Arnab dan Kura-Kura Lumba Lagi – Arnab Tetap Kalah

2 1,155

Cerita perlumbaan antara arnab dan kura-kura sangat sinomim dengan zaman kanak-kanak kita. Cerita itu juga sebenar nya ketahui di seluruh dunia dan sangat mahsyur sehinggakan ia mash menjadi cerita kana-kanak utama sehingga ke saat ini. Dalam cerita tersebut, arnab tetap kalah walaupun secara umum nya, kita tahu yang arnab adalah haiwan yang pantas berlari dan mengejar. Tapi kenapa masih kalah dengan kura-kura yang jalan sangat perlahan ?

Saya masih ingat semasa cikgu di sekolah mencerita kan kisah perlumbaan arnab dan kura-kura ini. Balik kampung pun, nenek cerita yang sama. Jadi, cerita ini dah melekat dengan masyarakat kita. Tetapi biasalah, semasa kita kanak-kanak, saya ingatkan yang cerita ini hanya rekaan semata-mata dan hanya cerita untuk memberi pengajaran kepada kita. Senang kata, cerita dongeng yang di reka untuk memberi nasihat dengan lebih santai.

Sama macam bila orang tua-tua bagi nasihat dulu. Mereka lebih suka menegur dengan cara halus dan berlapik kerana di khuatiri yang di tegur berkecil hati jika cakap secara direct. Itu dulu lah..zaman sekarang ni, semua dah “sound direct” @ “main sembur” tanpa fikirkan perasaan orang lain. Betul yang di tegur tu bersalah kepada anda,tetapi sebagai manusia & umat islam yang menitik beratkan kesopanan budi pekerti yang baik, setiap teguran mestilah lebh berhikmah dan berniat untuk membetulkan keadaan.

Ok, berbalik semula dengan cerita rekaan atau cerita dongeng perlumbaan arnab dan kura-kura. Adakah ia betul-betul hanya kisah dongeng?

Video ini akan mengubah pandangan anda tu .. dan saya juga baru sedar , yang arnab sebenarnya tak pernah menang dengan kura-kura setelah di uji teori tersebut beberapa kali (seperti dalam video di bawah) :-

Macam mana ? Betul ke apa yang cikgu / ibu /nenek kita cerita masa kita kecil dahulu adalah cerita rekaan / dongeng semata-mata?

Ada lagi 2 video yang membuktikan bahawa arnab tetap kalah dengan kura-kura.hehehe.

  1. https://www.youtube.com/watch?v=xtH5UlzMg7U
  2. https://www.youtube.com/watch?v=WHC1Ty1qPA8
  3. https://www.youtube.com/watch?v=hC5qSMS8dmg

Walaupun arnab masih kalah dari dahulu sampai sekarang, namun pengajaran nya tetap sama dari dulu lagi dan ia juga sering di pesan oleh ibu / nenek / cikgu sekolah kita dahulu iaitu :

  1. Jangan Terlalu Yakin –  Secara lumrah nya, arnab memang mampu untuk berlari dengan laju.Jadi, secara logik nya, pasti lah arnab akan menang dalam perlumbaan tersebut. Selangkah kura-kura berjalan, arnab mampu 4-5 langkah ke depan. Tetapi, jika kita terlalu yakin dengan kelebihan yang kita miliki, kita akan ambil mudah dengan setiap urusan/kerja yang kita lakukan dengan harapan, semua nya pasti sempurna tanpa sebarang masalah. Yakin diri sendiri itu penting, tetapi bila terlalu yakin , ia akan memerangkap diri sendiri.
  2. Pandang Rendah – Bila sudah terlalu yakin, kita akan rasakan yang pesaing / orang lain pasti tak boleh selesaikan urusan tersebut. Hanya kita yang mampu selesaikan. Atau jika kita tahu sesuatu ilmu, kita anggap orang lain bodoh. Kita terlalu memandang rendah kepada orang lain. Ini yang akan memerangkap kita.
  3. Sentiasa Konsisten – Ambil pengajaran dari kura-kura yang tetap berjalan berterusan walaupun dia tahu yang pergerakan nya tidak sepantas arnab. Sama seperti dalam urusan kerja kita. Sentiasa konsisten buat yang terbaik dan iklhas, dan satu hari, pasti anda akan dapat ganjaran dari nya. Tak guna juga bila kita buat kerja dengan cepat,tapi hasilnya carca merba . Dalam ibadah juga sama, islam mengalakkan umat nya ber”istiqamah” dalam membuat sesuatu ibadah. Biar sedikit tetapi konsisten setiap masa dari beribadah kuat, tetapi sehari saje dalam 1 tahun.

Jadi, walaupun cerita ini di cerita kan dari zaman ke zaman,ia nya masih relevan setiap masa. Pengajaran nya boleh di guna pakai sehingga ke hari ini. Untuk anda yang mempunyai anak-anak, boleh lah cerita kan cerita perlumbaan arnab dan kura-kura ini untuk di jadikan pengajaran dan panduan dalam kehidupan mereka.

2 Comments
  1. imnajmi says

    LOL… teringat dulu masa zaman sekolah menengah tahun 2001-2002, kena baca novel perlumbaan kedua mengenai 2 ekor binatang ini.. selamat boleh jawab time SPM dulu hehe

    1. MdAzlan says

      🙂 .. Kenangan masa kecik2..

Leave A Reply

Your email address will not be published.