh yang anda masukkan tadi. Selesai

 

cara aktifkan kad debit untuk travel oversea 2023

 

Mudah sahaja kan step nya ? Simple sahaja. Anda dah boleh gunakan kad debit untuk travel kelak. Selain penggunaan seperti Pay Wave / Contactless Payment, anda boleh juga keluarkan duit anda dari mesin-mesin ATM di negara yang anda lawati selagi ATM tersebut ada lambang Visa. Kad pin untuk pengeluaran gunakan pin yang sama anda gunakan di Malaysia.

Cuma untuk pengeluaran cash dari ATM di luar negara, anda akan di kena kan processing fess dalam RM12 untuk sekali pengeluaran. Agak mahal di bandingkan dengan hanya RM1 apabila di Malaysia, namun jika anda sangat perlukan cash semasa travel anda, anda tiada pilihan. Hanya withdraw sahaja dari ATM di sana.

 

Selain menggunakan kad-kad debit dari bank tempatan sebagai kad debit untuk travel anda, anda juga mempunya beberapa pilihan lain dari pihak ketiga seperti kad debit Big Pay, Wise, Touch N Go visa card dan sebagai nya. Ada di antara kad-kad ini memberikan kadar nilai tukaran mata wang asing yang rendah serta memberikan anda point untuk setiap kali anda gunakan nya. Jika anda selalu travel atau travel dalam masa yang lama, boleh pertimbang untuk gunakan kad debit dari pihak ke-3 ini sebagai kad debit untuk travel anda.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.