Bagaimana Matikan Paywave Kad Debit Maybank
Kenapa perlu matikan Paywave Kad Debit Maybank ? Memang secara am nya, fungsi Paywave yang ada pada kad debit / kad kredit anda tu sangat memudahkan anda untuk melakukan sebarang pembayaran di kaunter, tetapi semudah itu juga lah, pencuri yang mencuri kad debit anda boleh gunakan wang dalam kad anda tanpa perlu fikir apa nombor pin anda.
Ini berdasarkan pengalaman dari ahli keluarga saya sendiri. Dompet di buka di tempat kerja, kad bank di ambil oleh pencuri dan pencuri tersebut sempat menggunakan duit dalam kad yang dicuri untuk membeli baju di pasaraya. Jumlah kerugian sekitar RM200. Selamatlah tergerak hati dia nak check dompet dia, dan bila tengok kad dah hilang, terus direct call bank untuk sekat kad bank tersebut. Jika dia tak perasan sampai habis waktu kerja, mungkin pencuri sudah habis kan duit dalam kad bank dia.
Itu lah bahaya nya Paywave yang ada pada kad bank anda tu. Mudah & cepat buat anda, tetapi merupakan kelebihan paling besar buat pihak ketiga yang berniat jahat kepada anda. Jadi, ini cara bagaimana anda boleh tutup / disable / sekat / matikan fungsi Paywave pada kad bank Maybank anda. Untuk bank lain, perlu guna cara lain, sebab ia tidak menggunakan cara yang sama ok.
Cara Bagaimana Nak Matikan Paywave Kad Debit Maybank Tanpa Perlu Ke Kaunter Bank
Langkah 1 – Anda boleh terus login ke Maybank2u anda.
Langkah 2 – Klik pada ‘ Setting ‘ > ‘ Cards ‘ > ‘ Manage Debit Cards ‘ . Macam saya punya kad ini saya sudah ubah purchase limit . Secara default nya, limit pada kad anda Maybank akan set pada limit RM1000 (jika saya tidak silap). Memang ada value kat situ nanti. Nilai itu lah yang pencuri-pencuri akan dapat menikmati duit anda nanti. Bayangkan anda ada baki duit sebanyak RM500, plan nak guna untuk beli barang dapur, tetapi nasib kurang baik, pencuri ambil, dia pergi beli jam yang mahal RM499.. Kau rasa ?
Bagaimana nak set value purchase limit ke RM0 ?
Langkah 3 – Klik pada lambang pensel di hujung tab ini, kemudian pilih purchase limit ke RM0.00 dan klik ‘Save’ .
Selesai. Ini sahaja step yang anda perlu buat untuk matikan paywave kad debit Maybank anda & seterusnya lapangkan fikiran anda. Tak perlu risau lagi jika ada apa-apa terjadi kepada anda. Minta di jauhkan yer. Semoga kita semua selamat. Jika anda pernah lalui pengalaman yang sama, boleh share dengan saya di ruangan komen di bawah ?
Assalamualaikum. Tumpang tanya, jika kita dah tutup fungsi paywave, kita masih boleh buat pembayaran menggunakan kad debit dengan nombor pin ke? Terima kasih.
Waalaikumsalam , biasa nya depends pada setting dalam M2U kita, kalau kita set terus ke RM0 limit kad, still tak boleh guna kan paywave atau Pin..
Kalau jarang guna kad utk pembayaran, boleh terus kosong kan.. kalau selalu guna, just rendahkan nilai limit kad tu pada bajet yang sesuai sahaja. Jangan letak sampai Rm1000 limit, nnt sedap org yang guna kad kita tu. 🙂
Terima kasih singgah ke blog saya.
Ada tak Cara lain dimana Kita tutup paywave tp Masih blh guna pin number
Buat masa ni saya kurang pasti ..sebab ikut testing saya, bila kita kosongkan nilai limti transaksi, nanti unuk pin pun tak boleh guna jugak
Mungkin cik perlu check dgn pihak bank ya.
Terima kasih singgah di blog saya