fbpx

Apa Yang Trending Di Google Malaysia Tahun 2016 ?

2 5

Sumber Gambar : thelifetech.com

Apa Yang Trending Di Google Malaysia Tahun 2016 ? Apa yang rakyat Malaysia cari di Google sebenar nya ?Apa yang menarik untuk mereka cari di Google ?

Seperti kita semua tahu, Google adalah “Search Engine” paling popular & no.1 di seluruh dunia. Semua perkara boleh kita dapatkan info sepantas kilat. Hanya tekan keyword yang anda nak cari, dalam kurang 1 saat , segala info berkaitan dengan keyword tersebut akan di paparkan.

Menurut info dari Internetlivestats.com , di anggarkan sehingga 3.5 billion bilangan carian dalam satu hari.Dan angka ini di jangka meningkat dengan kepesatan teknologi yang kian berkembang. Google juga merupakan enjin carian no.1 berbanding dengan enjin carian yang lain seperti Baidu, Yahoo, Yandex, dan lain-lain lagi.

Lagi info menarik dari Searchengineland.com , anggaran dalam 2016, sebanyak 2 trillion carian yang menggunakan enjin carian Google. Jika di pecahkan mengikut saat, minit, sehingga tahun, anggaran untuk mencapai angka 2 trillion adalah :

  • Carian Dalam 1 Saat : 63,000
  • Carian Dalam 1 Minit : 3.8 Juta
  • Carian Dalam 1 Jam : 228 Juta
  • Carian Dalam 1 Hari : 5.5 Billion
  • Carian Dalam 1 Bulan : 167 Billion
  • Catian Dalam 1 Tahun : 2 Trillion

Ini angka yang menjadikan kenapa Google adalah enjin carian paling popular di seluruh dunia. Namun, untuk negara kita, apa pulak yang rakyat Malaysia cari yer ? Menurut Google Trend untuk tahun 2016, ini adalah :-

10 carian tertinggi bagi 3 kategori utama dalam Google Malaysia : –

Kategori 1 – Searches (Carian)

  1. Euro 2016 – Pertandingan bola sepak untuk benua Eropah yang berlansung dari 10/June ~ 10/July/2016 . Untuk Euro 2016, pasukan Portugal telah menjuarai pertandingan ini dengan keputusan 1-0 mengalahkan pasukan Perancis dalam perlawanan akhir pada 10/Julai/2016.
  2. Pokemon Go – Permainan online dalam telefon bimbit yang menjadi kegilaan semua penduduk di bumi. 🙂 .Buru Pokemon anda dalam dunia anda yang sebenar.
  3. BRIM 2016 – Skim bantuan rakyat 1 Malaysia dari kerajaan persekutuan Malaysia untuk rakyat Malaysia setiap tahun.
  4. SAPS Ibu Bapa – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) di wujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memudahkan ibu bapa pelajar sekolah rendah & menengah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka secara online.
  5. Olympic Games Rio 2016 –  Temasya sukan terbesar dan paling berprestij di dunia yang di adakan setiap 4 Tahun sekali sahaja. Untuk sukan Olimpik 2016, ia di adakan di Brazil dari 05- 21 Ogos 2016.
  6. Suri Hati Mr Pilot – Drama paling popular dan di gilai ramai yang menggandingkan lakonan di antara Nelofa & Fattah Amin.
  7. Train To Busan – Filem dari Korea Selatan yang mengisahkan bagaimana seorang lelaki (Gong Yoo) , anak dan penumpang keretapi yang lain melarikan diri dari serangan Zombie.
  8. MAMA 2016 –  Mnet Asian Music Award (MAMA) , festival award terbesar bagi genre K-Pop
  9. 7 Hari Mencintai Ku – Drama 7 Hari Mencintai Ku adaptasi dari novel (karya Siti Rosmizah) , Terbitan Pena Creative Pictures dan Pengarah Jamal Khan.Drama ini mengabungkan Shukri Yahya dan Siti Saleha sebagai watak utama.
  10. Descendents Of The Sun – Drama bersiri dari Korea Selatan yang di bintangi oleh Song Joong Ki, Song Hye-Kyo , Jin Goo dan ramai lain bintang Korea.

Kategori 2 – People (Orang)

  1. Donald Trump – Calon bagi merebut kerusi Presiden Amerika Syarikat dan beliau memenangi pilihanraya umum di Amerika Syarikat untk menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 bermula 20/Januari/2017.
  2. Atikah Suhaime – Anda boleh cari sendiri artikel mengenai beliau 🙂
  3. Song Joong Ki – Artis Korea Selatan yang membintangi pelbagai filem & drama Korea yang di gilai ramai gadis di seluruh dunia.
  4. Aiman Tino – Penyanyi baru di Malaysia yang popular dengan lagu berjudul “Ku Rela Di Benci” dan video lagu ini mencatatkan 25,479,451 views di YouTube.
  5. Margot Robbie – Antara bintang utama dalam filem yang popular seluruh dunia, Suicide Squad.
  6. Syatilla Melvin – Menjadi trending apabila beliau menjadi isteri kepada pelakon lelaki popular Malaysia, Shaeizy Sam.
  7. Nadia Nordin – Anda boleh cari sendiri artikel mengenai beliau 🙂  . Agak kontrevasi.
  8. Zakir Naik – Tokoh ulama terkenal dalam dunia Islam ini datang ke Malaysia pada Oktober 2016.
  9. Lin Dan – Pesaing utama kepada Dato’ Lee Chong Wei dalam dunia badminton dunia.
  10. Hillary Clinton – Satu-satu nya calon wanita dan pencabar utama kepada Donald Trump dalam pilihanraya umum Amerika Syarikat di mana beliau kalah secara mengejut dengan pesaing beliau itu.

Kategori 3 – News (Berita)

  1. US Elections –  Sekitar berita mengenai proses pilihanraya kerusi presiden Amerika Syarikat yang ke-45 yang kemenangan berpihak kepada Donald Trump.
  2. Olympic Games Rio 2016 – Temasya sukan terbesar dan paling berprestij di dunia yang di adakan setiap 4 Tahun sekali sahaja. Untuk sukan Olimpik 2016, ia di adakan di Brazil dari 05- 21 Ogos 2016.
  3. Rayani Air – Menjadi syarikat pertama di Malaysia yang 100% patuh syariah, namun tidak bertahan lama apabila operasi syarikat tersebut terpaksa di hentikan atas beberapa masalah berkaitan kewangan.
  4. Brexit – United Kingdom keluar dari kesatuan Eropah. Ia juga singkatan dari “British Exit”
  5. Bajet 2017 – Berita bajet tahunan yang di tungu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui apakah perancangan kerajaan persekutuan untuk tahun 2017. Pembentangan bajet 2017 ini telah di bentangkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib pada Jumaat, 21-Oktober-2016.
  6. Zika – Penyakit bawaan oleh nyamuk Aedes yang menyebabkan simptom seperti demam denggi. Namun virus inilebih bahaya jika menjangkiti ibu mengandung kerana saiz kepala bayi yang di lahirkan nanti akan lebih kecil dan saiz tidak normal berbanding bayi biasa.
  7. Gerhana Matahari – Fenomena alam semulajadi yang menunjukkan kebesaran Allah SWT. Fenomena ini terjadi ketika posisi bulan terletak di antara Bumi dan Matahari , sehingga menutup sebahagian atau seluruh cahaya Matahari dari sampai ke bumi.
  8. Note 7 – Smartphones Samsung Galaxy Note 7 mencetuskan panik di seluruh dunia apabila banyak model ini yang meletup sehinggakan pihak Samsung terpaksa menarik semula model Note 7 ini dan menawarkan pengantian dengan Samsung Galaxy S7 Edge.
  9. Bauksit – Bijih utama menbuat aluminium, namun berikutan perlombongan yang terlalu meluas sehingga kan mengotorkan alam sekitar di negeri Pahang.
  10. Difteria – Penyakit saluran pernafasan yang menyerang kanak-kanak di Malaysia.

Untuk kategori carian lain seperti filem , drama melayu atau model kereta untuk tahun 2016, anda boleh melayari di :- https://www.google.com.my/trends/yis/2016/MY . >> Apa Yang Trending Di Google Malaysia Tahun 2016 .

2 Comments
  1. imnajmi says

    Kesian pokemon go huhu.. mula-mula sebelum nak kuar bukan main kecoh… skang nahhhhh… agak ramai dah tak main huhu

    1. MdAzlan says

      Dieorg terlalu selesa.. update pun lama .jadi, org bosan jugak..tiada pembaharuan..

      One Hit jer nie…

Leave A Reply

Your email address will not be published.