5 Cara Capai Matlamat Hidup Dengan Bergaya
Apa cara capai matlamat hidup untuk tahun baru ni ? Saya bukan lah pakar motivasi atau influencer yang boleh memberi kata-kata semangat untuk anda, tetapi saya share cara bagaimana saya kekal consistent dalam kehidupan seharian saya untuk mencapai matlamat atau impian saya. Untuk impian yang besar, mungkin saya memerlukan tempoh yang lebih lama,tetapi saya percaya masih boleh di capai dengan langkah serta perancangan yang teratur.
Jom saya share kan 5 cara capai matlamat hidup secara tenang dan bergaya. Hidup ni keras dik, tetapi kalau tak berusaha, lagi keras kejung lah hidup awak nanti dik 😛
5 Cara Capai Matlamat Hidup Dengan Bergaya
1) Kenal pasti matlamat utama yang anda hendak capai
Kenal pasti dengan jelas terlebih dahulu, apa impian / cita-cita yang anda mahu capai dalam tempoh 1 tahun , 2 tahun sehingga 5 tahun yang akan datang. Anda senarai kan apa pencapai yang anda nak untuk setiap tahun tersebut. Lagi besar matlamat anda, lagi lama lah tempoh yang anda perlu ambil ke arah impian tersebut.
Selain dari mempunyai matlamat yang jelas, anda juga perlu mengambil kira adakah matlamat anda tersebut boleh di ukur, mampu di capai dalam satu-satu tempoh masa yang telah di tetapkan dan semesti nya relevan/sesuai dengan keadaan semasa. Ye lah, dulu nilai duit yang kita ada tak sama dengan sekarang, makin lama makin mahal. Jadi, ada impian yang terutama nya berkaitan dengan harta benda (rumah/kereta dsb)Â yang mungkin memerlukan tempoh masa serta usaha yang lebih tinggi lagi. Ini yang di maksudkan dengan relevan dengan keadaan semasa.
Matlamat yang anda tetap kan juga mesti lah jelas dan tetap. Tak boleh lah nak tiba-tiba tukar ke matlamat lain di sebabkan anda dah berputus asa dan tak yakin dengan impian anda tersebut.
2) Pecah kan matlamat tersebut kepada matlamat yang lebih kecil.
Bila anda sudah kenal pasti kan impian & matlamat hidup yang jelas, langkah kedua adalah pecahkan matlamat tersebut kepada matlamat-matlamat yang lebih kecil (saya panggil sebagai ‘sub-task’) supaya anda nampak apa tindakan yang perlu anda ambil untuk mencapai impian anda tadi. Saya berikan contoh untuk mudahkan anda faham berkenaan langkah ke-2 ini.
Matlamat/impian utama anda : Dalam tempoh 3 tahun lagi, anda nak miliki rumah sendiri.
Jadi untuk nak beli rumah, anda perlu :
- Sub-task #1 – Tingkatkan pendapatan bulanan.Kumpul duit untuk sekurang nya 10% deposit rumah.
- Sub-task #2 – Kurangkan komitmen hutang bulanan. Langsaikan hutang-hutang kecil dahulu.
- Sub-task #3 – Jaga & bina profile kewangan anda sebaik mungkin. Semak rekod CTOS / CCRIS anda secara berkala.
- Sub-task #4 – Cari ilmu & networking dengan orang sekeliling anda. Untung-untung ada pakcik satu kariah nak jual rumah dia dengan harga lebih baik. Siapa tahu kan, rezeki..
Jadi, bila anda dah pecahkan matlamat utama anda kepada yang lebih kecil, anda akan nampak apa yang anda perlu buat untuk mencapai impian utama anda tu. Dapat sesuatu yer ?
Cara ini akan dapat membantu anda untuk terus kekal positif dan tidak mudah berputus asa dengan apa jua rintangan dan cabaran sepanjang tempoh anda nak capai matlamat tersebut. Buat satu-satu, lama-lama akan dapat hasil nya.. Lebih manis bak kata orang.
3) Susun sub-task mengikut keutamaan.
Cara capai matlamat hidup seterus nya adalah susun serta jadual kan setiap sub-task kepada mingguan atau hari. Orang kata “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit” kan, jadi anda perlu susun mana task yang anda boleh buat pada setiap hari, apa task yang perlu di selesai kan pada setiap minggu serta semak semula progres anda pada setiap hujung bulan.Sebaik nya juga letak bila tarikh yang anda harus capai sub-task anda tersebut.
Ini sedikit sebanyak aka membantu anda untuk track segala progress anda dari masa ke semasa supaya anda boleh susun semula langkah mana yang anda boleh di tambah baik atau bagaimana anda boleh pendek kan progress matlamat anda.Lagi cepat anda selesaikan sub-task anda, lagi cepat lah anda akan capai matlamat utama anda.
4) Selesaikan sub-task yang berimpak tinggi.
Setelah anda ada impian dengan jelas, kemudian anda kecil kan skop matlamat anda kepada sub-task yang kecil bagi bantu anda fokus untuk capai impian utama anda.Pada pendapat saya, saya sarankan anda untuk fokus dengan selesaikan sub-task-sub task yang akan memberikan impak yang besar. Saya beri contoh lain.
Kata kan impian anda nak melancong ke negara Eropah pada hujung tahun ini. Banyak persediaan yang anda perlu buat sebelum berangkat ke sana. Jadi, antara sub-task yang berimpak tinggi adalah seperti semak tarikh luput passport anda. Jika kurang 6 bulan dari tempoh tamat passport anda,anda perlu kan renew dengan segera passport tersebur. Bila high impacted stuff ini sudah di selesaikan, sekurang-kurang nya 60% subtask anda sudah terlaksana.
5) Mula kan sekarang-No more excuse.
Lagi cepat anda mula kan langkah-langkah untuk mencapai matlamat anda, lagi cepat kan anda dapat capai impian tersebut.Jangan tangguh okay. Buat sekarang juga tanpa bertangguh lagi.
Ini antara 5 cara capai matlamat hidup anda saya boleh sarankan untuk anda buat & mula kan dari sekarang. Namun, ini bukan lah satu motivasi untuk anda, tetapi lebih kepada sharing dari apa yang saya buat sebelum ni.