5 Kelebihan Guna Kad Kredit Maybank Ikhwan

0 737

Di sini saya kongsikan 5 kelebihan apabila anda menggunakan kad kredit Maybank Ikhwan. Kenapa Ikhwan ? Sebab saya sedang menggunakan kad kredit tersebut untuk perbelanjaan bulanan saya. Jadi, saya dapatlah kongsikan apa kelebihan yang saya dah dapat sepanjang menggunakan kad tersebut. Namun, sebenar ada banyak lagi jenis kad kredit yang lain seperti Maybank Visa Classic, Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card, Maybank Mastercard Platinum dan sebagai nya, tetapi saya memilih kad Ikhwan kerana 5 sebab di bawah.

Lagi pun, kad kredit Maybank adalah antara kad kredit biasa yang “laku” dan mudah apabila anda ingin berbelanja membeli sesuatu yang mahal yang bolehkan anda membayar secara ansuran mudah 0% interest. Contoh anda nak ambil iPhone 14 di Shopee, anda akan dapat menikmati bayaran ansuran smartphone tersebut sehingga 18 bulan pada 0% faedah. Menarik kan ? Anda tak perlu keluarkan duit sehingga RM4000 cash untuk dapatkan iPhone 14 tersebut, tetapi anda boleh guna kad kredit anda & buat bayar ansuran sebanyak RM222 sebulan selama 18 bulan. Kad kredit bank lain pun laku juga, cuma kad Maybank  bagi pendapat saya lebih banyak kedai / jenama yang turut serta dalam program EPP 0% interest.

Ok, berbalik kepada apa kelebihan yang anda akan dapat apabila anda menggunakan kad kredit Maybank Ikhwan :

 

5 Kelebihan Guna Kad Kredit Maybank Ikhwan

apply kad kredit maybank ikhwan gold 2023

1) Anda tidak perlukan basic gaji yang terlalu tinggi untuk memohon kad kredit Maybank Ikhwan.

  • Dengan basic gaji serendah RM2’500 sebulan sahaja , anda sudah layak untuk memohon kad kredit Ihkwan ini. Jadi jangan bimbang terutama bagi anda yang baru beberapa bulan bekerja, anda boleh cuba memohon di cawangan Maybank berdekatan / melalui website Maybank2U.
  • Namun, permohonan anda masih tertakluk kepada terma dan syarat dari Maybank. Bergantung juga kepada credit score anda. Sila semak melalui CTOS / CRISS anda.

 

2) Anda berpeluang untuk mengerjakan umrah setiap kali anda berbelanja menggunakan kad Ikhwan.

  • Kad Ikhwan merupakan antara kad kredit yang memberikan anda peluang memenangi pakej mengerjakan umrah setiap kali anda menggunakan / berbelanja menggunakan kad tersebut. 2 orang akan terpilih setiap bulan.
  • Penyertaan adalah secara automatik setiap kali anda berbelanja minimum sebanyak RM200 dalam satu resit pembayaran. Lagi banyak anda berbelanja, lagi tinggi peluang anda untuk dapat pakej umrah yang di taja sepenuh nya oleh pihak Maybank
  • Untuk yang bukan beragama islam, pihak Maybank akan menawarkan pakej percutian kepada anda.

 

3) Ada 5% cash rebate untuk Petrol & Groceries dengan had maksima cash rebat sebanyak RM50 sebulan

  • Untuk mendapatkan cash rebat tersebut, anda perlu berbelanja untuk petrol dan barang runcit pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Jadi setiap kali awal bulan berikut nya, cash rebat ini akan terus di kreditkan di dalam statement kad kredit anda. Jadi, kurang lah bayaran kad kredit anda nanti.
  • Cuma cash rebat ini hanya terhad untuk maksimum RM50 sahaja untuk 1 bulan. Makna nya, setiap kali anda berbelanja RM1000 dalam sebulan, anda akan dapat pulangan tunai sebanyak RM50. Anda perlu bayar Rm950 sahaja untuk langsaikan baki hutang kad kredit anda.

 

4) Tabung amal – 0.1%

  • Berbelanja sambil beramal. Itu lah yang anda akan dapat setiap kali anda berbelanja menggunakan kad kredit Maybank Ikhwan ini.Insyallah, ada juga saham akhirat kita sedikit sebanyak.

 

5) Mata ganjaran setiap kali berbelanja RM1 = 1 treat point

  • Dengan setiap RM1 yang anda belanja, anda akan dapat 1 Maybank Treat Point. Lagi banyak anda berbelanja, lagi banyak Treat Point yang akan terkumpul. Point-point ganjaran  tersebut sebenar kan boleh kan anda untuk tebus barang seperti Oven, Kipas, Jam tangan, minyak wangi dan sebagai nya.
  • Anda boleh semak apa barangan yang anda boleh claim berdasarkan point ganjaran anda. Semak tawaran tersebut di sini : Maybank Treat Point Redemption 

 

Apply kad kredit Maybank secara online. 100% selamat. Info lebih lanjut di sini : >>Apply Kad Kredit Maybank

 

Saya faham ramai yang mengatakan lebih baik jangan menggunakan kad kredit kerana interest kad kredit sangat tinggi. Jadi, dah ramai juga rakyat Malaysia yang terperangkap dengan hutang kad kredit sehingga mereka tak mampu bayar dan di isytiharkan muflis. Namun, jika anda sangat berdisiplin dalam membayar hutang anda, ada cash simpanan serta boleh membezakan keperluan / kehendak, pada pendapat saya, tiada masalah untuk menggukan kad kad kredit untuk berbelanja.

Macam saya, lebih suka menggunakan kad kredit semasa belanja barang-barang dapur untuk dapatkan cash rebat serta mata ganjaran. Selepas 2-3 hari kemudian, saya terus bayar penuh apa yang saya gunakan. Tiada nak risau lagi di kenakan interest yang tinggi. Jadi, bagi saya, anda perlu pandai berbelanja supaya tidak menjerat anda di masa akan datang.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.