Bizapp Aplikasi Terbaik Pengurusan Perniagaan Usahawan Online

6 4,818

Perniagaan pada tahun 2017 ini semakin mudah dan ringkas dengan ada nya teknologi seperti internet berkelajuan tinggi dan telefon bimbit yang semakin menghampiri fungsi sebuah komputer / laptop. Jadi, jika 10 tahun yang lampau, mungkin kita terpaksa membeli sebuah desktop untuk memulakan sebuah pernigaan , namun , dengan teknologi aplikasi pada telefon bimbit sahaja, kita sudah boleh menjalankan aktiviti perniagaan kita.

Hanya perlu download aplikasi dari apps store ,anda sudah boleh uruskan walaupun anda sedang makan di kedai mamak sambil menghirup teh tarik kaw-kawΒ  πŸ™‚

Sumber Gambar : techworld.com

Untuk memenuhi keperluan usahawan online di Malaysia , pihak ANSI System telah menghasilkan satu aplikasi khas untuk memenuhi keperluan pengurusan perniagaan usahawan online . Aplikasi ini di namakan Bizapp .

Bizapp Aplikasi Terbaik Pengurusan Perniagaan Usahawan Online

Aplikasi BizApp ini adalah aplikasi mobile untuk smartphone Android , IOS (Apple) dan Web bagi menguruskan data tempahan produk dengan lebih sistemaik antara HQ, Stokis dan Agent . Dengan aplikasi ini, anda kini boleh simpan data pelanggan , cetak slip pos laju terus ke printer , buat follow up dengan pelanggan lama, terima tempahan produk dari agen-agen di bawah anda , blast SMS ke pelanggan anda dan banyak lagi . Yang menarik nya adalah , semua fungsi ini anda boleh bua menerusi smartphones anda sahaja. Mudah dan lebih cepat .

Siapa yang patut guna aplikasi BizApp ini ?

  1. Peniaga Online sama HQ , Stokis atau agen produk – Uruskan tempahan peniagaan anda lebih pantas.
  2. Peniaga Offline yang mempunyai banyak cawangan . Semua tempahan cawangan boleh di lakukan terus ke aplikasi ini .

Antara fungsi-fungsi utama pada aplikasi pengurusan perniagaan BizApp ini adalah :-

  1. Simpan Data Pelanggan – Setiap data dari tempahan produk anda akan di simpan dan boleh di muat turun pada masa akan datang . Sistem BizApp ini akan menyimpan data seperti nama , nombor telefon , email , alamat penerima , tarikh belian , produk yang di beli dan bukti pembayaran dari agen / pelanggan .Data-data ini amat penting untuk di gunakan semasa audit / membuat kira-kira untuk cukai peniagaan anda kelak.
  2. Cetak Slip Pos Laju – Pernah tak jari-jari anda lenguh dek menulis alamat pelanggan anda pada borang pos laju ? Sampai kebas jari-jari menulis kan . Jika ada 40 borang pos laju perlu anda tulis, bagaimana ? Dengan ada nya aplikasi BizApp ini , anda sudah boleh terus sambungkan ke printer anda dan boleh mencetak terus slip pos laju anda. Mudah dan pantas πŸ™‚
  3. Scan & SMS Tracking Nombor – Anda tak perlu menulis shipment tracking nombor atau perlu contact pelanggan anda untuk update tracking nombor lagi. Anda boleh imbas barcode nombor tracking , dan sistem BizApp akan terus menghantar SMS nombor tracking terus ke pelanggan anda . Lagi mudahkan kerja anda kan ?
  4. Uruskan Stokis & Agen – Untuk anda yang mempunyai agen jualan yang ramai , ini amat sesuai untuk uruskan tempahan dari mereka . Agen anda hanya perlu masukkan tempahan pada borang tempahan di aplikasi ini, dan terus hantar kepada anda tanpa perlu SMS / Whatsapp details produk yang di tempah kepada anda lagi . Anda boleh semak tempahan mereka tanpa tertinggal atau terlupa untuk catatkan tempahan agen anda.
  5. SMS Blast – Fungsi yang amat menarik di mana anda boleh menghantar SMS terus kepada pelanggan yang pernah membeli dengan anda. Ini sesuai bila anda hendak membuat follow up , pengumuman, promosi dan sebagainya . Jika anda ada nombor telefon prospek (belum membuat pembelian tetapi pernah hubungi anda),Β  anda boleh gunakan fungsi Open Blast dari BizApp ini untuk war-warkan promosi anda.
  6. Notifikasi – Anda tak perlu risau. Setiap tempahan anda akan mempunyai notifikasi pada smartphone dan email anda. Anda pasti tidak akan terlepas setiap tempahan yang di lakukan oleh agen anda .
  7. Akses Dari Semua Platform – Anda boleh gunakan aplikasi BizApp ini dari platform seperti Android , IOS dan Website . Hanya perlu download aplikasi ini dari segi percuma dari Apps Store / Play Store .

 

Jadi, untuk memudahkan andaΒ  dalam pengurusan tempahan produk dan peniagaan anda , saya amat recommend aplikasi BizApp ini. Saya sudah menggunakan nya dalam tempoh hampir 6 bulan, dan secara jujur nya, aplikasi ini telah menjimatkan masa & produktiviti saya sehingga 60% dari sebelum nya . Berbaloi-baloi πŸ™‚

Berapa kos untuk menggunakan aplikasi ini selepas berjaya download ? ZERO . Tiada sebarang bayaran di kenakan kepada anda jika anda menggunakan aplikasi ini sebagai agen kepada HQ / Stokis . Tetapi jika anda adalah owner produk / HQ /Stokis yang ada agen di bawah anda , anda boleh gunakan pakej Superb yang lebih banyak fungsi dan menerima tempahan . Jika anda gunakan pakej percuma,anda hanya boleh hantar tempahan sahaja.

Untuk dapatkan maklumat lengkap & mendaftar aplikasi ini, klik di SINI .

Sila share Bizapp Aplikasi Terbaik Pengurusan Perniagaan Usahawan Online ini kepada rakan-rakan niaga anda.

Selamat Berniaga πŸ™‚

6 Comments
  1. Hero Borneo says

    hebat juga penangan aplikasi ini…

    sesuai untuk diguna oleh para ushawan yang sentiasa sibuk

    1. MdAzlan says

      Very recommended tuan πŸ™‚ . Senang dalam pengurusan tempahan .

  2. Khairul Zamri says

    Bagus aplikasi seperti ini mempermudahkan bisnes online sebab boleh akses di mana-mana sahaja.

    1. MdAzlan says

      Tepat sekali tuan. Saya suka guna sebab boleh manage order direct dari phone saje.. sebelum ni guna yng terhad pada PC saje..huhu.

      Thanks for your input.

  3. nikkhazami says

    peniaga online wajib ada app ni..

    1. MdAzlan says

      Betul πŸ™‚ . Mudah urus biz dari smartphones saje. Bila2 boleh settlekan order.

Leave A Reply

Your email address will not be published.