6 Tips Memandu Ketika Hujan Lebat
Biasa nya di Malaysia, setiap kali datang nya bulan November atau Disember setiap tahun, negara kita akan di landa dengan musim hujan . Sehingga kan ada beberapa kawasan yang mengalami banjir. Kebiasaan juga pada hujung tahun, kita akn habis kan cuti tahun dengan pergi bercuti atau pulang ke kampung melawat ibu bapa.
Jadi, anda ada ketika nya perlu memandu dalam keadaan hujan lebat , 6 Tips Memandu Ketika Hujan Lebat ini boleh anda praktik kan dan pesan kepada anak-anak / rakan-rakan supaya semua orang lebih berhati-hati di jalan raya.
6 Tips Memandu Ketika Hujan Lebat
1) PASTIKAN JARAK YANG SELAMAT
*******
Jarak penglihatan kita agak terhad ketika memandu semasa hujan terutama semasa hujan lebat. Anda mungkin nampak dengan tak nampak sahaja kereta di hadapan anda . Lagi lah jika kereta di depan anda tu jenis tak reti bahasa seperti tak pasang lampu belakang, ia bakal memberikan masalah kepada anda kelak .
Jadi,dalam keadaan ini, anda perlu perlahan kan kenderaan anda dan dan jaga jarak dengan kereta di hadapan dalam jarak anggaran 2-3 saat.
Ingat, jalan sangat licin ketika itu dan tayar kereta tidak mungkin kurang mencengkam kuat jika anda brek secara mengejut. Ini lah penting nya anda kekalkan jarak di antara kereta anda dan kenderaan di hadapan anda. Anda juga di galakkan untuk memeriksa ‘kesihatan’ tayar anda dari segi keadaan bunga tayar dan tekanan udara dalam tayar.

2. HIDUPKAN LAMPU KENDERAAN
*******
Ini Tips Memandu Ketika Hujan Lebat terpenting . Sila nyala kan lampu kenderaan anda terutama waktu hujan lebat. Jika kurang lebat, anda masih boleh lagi hidupkan lampu kecil/fog lamp. Tolong jangan berlagak hebat dengan tidak menyalakan lansung lampu anda kerana ia tinggikan risiko anda di langgar dari belakang.
Mungkin ada pemandu di belakang anda yang rabun jauh atau mempunyai penglihatan yang kurang baik / jelas , ini amat merbahaya kepada anda dan pemandu di belakang anda.
Ini kerap terjadi di jalan raya di Malaysia ini. Saya pernah hampir terlanggar belakang sebuah kereta Honda dek kerana tidak perasan bahawa ada kereta di hadapan saya. Hujan sangat lebat, dan kereta beliau berwarna Perak (Silver), jadi lagi lah tak perasan .
Jadi, ambil iktibar dari kejadian ini dan tolong lah pasang lampu kenderaan anda semasa hujan. Pemandu di hadapan anda dapat lihat kehadiran anda di belakang mereka, dan anda juga dapat melihat yang ada kereta di hadapan anda yang membolehkan anda mengawal jarak anda dengan kenderaan di hadapan. Mudah kan ? Kita perlukan kerjasama semua pengguna jalanraya untuk keselamatan bersama.
3. SENTIASA ON RADIO / GPS DEVICE
*******
Ini bukan untuk anda menyanyi dan berkaraoke dalam kereta. Tetapi ia hanya untuk anda mendapatkan laporan trafik terkini berkenaan dgn jalan yang anda sedang gunakan. Mungkin ada pengguna di hadapan anda membuat laporan ada nya kemalangan / kereta rosak. jadi, ia membantu anda untuk perlahankan kereta dan lebih berhati-hati. Kebiasaan nya, Waze ada memaparkan info seperti kelajuan kenderaan di hadapan atau kereta rosak atau kemalangan .
4) PANDU LORONG PALING KIRI
********
Jika anda memperlahankan kereta , sila pandu di bahagian lorong paling kiri (bukan lorong kecemasan yer). Jadi, pemandu lain di bahagian kanan boleh memotong anda tanpa menyondol bumper kereta anda..hehe. Apabila berada di lorong kiri , kebanyakkan pemandu lain pun akan turut perlahankan kenderaan mereka, Jadi, anda boleh memandu dengan tenang.
Jika anda hendak memotong ,pastikan lihat kenderaan di lorong sebelah kanan anda dan pastikan jarak nya selamat untuk anda masuk ke lorong tersebut . Itu lah penting nya tips nombor 2 tadi kerana , dengan nyalaan lampu kenderaan tersebut, anda boleh mengagak yang kenderaan tersebut masih jauh dan selamat untuk masuk ke lorong tersebut .

5) PERHATIKAN KENDERAAN BESAR
*******
Ini juga amat penting . Perhatikan kenderaan yang lebih besar di hadapan anda seperti bas, lori atau kenderaan berat yang lain. Kenderaan besar ini mempunyai titik buta yang lebih besar dan agak sukar untuk melihat anda terutama ketika anda di belakang mereka. Sila berhati-hati dan jaga jarak anda dengan mereka .
Ada juga kita lihat yang lampu belakang seperti lori yang tidak terang dan malap. Ia membuatkan anda tidak dapat menganggarkan berapa jauh jarak sebenar lori tersebut . Jadi, sila perlahankan kenderaan anda sehingga anda dapat lihat lori tersebut dengan jelas.
6) ELAKKAN TEMPUH LOPAK AIR
*******
Sebaik nya dan seboleh nya, jangan menempuh lopak air di hadapan anda kerana di khuatiri ia mempunyai lubang yang agak besar atau dalam . Ini akan membuatkan tayar anda rosak atau meletup jika lebih teruk . Banyak lopak air terutama nya di jalan-jalan bandaran atau kampung atau sesetengah tempat yang sedang ada pembinaan di sekeliling nya . Sila berhati-hati. Jika ada kenderaan lain di sebelah anda, anda perlahankan kenderaan anda seboleh mungkin jika terpakda menempuh lopak air tersebut . Buat anda yang menggunakan sport rim 17″ , 18″ , 19″ beserta tayar nipis, jangan menangis bila rim kesayangan anda bengkok atau pecah yer .
