Apa Nak Buat Jika Baki Touch N Go Kurang ?

2 5,257

Baki Touch N Go kurang ? Releks , jangan cemas okay. Saya kongsikan apa yang anda patut buat jika baki dalam kad touch n go anda kurang sebelum nak sampai ke pondok tol yang anda nak tuju. Memang buntu lah kan, mesti anda terfikir macam mana nak keluar dari tol exti tu nanti. Haha.. sama macam saya fikir pada masa awal-awal terkena dulu. Saya sambung cerita di bawah ye.

Kad Touch N Go antara item wajib yang anda perlu bawa bersama semasa memandu sama ada di jalan biasa lebih-lebih lagi apabila berada di lebuhraya . Kad Touch n Go anda boleh di guna kan di pelbagai premis seperti kedai makan, shopping mall, tempat parking atau di stesen keretapi / LRT /Monorel . Jadi, ia ibarat kad pelbagai guna pada saat ini. Namun, perkara akan terjadi apabila anda terlupa untuk top up baki kad Touch n Go anda semasa berada dalam perjalanan di lebuhraya .

 

Ini terjadi kepada saya pada cuti Krismas yang lepas , di mana, saya hanya baru teringat yang baki kad touch n go saya hanya ada dalam RM3.50 sahaja di mana kadar tol yang saya perlu bayar dari exit Tol Machap ke Tol Skudai adalah RM8.00 . Jadi, baki touch n go kurang dalam RM4.50 lagi ..

 

Alamak …

 

Macam tak boleh keluar dari tol gaya nya nie..

Pulak tu, tiada pam minyak sepanjang perjalanan dari exit tol Machap ke Skudai .. Hanya ada ada hentian rehat sementara sahaja.

Apa Nak Buat Jika Baki Touch N Go Kurang ?

Image from thestar.com.my

Peraturan Pertama : JANGAN PANIK . Releks.

Itu paling penting.Jangan cemas jika tiada petrol pam ataupun kiosk top up sepanjang perjalanan anda nanti. Hanya perlu tenang kerana di bawah adalah penyelesaian  nya .

 

Peraturan Ke Dua : Terus pergi ke Lorong Paling Kiri

Ya. Anda hanya perlu pandu ke lorong tol yang paling kiri .Lorong ini biasa nya adalah lorong kenderaan berat seperti lori mahupun bas . Jadi, anda dengan tenang hanya perlu terus ke lorong tol paling kiri, dan serahkan kad touch n go anda kepada juru tol yang bertugas.

Ada 2 cara untuk anda keluar dari tol tersebut :

  1. Jika tol paling kiri tersebut ada buka perkhidmatan top up , anda hanya perlu top up baki kad touch n go anda dan terus scan untuk keluar .
  2. Jika masa tersebut tiada perkhidmatan top up di sediakan (kebiasaan masa musim perayaan tiada top up di semua plaza tol) , anda hanya perlu serahkan kad touch n go anda kepada juru tol, dan anda perlu bayar kadar tol anda secara tunai .

 

Hanya ini cara jika anda baru teringat yang baki Touch n Go kurang bila dah nak sampai ke plaza tol yang anda tuju. Jangan cemas lagi ok.. Releks.. Ada penyelesaian nya issue baki Touch n Go kurang ni .

 

Cuma anda akan ada masalah besar bila ,anda betul-betul terlupa baki kad touch n go anda, tetapi, anda terus ke lorong Touch n Go biasa .. memang anda terpaksa tebal kan muka untuk berjalan ke pondok tol yang mempunyai juru tol yang bertugas . Anda jangan marah orang belakang,jika mereka marah anda..hehe..silap kita sendiri kan .

 

Sebaiknya , selalu top up lebih sebelum anda memulakan perjalanan atau anda rancang secara details dari mana dan ke mana tujuan anda sambil buat kira-kira bajet tol yang anda perlu bayar.

 

Lagi satu cara paling mudah dan tanpa risau baki Touch n Go kurang,anda boleh guna kan kad auto debit yang di keluarkan oleh bank-bank di Malaysia seperti CIMB dan Maybank. Baki kad touch n go anda akan di tambah secara automatik apabila baki dalam sistem kurang dari RM50 .Jadi, anda tak perlu risau apa-apa lagi

Dah ada kad Touch n Go baru (NFC) ? Ini cara nya :- https://azlanyussof.com/cara-beli-dan-top-up-kad-touch-n-go-baru-nfc/

 

Cara lain , top up baki kad touch n go anda di SSK – Self Service Kiosk di lokasi-lokasi terpilih di bawah :-

baki touch n go kurang ? top up sini

 

Jadi, itu lah pengalaman saya menghadapi masalah  Baki Touch N Go Kurang yang boleh di jadi kan panduan dan pengajaran kepada kita semua .

2 Comments
  1. Khairul Zamri says

    Terima kasih kongsi pengalaman boleh buat jugak kalau jadi kes macam ni. Biasanya sebelum mulakan perjalanan saya akan check dulu baki kad dan top up lebih sikit takut melencong ke jalan lain

    1. MdAzlan says

      Sama-sama tuan .
      Masa kejadian memang lupa sangat-sangat . Pulak tu masa touch in, elektronik board di tol tak display apa-apa..rosak…itu yang haru sekejap..hehe

Leave A Reply

Your email address will not be published.