Antara 3 Rahsia Allah Pada Kehidupan Manusia
Allah Maha Mengetahui. Ada perkara yang di rahsiakan dari pengetahuan manusia. Antara Rahsia Allah yang di rahsia kan dari pengetahuan hamba nya adalah :
1. Rahsia Allah pada Jodoh
Tiada siapa pun yang akan tahu siapa, dari mana, tinggi/rendah jodoh kita dan tiada siapa juga boleh tentukan siapa jodoh kita. Ia telah di tetapkan oleh Allah SWT. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana nak berjumpa jodoh kita dan bila kita boleh berjumpa jodoh kita. Itu rahsia Allah !!
Kita selalu persoalkan :-
- ” Kenapa eh tak kahwin lagi kita nie..Umur dah makin lanjut “ Ingatlah – Lagi banyak kita fikir tentang persoalan tu , lagi bertambah pening dan semakin tertekan hidup kita.
- ” Kenapa eh asyik putus atau tak kekal berkawan dengan seseorang? “ Ingatlah – Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat oleh Allah SWT. Tak perlu kita persoalkan tentang jodoh kepada-Nya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba nya.
Oleh sebab itu, kita perlu banyak berdoa kepada Allah dan yakin lah bahawa jodoh yang ditentukan-Nya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga.
Tips :- Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh kita walau kita tidak tahu siapa kah gerangan yang bakal menjadi suami/isteri kita kelak. Jadilah yang wanita yang solehah, insyallah, anda akan di kurniakan nantidengan suami yang soleh yang mempu menjadi imam kepada anda kelak.Begitu juga kepada kaum Adam,jadilah yang terbaik supaya anda boleh menunaikan tanggungjawab anda kepada isteri dan anak-anak anda nanti. Ingat , anda bakal suami umpama ‘Nakhoda” kepada sebuah kapal (iaitu keluarga).Jika anda mengemudi berlandaskan Islam, insyallah, anda sekeluarga akan mendapat rahmah dan keberkatan dari perkahwinan itu.
Bagi anda yang sudah bertemu jodoh, peliharalah perkahwinan anda dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang. Redha lah dengan setiap kekurangan pada pasangan anda kerana, pasti dia adalah jodoh terbaik untuk anda.
2. Rahsia Allah pada Rezeki
Rezeki pun antara rahsia Allah yang di tutup serapat-rapat nya. Saya percaya, dalam anda menjalani kehidupan seharian , anda pasti pernah terfikir yang :-
- Ada orang cacat tubuh badan dan derianya , tetapi mampu membina empayar yang besar dan kaya raya.
- Ada orang usaha satu hari sahaja,tetapi esok nya dah berjaya. Tetapi kita dah buat macam-macam usaha, tetapi masih belum berjaya seperti mereka.
- Ada orang yang belajar main-main tapi setiap kali result peperiksaan keluar, die lah yang paling gempak. Punya lah hebat bila baca sekali dah hafal and faham. Yang kita ni, belajar pagi petang siang malam,tetapi result biasa-biasa jer. Letih baca berpuluh puluh kali pun masih susah nak faham /nak lekat.
- Ada orang pula kerja bagai nak gila, tapi taraf hidup nya masih sama. Masih di takuk lama.Tak naik pangkat / gaji.
Abang / Kakak / Adik-Adik .. Ingatlah !!! – Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah.
Sebab tu bila kita terlalu risau dan memikirkan perihal rezeki ini , otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Pelbagai persoalan timbul dan masa tu, maka , syaitan akan menjadi “tukang bakar”pada iman kita. Syaitan akan menghasut kita supaya kita tak percaya kepada janji-janji Allah.Bila anda dalam keadaan tersebut, maka anda hati takkan tenang dan selalu dalam kerisauan.
Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah , orang yang tidak berputus asa berusaha , pasti akan berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik dari-Nya.
Tips :- Untuk anda dapatkan rasa cukup dengan apa yang telah di kurniakan kepada kita adalah, anda lihat dan renunglah kepada orang yang lebih susah dari anda.Lihat bagaimana kehidupan mereka.Sedang anda berkereta Kancil, mereka hanya ada motor sahaja yang kadang kala terpaksa berhujan dan berpanas dalam mencari rezeki. Sedang anda makan nasi dan ayam goreng,ada saudara kita yang hanya makan nasi kosong berlaukkan garam sahaja 1 kali sehari.
JANGAN LIHAT/BANDINGKAN KEHIDUPAN ANDA DENGAN ORANG YANG LEBIH KAYA ,TETAPI LIHATLAH PADA ORANG YANG KURANG BERNASIB BAIK DARI KITA.
3. Rahsia Allah pada Ajal Maut
Sakit bukan lah punca utama seseorang manusia meninggal dunia. Ada orang mempunyai penyakit kronik, tetapi dengan izin-Nya, mereka masih hidup bertahun-tahun lama nya.
Tetapi,kita pasti biasa dengar / baca, yang ada orang yang sihat walafiat, tiba-tiba meninggal dalam tidur. Ada juga orang yang tengah bermain bola sepak, tiba-tiba meninggal di tengah-tengah padang bola sepak. Ada yang masih muda / kanak-kanak kecil dah meninggal dunia. Jadi, JANGANLAH TERLALU YAKIN YANG ANDA AKAN HIDUP UNTUK 1 SAAT SELEPAS INI KERANA MAUT ITU TAKKAN TERLAMBAT / TERCEPAT WALAU 1 SAAT. Semua yang hidup pasti merasai mati.
Hidup dan mati itu adalah rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi anda masih hidup, berusahalah untuk menjaga kesihatan dan beribadat kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Kehidupan yang dipinjamkan Allah untuk sementara waktu ini hendaklah di gunakan dengan sebaik mungkin kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar.
Semoga kita semua diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga kelak 🙂 . Ini adalah rahsia Allah. Allah Maha Mengetahui.
Sumber Rujukan Artikel : Facebook Page (Bahagian Dakwah,JAKIM)
Sumber Hadis Mengenai Rezeki : DrMaza.com
Sumber Gambar : Google Image & MAIWP