Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui App myPTPTN
Sejak ada aplikasi myPTPTN, saya bayar balik pinjaman PTPTN melalui apps tersebut sahaja. Lebih mudah dan cepat berbanding sebelum ni yang saya selalu bayar loan PTPTN di pejabat pos atau di website PTPTN sendiri. Sebenar nya, ada banyak cara nak bayar balik pinjaman PTPTN anda, antara yang saya pernah kongsikan adalah anda boleh bayar loan anda juga melalui JomPay.
Namun, untuk artikel kali ini, saya nak kongsikan cara-cara bagaimana anda boleh bayar balik pinjaman PTPTN melalui aplikasi myPTPTN. Apps ini percuma sahaja, boleh download di Google Play Store atau Apple App Store.
Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui Aplikasi myPTPTN Untuk Pembayaran Lebih Mudah Di Mana-Mana Sahaja
Langkah 1 – Muat turun aplikasi myPTPTN di Google Play Store atau Apple App Store secara percuma di smartphone anda. Untuk anda yang pertama kali menggunakan aplikasi ini, boleh buat pendaftaran akaun anda . Ikut sahaja langkah-langkah yang di sertakan dalam aplikasi tersebut.
Langkah 2 – Setelah login ke akaun anda, lihat di bahagian Dashboard aplikasi tersebut, klik pada pada ikon ‘Pembayaran Pinjaman’ . Di page tersebut, masukkan nombor kad pengenalan anda dan pilih akaun pinjaman anda (jika ada lebih dari satu). Klik butang ‘Seterusnya’ untuk buat pembayaran.
Langkah 3 – Masukkan jumlah pembayaran yang anda perlu bayar untuk bulan tersebut. Nak bayar lebih pun boleh. Jika anda pertama kali nak bayar, anda perlu semak dahulu baki pinjaman PTPTN anda. Saya ada kongsikan cara semak baki loan PTPTN anda di artikel ini :- Semak Baki & Tunggakan Loan PTPTN Anda.
Langkah 4 – Di page pembayaran / checkout, select pilihan bayaran sama ada melalui FPX Online Banking atau Kad Debit/Kredit. Untuk pilihan bank, anda boleh buat pembayaran melalui bank AGROnet, Affin Bank, Alliance Bank (Personal), AmBank, BSN, Bank Islam dan Bank Muamalat. Bank popular lain setakat ini masih belum di tawarkan. Mungkin akan di masukkan untuk masa yang akan datang. Setelah semua maklumat telah di sini, boleh klik butang ‘ SAH & BAYAR’ . Kemudian, buat pembayaran seperti biasa melalui online banking pilihan anda.
Apps myPTPTN ini ada lagi fungsi/perkhidmatan lain yang di sedia kan seperti mohon pembukaan simpanan SSPN, semak penyata PTPTN, promosi-promosi terkini dari PTPTN, permohonan bayar pinjaman melalui auto debit atau permohonan pemotongan gaji dan sebagai nya. Aplikasi ini boleh di katakan pusat sehenti untuk memudahkan anda manage pinjaman PTPTN anda.
Tapi kan, kalau bayar sahaja, bila nak habis kan.Sakit kepala bayar hutang PTPTN setiap bulan. Saya ada jumpa satu panduan untuk langsaikan segera loan PTPTN anda. Penulis panduan ini bukan lah graduan yang dapat CGPA dekan, biasa-biasa, tetapi beliau langsaikan pinjaman PTPTN lebih kurang RM19’000 dalam masa 6 tahun sahaja.
Panduan beliau bayar balik pinjaman PTPTN anda secara pantas ada bayaran sikit, alah..baru RM37 sahaja.Tak mahal, bila hutang dah langsai, hati dah fikiran pun tenang kan. Anda akan dapat e-book yang di tulis oleh beliau nanti selepas selesai pembayaran. Nak tahu apa panduan tersebut ? Boleh refer pada info banner di bawah :
Banyak dah cara bayar balik pinjaman PTPTN yang tersedia untuk anda sekarang, jadi jangan culas nak bayar hutang tersebut ya. Ia tetap di kira hutang anda yang wajib di selesaikan seberapa segera yang boleh. Jangan tangguhkan bab hutang-hutang. Dan tidak lupa juga nak pesan , “Hutang kawan jangan lupa bayar.. Member tu nak teruskan hidup dia juga” .