7 Cara Bayar Bil Air SAJ Online Johor

0 696

Jom bayar bil air SAJ online sekarang. Sekarang dah mudah nak bayar bil air SAJ anda tu, sebab semakin banyak medium pembayaran yang pihak SAJ sedia kan. Di bawah ini saya senaraikan dalam 7 cara pembayaran bil air SAJ yang boleh di lakukan secara online atau terus ke tempat pembayaran untuk bayar secara manual.

Kebiasaan nya, bil air kita tak lah mahal sangat, dalam belasan ringgit atau bawah RM50 sebulan. Tetapi jika anda dapat bil bulanan sehingga ratusan ringgit, tak logik dengan cara penggunaan serta penguna air dalam rumah anda, tolong buat aduan pada pihak SAJ untuk mereka semak dan check semula. Boleh jadi di sebabkan masalah meter air, atau paip bocor dalam tanah atau beberapa faktor lain yang membawa kepada bil yang sangat tinggi dari biasa.

Semak Bil Air SAJ online di sini : Ranhill SAJ e-Billing

7 Cara Bayar Bil Air SAJ Online Johor ( 3 Online + 4 Manual)

Cara 1 – Bayar bil air SAJ online dengan Perbankan Atas Talian

  •  Anda yang biasa buat transaksi / pembayaran online di bank-bank seperti Maybank2U , Bank Islam & Agro bank dan sebagainya, pasti nya cara bayar bil air SAJ ini lebih mudah, cepat dan selamat. Cara bayar bil air SAJ online adalah seperti berikut :
    • Pembayaran bil air melalui Maybank 2U
      • Login ke akaun Maybank2U anda.
      • Klik pada tab ‘ Pay & Transfer ‘ dan ‘ Pay ‘
      • Bahagian ‘Pay To’ , taip ‘SAJ’ dan pilih ‘ Ranhill SAJ Sdn Bhd ‘
      • Masukkan amaun bayaran MYR mengikut bil bulanan anda
      • Masukkan nombor akaun bil SAJ anda
      • Setelah semak dan nombor akaun betul/tepat, sila tekan ‘Pay’
      • Selesai. Anda boleh save kan details bil SAJ sebagai ‘Favourite’ supaya lebih mudah bayar bil air anda tu di masa akan datang.

 

    • Pembayaran bil air melalui Bank Islam Biz
      • Login ke akaun Bankislam.biz anda.
      • Klik pada tab ‘ Payment & Services ‘ > klik ‘ Bil Payment ‘ > klik ‘Payment (Bill)’
      • Di bahagian ‘Bill Payment’ , set kan ‘Payment Details’
      • Di bahagian ‘Recipient Type’ , jika anda first time guna , pilih ‘Open Biller’
      • Untuk bahagian biller, sila pilih ‘Syarikat Air Johor (SAJ)’ > masukkan bil account number > amaun pembayaran MYR
      • Tekan ‘Pay’

 

Cara 2 – Bayar bil air SAJ online dengan JomPay

  • Cara ini lebih kurang sama dengan cara 1 di atas kerana anda perlu login ke dalam perbankan atas talian anda untuk membuat pembayaran JomPay.
  • Ini cara bayar bil air SAJ online melalui JomPay di Maybank2U
    • Login ke akaun Maybank2U anda.
    • Klik pada tab ‘ Pay & Transfer ‘ dan ‘ Pay ‘
    • Klik bahagian ‘Pay To’ , pilih ‘JomPay’
    • Di tab JomPay, masukkan nombor biller code. Untuk SAJ, sila masukkan kod ini : 3673 > Klik ‘Enter’
    • Untuk Ref-1, masukkan nombor akaun SAJ anda. Ref-2 masukkan nombor bil bulanan (ada di bil anda) > masukan amaun pembayaran > klik ‘Agree’ > Klik ‘Pay’ untuk teruskan pembayaran.

cara bayar bil air SAJ online dengan JomPay

 

Cara 3 – Bayar bil air SAJ online dengan aplikasi MySAJ

Anda boleh install apliksi MySAJ secara percuma melalui Google Play Store & Apple App Store. Buat masa ni, saya cuba aplikasi ni masih dalam kategori acceptable ( tengok review tahap teruk 1.3 star sahaja) . Masa awal-awal dahulu, memang sangat tak user friendly /kerap hang/ crash. Untuk hujung tahun 2022, sudah ada improvement. Harap di perbaiki dari masa ke semasa seperti aplikasi MyTNB

 

  1. Login ke apps MySAJ anda
  2. Klik pada tab ‘Account ‘ > Klik pada ikon ‘ Bill information ‘
  3. Di page Billing Information ini, anda boleh lihat jumlah terkini bill air SAJ anda. Untuk buat pembayaran, klik pada ‘Pay Bills’
  4. Buat masa sekarang, anda boleh buat pembayaran melalui ‘FPX’ ( akaun simpanan ) sahaja. Pilih amaun pembayaran MYR> Klik ‘Pay bill’
  5. Di page ‘Payment’, pilih bank pembayaran anda > Klik ‘Proceed’ untuk selesaikan pembayaran anda.

bayar bil air SAJ online dengan MySAJ apps 2023

Cara lain untuk membayar bil air SAJ anda adalah :

  • Cara 4 – bayar bil air anda di kesemua cawangan 7-Eleven seluruh Malaysia. Bawa bil anda bersama dan minta petugas kaunter untuk proses kan pembayaran anda.
  • Cara 5 – Buat pembayaran di Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia .
  • Cara 6 – Kaunter Pos Malaysia Negeri Johor sahaja & Aplikasi Pos Malaysia
    • Seperti biasa dulu-dulu, anda masih boleh bayar bil air anda di kaunter Pos Malaysia. Sila bawa bil bersama dengan anda.
  • Cara 7 – Pembayaran melalui e-Pay.
    • E-Pay adalah salah satu service yang di tawarkan oleh syarikat GHL System. Kebiasaan nya , terminal payment e-Pay ini boleh di dapati di kedai-kedai seperti KK Mart & Lotus, serta stesyen minyak seperi Petronas, Shell, Caltex , Petron dan sebagainya. E-pay juga boleh bayar bil-bil lain seperti Astro, Celcom, Maxis, Indah Water dan sebagai nya. Sambil-sambil beli barang tu, boleh bayar bil sekali.

 

Banyak pilihan untuk anda membayar bil air anda. Jika anda suka bayar terus secara online, itu lebih baik kerana menjimatkan masa serta boleh bayar pada bila-bila masa. Di harap perkongsian cara bayar bil air SAJ online ini dapat membantu anda. Sila share dan sebarkan kepada rakan serta keluarga terdekat anda yer.

Leave A Reply

Your email address will not be published.