Buat Duit Dengan Google Opinion Rewards Malaysia
Google Opinion Rewards Malaysia antara program terbaharu untuk menjana duit terus dari Google. Serius, program ni sangat senang. Hanya perlu jawab soalan yang pihak Google ajukan, dan anda akan di beri reward dari segi kredit ke akaun Google Play anda.
Bagaimana nak join program survey dari Google ni ?
Cara Buat Duit Dengan Google Opinion Rewards Malaysia 2021
Pertama kali, saya nak pastikan anda faham yang, ini bukan lah program yang anda oleh buat duit, cash out dan gunakan di kedai-kedai runcit berhampiran anda. Tetapi, program survey oleh Google ini adalah program berbentuk reward sahaja, yang mana, anda akan di hadiahkan nilai wang dalam bentuk “kredit” ke dalam akaun Google Play anda.
Anda tidak boleh nak cash out kan setiap sen dari rewards ini. Faham ke faham ? 🙂
Jadi, kat mana yang anda boleh gunakan kredit yang anda dapat dari survey yang anda buat nanti ? Anda hanya boleh gunakan untuk beli apa-apa aplikasi / kandungan dari Google Play Store anda sahaja. Anda boleh beli contoh nya apps bebayar / premium apps, atau gaming kredit / coin atau apa-apa yang ada dalam Google Play anda. Buku / ebook pun boleh di beli menggunakan kredit yang anda dapat tadi.
Jom sambung bagaimana anda boleh start dapat menjana duit dari aplikasi Google Opinion Reward ini.
- Install aplikasi Goole Opinion Reward dari Play Store smartphone anda.
2. Setelah anda install, anda akan dapat paparan seperti ini. Jadi, tugas anda adalah tunggu Google hantar notifikasi berkaitan survey yang anda akan dapat. Yes. kena tunggu, sebab survey ini akan di berikan dari masa ke semasa. Releks je okeh.
Tips Penting : Jika nak banyak survey masuk, salah satu petua nya, ON kan location/ GPS di smartphone anda. So, jika anda pergi ke kawasan yang berbeza, mungkin anda akan dapat survey berkaitan kawasan / waktu tersebut.
3. Bila ada notifikasi masuk, anda akan dapat contoh survey seperti ini. Tekan “OK,Faham”, dan jawab sahaja soalan yang di sedia kan. Nahh.. selepas habis jawab soalan, anda akan di anugerahkan kredit terus ke akaun Google Play anda. Soalan nya pun senang sangat.
 Â
Jadi, begini lah bagaimana cara untuk anda jana duit melalui Google Opinion Reward apps ni. Sambil-sambil tunggu bas atau dalam jem, bila Google bagi survey, boleh lah jawab survey mereka. Dapat jugak kredit kan. Boleh beli cerita Upin Ipin 🙂
Bagaimana pulak nak check berapa baki kredit Play Store yang kita anda dan boleh gunakan nanti ?
Senang saje. Tekan apps Google Rewards tadi, akan ada berapa baki / jumlah kredit yang anda dapat. Saya ada RM4.32, jadi boleh lah beli apps “Icon Pack” untuk smartphone saya. Kalau anda jenis rajin dan ada apps yang anda target nak beli nanti, boleh lah kumpul reward sampai banyak, cuma akan ambil masa lama. Survey ni pun bukan dapat hari-hari..hehe. Kadang sebulan tu, 1-3 kali saje. Sabor jer lah.
Itu sahaja cara bagaimana anda boleh buat duit dengan Google Opinion Rewards Malaysia ini. Banda mudah dan senang, kita kongsikan lah. Jadi, anda tolong jugak share info ni dengan kawan-kawan anda sekali okay. Jika ada soalan, tinggalkan di ruangan komen di bawah.