Bagaimana Saya Turunkan Berat Badan 7KG Tanpa Ubat

0 891

Macam biasa, azam baru setiap awal tahun semestinya nak turunkan berat badan kan ? Rata-rata kenalan kita pun mesti ada azam ini setiap tahun, ada tu yang memang setiap tahun azam yang sama saje..Berulang-ulang berazam, tapi tak kurus-kurus jugak..hehe. Alhamdulillah, untuk tahun 2021 lepas, saya berjaya turunkan berat badan saya dalam 7KG dalam masa 2 bulan. Walaupun macam sikit, tetapi sebab saya punya berat asal tak terlalu over sangat, jadi dah cukup 7KG target sahaja. Jap lagi saya cerita kan cara saya buat dan 100% clean tanpa makan apa-apa suplement atau ubat kurus.

Ini bukti tracking data yang saya sendiri rekod menggunakan satu apps ni. Nama apps saya share di bawah.

bagaimana turunkan berat badan 7kg azlanyussof

Untuk saya, berat asal adalah 87KG (BMI 26.9 – kategori overweight- mild). Ini hasil dari makan, tidak bersenam / stop lama dah, banyak minum minuman manis dan tak control kalori seharian. Bila tengok perut dah makin maju ke depan, aduhh..saya mula sedar yang saya perlu kurangkan berat badan saya ke berat yang ideal & sihat. Risau jika di biarkan nanti, macam-macam penyakit datang. Dengan itu, saya start target untuk menurunkan berat badan saya ke paras normal BMI iaitu 79KG. Untuk capai berat tu,  saya perlu turunkan berat saya sebanyak 8KG.

Dan di bawah ini adalah hasil selepas 2 bulan ( saya buat secara santai dan bukan hard push sangat ), jadi tak terlalu stress dan tidak membebankan. Nak turun berat, tapi stress pun nanti payah jugak, cepat turun, cepat naik semula.

berapa lama hilang 7kg

 

Untuk part monitoring seperti di atas, saya recommend anda menggunakan :

  1. Aplikasi Intermentent Fasting – Body Fast (Boleh dapatkan di Play Store / Apps Store secara Percuma)
  2. Buat kiraan BMI di – Calculator.net

 

Tips / Cara Saya Berjaya Turunkan Berat Badan Tanpa Sebarang Ubat Kurus, Supplement & Tanpa Berlapar Teruk

 

Benar, saya memang tak pernah ambil sebarang ubat kurus atau suplement kurus sepanjang proses kurangkan berat saya. Hanya buat berpandukan dengan dua asas penting iaitu :

  1. Jaga cara pemakanan & makan makanan yang sihat 
  2. Bersenam / buat aktiviti fizikal

 

Langkah-langkah berkesan untuk turunkan berat badan :

 

Langkah Pertama – Mindset (Paling Penting) :

Setkan target yang sesuai dengan cara hidup anda. Wajib set kan berat badan yang anda yakin boleh capai kerana, setiap orang mempunyai cara hidup seharian yang tidak sama. Anda tak boleh ikut cara Si A, sedangkan dia tak berkerja / duduk rumah sahaja atau si B yang memang banyak bergerak dalam kerja seharian. Target juga anda perlu set secara berperingkat, bermaksud bila dah capai target berat badan pertama & boleh maintain, baru proceed set target yang ke dua pula. Memang slow & steady cara ni. Tak lah stress kan.. mana tahu, tetiba member nak belanja McD time lunch, takkan nak tolak ye tak..hehe..

Di sini, mindset anda sangat penting. Kena kuatkan jiwa & tahan dengan bau-bau makanan nanti tau. Untuk yang dah berkahwin, lagi kuat cabaran kerana, isteri dah masak, takkan nak tolak ye tak.. So, bincang dengan isteri dan buat jadual pemakanan bersama. Lagi best bila buat sama-sama suami isteri, lagi cepat turun berat tu nanti.

 

 

Langkah 2 – Monitoring Gadget / Device

Jika anda ada bajet lebih, saya amat galakkan anda beli satu jam/ fitness rtracker yang mampu merekod bilangan langkah anda seharian. Macam saya, guna jam dari Huawei (model G2e) yang boleh rekod langkah, degupan jantung, berapa kalori terbakar seharian dan banyak lagi. Jadi, bila dah ada gajet seperti ini, ia sangat membantu anda untuk tahu tahap / progress “projek kurus” anda.

Tak perlu yang mahal. Fitness tracker seperti Mi Band , Huawei Band dan sebagaiman anda boleh dapatkan dari online store pada harga yang mampu milik. Dah tak mahal dah. Janji anda buat apa yang sepatutnya anda mulakan.

jam untuk kurus

 

 

Langkah 3 – STOP air manis. Minum Air Masak Secukupnya

Wajib minum air masak secukup nya. Saya target 2 Liter air kosong seharian, ada coach ajar perlu 3 liter sehari. Bergantung pada anda yer. Paling WAJIB adalah Tolong stop minum minuman manis bergula / susu pekat manis atau apa-apa minuman yang manis. STOP secepat mungkin. Jika perlu jugak nak rasa manis, anda boleh gunakan gula stevia yang hanya beri rasa manis, tetapi sebenar nya tiada manisan pun.

Stop minuman manis ni sangat perlu di buat, jika anda tak buat step ini, maka progress anda nanti akan tergendala / tiada perubahan / anda akan pelik kenapa dah diet, tetapi berat badan tak turun jugak.

drink water boy by pixabay
Picture source : Pixabay.com

 

 

Langkah 4 – Buat IF,Gunakan aplikasi di smartphone 

Buat intermittent fasting iaitu anda perlu berpuasa pada satu tempoh satu masa ke satu masa. Tidak boleh makan, tetapi boleh minum air kosong sahaja. Untuk lebih bekesan dan alang-alang tu, anda buat lah puasa sunat Isnin & Khamis. Sambil-sambil dapat penurunan yang cepat, anda dapat juga pahala. Ada banyak plan puasa di dalam apps tersebut. Apps itu juga akan hantar reminder kepada anda seperti bila anda perlu minum air

aplikasi untuk puasa kurus kan badan

Gunakan apps yang saya recommend iaitu Body Fast. Apps ini ada pelbagai pilihan menu intermittent fasting . Ia akan set kan hari apa yang anda boleh berpuasa, dan bila waktu yang anda di benarkan makan, serta boleh set kan reminder untuk anda minum air. Memang sangat membantu apps ni. Sangat recommended.

 

Langkah 5 – Kawal apa yang anda makan.

Ini step paling payah dan ramai sangkut. Hehe. Sebab bila kita dah biasa makan macam-macam, tetapi bila dah start diet ni, banyak makanan yang anda kena elakkan sepanjang proses kurus anda. Terus terang, memang pada mula nya sangat susah nak kawal pemakanan ni, tetapi di sebabkan niat yang kuat, saya paksa juga. Bila dah lama-lama, anda akan terbiasa dan akan rasa perubahan nya dan tak perlu lah makan apa-apa produk kurus yang di jual di laur sana.

Saya sarankan anda buat DSSS – iaitu Diet Suku Suku Separuh. Nak senang dan anda dapat idea macam mana nak buat DSSS ni, saya sarankan anda join group DSSS di Facebook. Dalam group ni ada ramai yang kongsikan menu makanan mereka, progress serta tips-tips untuk turunkan berat badan anda. Bila anda dah ada dalam group yang sama dengan niat anda, lebih mudah & lancar progress anda nanti. Saya pun banyak rujuk info dalam group tersebut.

asparagus g9970bb0ec 640
Image by RitaE from Pixabay

 

Langkah 6 – Bersenam lah. 

Bersenam lah supaya proses kurangkan berat badan anda lebih cepat dapat hasil nya. Selain sihatkan tubuh badan, memperbaiki sistem tubuh badan anda, kurangkan stress , dan perlbagai lagi manfaat bersenam, ia juga sangat membantu badan anda untuk bakar lemak-lemak anda . Badan lebih fit, otot lebih kuat serta lemak-lemak dah semakin kurang.

Untuk permulaan, tak perlu lah berlari sampai 10KM, mula kan dengan berjalan , atau berbasikal keliling taman perumahan anda. Bila dah dapat fitness anda, boleh lah start untuk jogging untuk jarak yang lebih lagi. Jika anda nak lebih cepat hasil nya dan dapat bentuk badan idaman, buat senaman berimpak tinggi seperti push up, squat, lompat bintang .

bersenam untuk kurus kan badan
Image by Wal_172619 from Pixabay

 

Ada banyak lagi tips untuk turunkan berat badan, namun dengan 6 langkah di atas dah beri saya hasil yang cukup memuaskan. Tak terlalu keras diet nya, santai-santai tanpa stress. Tidak perlu berlapar dalam diet ni, still makan nasi macam biasa , cuma kawal jumlah kalori yang kira ambil seharian. Ini belum masuk bab kira kalori..hehe..Ini renyah sikit, tetapi memang berkesan. Saya cerita dalam post yang lain nanti bab kira kalori dan kawal calorie intake dalam sehari.

Di saat artikel ini di tulis, saya dalam progress untuk turunkan berat saya ke 75KG pula. Berat 75KG adalah berat paling ideal dan terbaik untuk ketinggian saya. BMI paling hijau kalau dapat berat 75KG..hehe. Jom diet sama-sama yookkk 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.