9 Cara Buat Invoice Online Percuma & Profesional
9 Cara Buat Invoice Percuma & Profesional. Bagi anda peniaga , tak kiralah kecil atau besar skala perniagaan anda, invois antara dokumen yang amat penting untuk rekod perniagaan anda. Ia juga akan berguna semasa audit atau semakan akaun perniagaan anda.
Image Source : imprentaonline24.es
Namun, bagi peniaga kecil / online, kebanyakkan nya tiada invoice rasmi syarikat atau nama perniagaan kan. Jika tiba-tiba customer mintak invois untuk pembelian mereka, bagaimana ? Apa yang boleh anda lakukan untuk hasilkan invois yang profesional tetapi cepat dan percuma ?
9 Cara Buat Invoice Online Percuma & Pantas Tetapi Profesional
- Freeinvoicecreator
- Amat mudah hasilkan invois anda melalui laman web ini. Hanya masukkan maklumat seperti nama,alamat syarikat, details produk , harga dan terus print . Laman ini juga bolehkan anda letak logo pada bahagian atas invois anda untuk lebih nampak profesional.Anda boleh terus sent invois ke email pelanggan anda atau download pada format .pdf
- Waveapps
- 100% percuma dengan pelbagai fungsi untuk hasilkan invois yang cantik dan profesional.
- Hantar invois terus kepada pelanggan melalui apps Waveapps yang boleh di download secara percuma di Playstore/ Appstore.
- Terus terima pembayaran invois dari pelanggan melalui kad kredit/kad debit.
- Anda boleh hantar reminder terus ke pelanggan anda apabila melebihi “due date” yang telah anda tetapkan kepada pelanggan anda.
- Baca Artikel Ini : Bagaimana Waveapps Berfungsi ?
- invoiceto.me
- Jika anda perlukan invoise yang simple sahaja, invoiceto.me ini adalah pilihan anda yang tepat. Masukan details anda, harga dan keterangan produk, maka anda boleh terus muat turun dalam format .pdf
- Invoice-Generator
- Tools yang simple dan mudah untuk anda hasilkan invois yang profesional. Semestinya 100% percuma.
- free-invoice-generator
- Ia lebih kurang dengan invoiceto.me . Tools yang simple lagi mudah. Anda juga boleh masukkan diskaun /cas tambahan seperti GST atau kos penghantaran.
- onlineinvoices.com
- Hasilkan invois anda dengan pantas dan mudah di onlineinvoices.com . Boleh terus print invoice anda ataupun hantar terus ke email pelanggan anda.
- freeinvoicemaker
- Saya suka kan paparan invois melalui tools ini kerana ia lebih tersusun dan mudah untuk di buat.Anda juga boleh set kan tarikh due date invoice anda.
- Shopify
- Anda boleh gunakan tools buat invois dari Shopify ini. Ia semestinya 100% percuma dan boleh di gunakan oleh sesiapa sahaja.Invois dari Shopify ini nampak profesional.
- slimvoice.co
- Paling simple di antara 8 tools di atas. Jika pelanggan anda dari syarikat/golongan profesional, tools oni tidak begitu sesuai kerana terlalu simple dan tiada details syarikat anda.
Dari 9 Cara Buat Invoice Online Percuma & Profesional di atas,saya lebih suka pada no.2 iaitu Waveapps . Ini kerana , anda boleh manage invois yang telah anda buat dengan lebih teratur.Anda juga boleh track invoice mana yang belum di bayar, belum di hantar atau yang sudah menerima pembayaran dari pelanggan. Saya suka kan fungsi “Reminder” pada tools ini kerana ada kala nya, saya lupa pada due date setiap invois/pelanggan.
Sebelum gunakan Waveapps ini, pernah kami terima pembayaran lewat 3 minggu dari tarikh sepatutnya pelanggan membuat pembayaran pada kami.Itu pun baru teringat selepas buka file invois.
Jadi, buat anda yang mencari-cari software/tools/cara- cara buat invoice yang mudah, cepat tetapi PERCUMA , 9 tools di atas adalah jawapan kepada masalah anda.
Selamat Mencuba 🙂
menarik..byk rupanya website offer buat invoice on9..ciktom punya invoice utk blog..suami yg buatkan..sebab kdg2 certain company nak invoice utk rekod..
Betul Cik Tom..ada jugak customer saya yang mintak invoice.. beli USB kabel RM20..tp mintak resit..sbb nak tunjuk kat encik suami kata nya..hehe..layan kan jer ler.
Assalamualaikum… Hi…
terima kasih berkongsi maklumat dan ilmu yg amat bermanfaat.
Shah Perlis
Waalaikumsalam tuan shah. Alhamdulillah.
sy pun baru tau ada free app buat invoice tapi tu la… x blh byk masuk kan byk detail customers. hanya 4 je blh masuk… selebih nye klu nak byk kene beli yg pro punye… tapi bile nak beli x blh tekan pulak… pening pale cari … sudah nye edit2 je ..hahahhaha
hehe..Yes.. Biasa lah benda Free, mesti dia limitkan ..hehe