Bagus ke Kerja Dari Rumah ?
Kali ini saya bukan nak offer kerja yang anda boleh buat dari rumah.. atau apa-apa skim pelaburan mahu pun kerja berbayar dari rumah.
Saya nak kupaskan mengenai, perbezaan antara kerja dari rumah atau kerja di pejabat , yang mana lebih baik . Rata -rata tahu di zaman online ini, ramai yang hanya bekerja dari rumah sahaja tanpa mempunyai pejabat / ruang kerja di luar rumah mereka.
Ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang kerja dari rumah sahaja dengan menjual aksesori telefon bimbit sejak tahun 2013 lagi.
Kelebihan Kerja Dari Rumah
A) Jimatkan kos pengurusan perniagaan – Ini memang antara kelebihan utama bagi yang membuat kerja dari rumah . Banyak yang anda boleh jimatkan seperti anda tidak perlu membayar duit sewa kedai /pejabat , tidak perlu bayar bil-bil utiliti premis tersebut , tidak perlu membuat maintenance dan sebagai nya .
Cukup sekadar anda mempunyai ruang /bilik yang boleh menempatkan perkakasan pejabat seperti laptop, alat tulis, printer dan sebagainya…nah..anda boleh mula kan kerja online anda dengan lebih mudah & cepat.
B) Menjimatkan masa – anda dah tak perlu dah bergegas nak ke pejabat di awal pagi bagi elakkan jalan sesak .Anda boleh set kan bila masa yang sesuai untuk anda mulakan kerja . Ini juga menjimatkan bajet duit petrol anda.
C) Masa yang lebih flexible – Anda tidak terikat dengan mana-mana peraturan seperti mana di pejabat. Bila anda kerja dari rumah , anda lah boss & anda juga lah staff kepada perniagaan anda. Segala peraturan adalah tertakluk kepada kehendak sendiri tanpa campur tangan dari pihak lain .
Tapi jangan suka sangat dan rasa wahhh…bagus nya kerja dari rumah .. Boleh suka-suka hati nak kerja atau nak tidur ..hehe .. Ini lah cara kerja yang kita cari selama ini.. bila di pejabat, dah bosan dengan boss yang asyik mengarah saja kan..
Keburukan Kerja Dari Rumah
1) Produktiviti menurun – Ini salah satu “penyakit” utama apabila anda membuat kerja dari rumah tanpa mempunyai pejabat sendiri kerana keselesaan . Mungkin pada peringkat awal, anda rasa sangat teruja di mana anda boleh bangun lambat, boleh mula kan kerja lebih lewat, boleh pergi sarapan di luar lebih lama .
Ini sebenar nya sedikit sebanyak akan mengganggu fokus anda pada tugasan yang bakal anda buat pada hari tersebut. Lama kelamaan, anda akan rasa kan yang kerja anda itu tak boleh di siapkan pada masa yang di tetapkan.
2) Banyak Gangguan – Ini juga termasuk dalam bab 1 di atas (produktiviti kurang) tetapi ini lebih pada gangguan dari unsur luar . Contoh nya, apabila anda dah berkerja dari rumah sahaja, anda tengok rancangan televisyen kesukaan anda dengan menangguhkan tugasan anda tadi.
Jika anda sudah bekeluarga , anda akan terdetik untuk basuh baju yang dah menggunung di bilik anda. Perlu basuh, sangkut & kering kan. Anda juga mungkin perlu masak nasi / lauk untuk makan tengahari anda. Perlukan juga masa antara 30 minit ~ 1 jam untuk sedia kan semua nya.
Buat anda yang ada anak , anda perlu ambil siapkan kelengkapan untuk mereka ke sekolah.Jika mereka tak naik van/bas sekolah, anda yang akan pergi hantar & jemput mereka dari sekolah. (ini tidak lah bermaksud anak-anak itu membebankan).
3) Tak boleh grow – Anda akan terus kerja berseorangan sampai bila-bila jika masih tetap kerja dari rumah.Anda tidak akan anda staff pengurusan atau staff marketing anda . Semua nya anda perlu urus sendiri tanpa bantuan . Anda perlu fikirkan apa startegi marketing, anda perlu packing order serta anda berjumpa dengan customer . Ini juga boleh menurunkan produktiviti anda .
Sangat tidak sesuai jika anda ambil staff, tapi bawa mereka bekerja di rumah anda. Ini akan menimbulkan masalah di kebelakangan hari serta membuatkan ahli keluarga lain tidak selesa dengan kehadiran orang asing dalam rumah mereka sendiri.
Ini antara sedikit sebanyak bagaiman kerja dari rumah boleh membawa kebaikkan dan keburukan kepada kerja anda .
Untuk anda yang sudah merancang untuk berhenti kerja dan mulakan bisnes dari rumah, anda perlu bersedia dari segi mental serta fizikal kerana, apa yang anda rancangan kadang tak mencapai apa yang anda bayang kan selama anda bekerja dahulu.
Mana-mana perniagaan ada pasang surut . Bila pasang, kita akn gembira .Bila surut, pasti kita akan kusut . Kita akan mula rasa menyesal serta merasakan kerja sebelum ini lebih baik dari apa yang kita usahakan.
Jadi, pastikan mental anda kuat untuk hadapi ujian apabila anda terjun dalam bidang perniagaan. Kerja dari rumah memang bagus, tapi perlukan disiplin & kesungguhan yang amat tinggi.
Saya ucapkan kepada anda yang sedang menjalankan perniagaan supaya anda terus berjaya , di limpahi rezeki yang banyak serta mampu membantu orang yang kurang bernasib baik dari anda.