5 Langkah Pencegahan Wabak COVID-19

0 428

Laman Facebook Public Health Malaysia telah mengeluarkan saranan 5 Langkah Pencegahan Wabak COVID-19 yang boleh di lakukan oleh rakyat Malaysia yang keluar membeli barangan keperluan harian di sepanjang tempoh had pergerakan dari 18/Mar sehingga 31/March/2020.

Seperti yang di nasihati oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia,hanya seorang ketua keluarga / wakil sahaja di benarkan untuk keluar membeli barang keperluan harian sepanjang tempoh had pergerakan di kuatkuasa kan.  Ketua keluarga / wakil ini hanya perlu membeli barangan keperluan sahaja tanpa perlu berjalan -jalan ke sana ke mari.

 

INI 5 LANGKAH PENCEGAHAN WABAK COVID-19 YANG PERLU DI LAKUKAN SELEPAS KELUAR MEMBELI BARANG KEPERLUAN

 

6 Langkah Pencegahan Wabak Covid 19 Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan Mar 2020
Sumber: FB Page Public Health Malaysia

Langkah 1 – Buka Topeng Muka Masukkan Ke Dalam Plastik dan Buang Ke Tong Sampah

Topeng muka yang anda pakai berfungsi untuk menahan / melindungi mulut dan hidung anda dari sebarang bendasing ketika di luar. Jadi, adalah lebih baik untuk anda yang telah selesai membeli barang keperluan dan pulang ke kediaman masing-masing untuk terus buka topeng muka tersebut dan terus buang ke dalam plastik sampah. Ini bertujuan supaya jika ada virus yang melekat di permukaan topeng muka anda dapat di asingkan dengan seberapa segera.  Lagi pun, ia sudah kotor dengan habuk dan lain-lain bendasing. Jangan letak topeng muka yang telah di gunakan merata-rata, di khuatiri ia di pegang oleh anak-anak /adik beradik anda yang menyebabkan kemungkin mereka di jangkiti wabak  COVID-19 tersebut. Jadi, langkah pencegahan wabak COVID-19 yang baik adalah buang  terus penutup muka yang kita gunakan.

 

Langkah  2 – Elakkan menyentuh , memeluk anak , bersalaman dengan ahli keluarga.

Apabila anda pulang dari luar / membeli barangan rumah, jangan terus salam/peluk anak atau ahli keluarga anda yang lain kerana, di khuatiri virus yang terlekat di tangan anda menjangkiti mereka. Kita tak tahu di mana virus ini melekat, jadi sebagai langkah pencegahan wabak COVID ini, tolong jangan terus sentuh apa-apa barang mahupun ahli keluarga setelah pulang dari membeli barang keperluan anda.

 

Langkah 3 – Pergi ke tandas, buka pakaian dan rendam dalam air sabun

Ini penting kerana, virus COVID-19 ini akan mati apabila terkena bahan sabun / cucian , Jadi, sebagai langkah terbaik pencegahan wabak COVID 19 ini , anda terus sahaja ke tandas/bilik air rumah anda dan rendamkan pakaian tersebut ke dalam baldi yang berisi air sabun untuk tempoh beberapa jam.

 

Langkah 4 – Mandi dengan sabun. Bersihkan muka, tangan serta badan secara keseluruhan.

Paling baik jika anda mandi dengan mandian sabun yang ada pembasmi kuman seperti Dettol , Antabax atau apa-apa jenama yang mempunyai fungi pembunuh kuman di dalam nya. Bersihkan keseluruhan badan anda.

 

Langkah 5 – Baru bertemu dengan ahli keluarga

Selepas selesai pembersihan diri anda, anda boleh lah bertemu dengan tenang nya.

 

Untuk membendung wabak virus COVISD-19 ini, kita mesti mengutamakan kebersihan diri dan keluarga serta jarakkan diri anda dari bersentuhan / bertemu dengan mereka yang tidak sihat / mereka yang pulang dari luar negara dan sebagai nya.  Di saat kita rakyat Malaysia sedang dalam fasa kawalan pergerakan ini, adalah amat penting untuk mematuhi setiap arahan dari pihak berkuasa supaya, wabak ini dapat di hapuskan dengan segera dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Sila amalkan langkap pencegahan wabak COVID-19 ini dengan serius dan sebarkan sebarang info berkaitan supaya lebih ramai yang cakna dengan apa yang berlaku sekarang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.