55 Juta Unit Xiaomi Power Bank Terjual

0 103

Power bank bukan lagi pilihan kepada anda, tetapi di saat teknologi telefon bimbit yang semakin canggih dan perlukan kuasa bateri yang lebih besar, maka power bank telah menjadi gajet yang wajib di miliki bagi setiap pemilik telefon bimbit di Malaysia dan seluruh dunia am nya. Boleh lah di kata kan, satu telefon bimbit satu power bank .

Saya tidak di nafikan, saat ini ada telefon bimbit yang mempunyai kapasiti yang lebih besar dari model terdahulu (3000 ~ 5000mAh) dan bagi anda, tak perlu lah power bank sebab bateri telefon tu sendi dah cukup besar.

Tetapi tidak dapat tidak, dengan penggunaan Internet 4G dan kepesatan aplikasi telefon bimbit anda, anda tetap perlukan power bank untuk mengecas bateri.Lebih-lebih lagi di saat-saat kecemasan / perlukan mendapat bantuan / travel ke luar kawasan.

Di sebabkan ramai di luar sana mempunyai masalah bateri cepat ‘kong’, power bank menjadi buruan pemilik-pemilik telefon bimbit. Dengan itu, Xiaomi telah mengumumkan bahawa, mereka telah berjaya menjual sebanyak 55 juta unit Xiaomi Power Bank sejak 3 tahun yang lepas (bermula dari 4 Disember 2013) di seluruh dunia.  Ia satu angka yang sangat mengujakan dan tertinggi di kalangan pengeluar power bank dunia.

xiaomi_power_bank

Ini bermakna, Xiaomi Power Bank terjual sebanyak 6 unit untuk setiap 10 saat. Hebat kan ??

Pada pendapat kami, kekuatan Xiaomi Power Bank terletak pada HARGA MAMPU MILIK nya. Anda boleh mendapatkan power bank di Xiaomi Malaysia dengan hanya RM99 (20000mAh), RM89 (16000mAh), RM59 (10000mAh) & RM39 (5000mAh). Cuma masalah utama Xiaomi Malaysia adalah, power bank di laman web rasmi mereka selalu Out Of Stock. Mungkin anda perlu tunggu lebih lama untuk dapatkan Xiaomi Power Bank anda.

Apakah anda salah seorang pengguna Mi Power Bank ? Ada tak jenama power bank lain yang anda cadangkan yang tahan lama & tak mudah rosak ?

Share kan pendapat anda yer 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.