Apakah Cerita Di Sebalik Black Friday ?
Black Friday ? Dah hampir 1 minggu kita tengok ada orang persendirian/ syarikat yang mempromosikan “Black Friday” di internet sama ada di blog, website rasmi ataupun media sosial yang lain (FB, Twitter, Instagram, dll..) . Tapi, tahu tak, apa itu “black friday” ? Apa yang hitam nya ? Bagi yang beragama Islam, Jumaat adalah penghulu untuk segala hari, jadi, kenapa ada orang panggil “Jumaat Yang Hitam “?
Sebenarnya , tiada apa yang misteri di sebalik Black Friday pun. Ia hanya lah satu kondisi yang mewakili peristiwa di mana,para peniaga tak kira lah pemilik pasaraya,peniaga online atau tokoh perniagaan akan membuat jualan runtuh paling murah pada sehari selepas Thanks Giving Day di US (Setiap Hari Khamis ke-4 November) . Jika di Eropah, hampir kesemua gedung/pasaraya terbesar mereka akan mengadakan promosi harga murah dan diskaun paling tinggi pada hari Black Friday ini.
Sehingga kan lah ramai yang sanggup beratur seawal pagi semata-mata untuk menjadi orang terawal yang serbu masuk ke dalam pasaraya untuk mendapatkan barang idaman mereka pada harga yang sangat murah.Mana boleh lepas kan jika di beri diskaun gila-gila nie kan… Lihat saja lah gambar di atas sebagai contoh, TV yang mereka dapat mesti lah di dapati dengan harga paling murah.
Jom lihat beberapa pasaraya yang memberikan diskaun terbaik mereka sempena Black Friday 2015 :
- Amazon.com
Cuba lihat pada offer pada Ultra HD LED TV yang menawarkan diskaun meleleh sehingga 61% dari harga asal .Woooowwww…Jimat sehingga $550 tau..sapa yang tak sanggup berebut bila ada offer macam ini kan .. Ada banyak lagi offer meleleh di Amazon.com. Cuma di Malaysia, tak banyak company yang offer tawaran seperti mana di Eropah.
Rujukan link (semasa artikel ini di tulis) : Amazon Offer Black Friday 2015
2. Sales News from BlackFriday.com
Menurut laman rasmi BlackFriday.com , lihat saja lah tawaran diakun yang Wallmart beri untuk pembelian TV dari pasaraya mereka. Memang mereka offer gila-gila pada harga terendah..Rata-rata diskaun di beri antara 30-70% dari harga asal. ..Saya pun terfikir,bila lah taukey kat Malaysia ni nak bukak offer semacam ini ..hehehe.. 🙂
OK. Berbalik kepada persoalan UTAMA kita di sini.. Kenapa di sebut “Black Friday ” ??
Kebanyakkan peniaga mengatakan yang mereka akan mendapat keuntungan lebih tinggi apabila tiba nya Black Friday. Bagi mereka, perkataan “Black” itu merujuk kepada tatacara rekod urusniaga mereka di mana jika untung perniagaan mereka untung (positif), mereka akan rekod dengan dakwat / tulisan berwarna HITAM,manakala jika rugi, pasti nya rekod akan berwarna MERAH.
Sumber Atrikel : TheBlackFriday.com Artikel Lengkap/Penuh: Wikipedia
Jadi,itu lah sedikit sebanyak maklumat mengenai persoalan anda “Apa Itu Black Friday? “. Pada pandangan saya, jualan seperti ini sangat popular di negara-negara Eropah dan ia nya akan berlaku setiap tahun dan pada masa ini lah,mereka boleh mendapatkan barangan idaman mereka pada harga yang sangat murah berbanding hari biasa.
Jika di Malaysia pula ,jangan risau sebab kita ada #mycybersales yang hampir sama dengan konsep Black Friday ini.Untuk tahun 2015, Mycybersale telah di adakan pada 28/Sept/2015 – 2/Oktober/2015 (5 Hari sahaja). Untuk tahun 2014, mycybersales merekodkan jumlah jualan sebanyak RM67 juta dengan transaksi lebih kurang sebanyak 227,000 dalam masa 3 hari sahaja. Jadi,ia pastinya menjadi lubuk kepada anda yang mencari offer-offer terbaik dari peniaga-peniaga di Malaysia . (Rujukan artikel :- Akhbar Kosmo
Bila Mycybersales 2016 akan berlansung? –> Sila rujuk di : http://www.mycybersale.my/ untuk info-info terkini.
Jadi, bagi anda yang memang menantikan tawaran-tawaran diskaun untuk mendapatkan barangan idaman anda, maka “Black Friday” & “Mycybersale” adalah waktu yang tepat untuk anda mendapatkan offer-offer yang menarik.
Selamat Membeli Belah 🙂