fbpx

4 Cara Buat Link Whatsapp Paling Cepat

0 26

Banyak cara buat link whatsapp yang di kongsi kan, tetapi ini 4 cara buat link whatsapp dengan lebih pantas dan mudah tanpa perlu kod yang pelik-pelik atau susah. 

Pertama nya, kenapa anda perlu mahir kan cara buat link whatsapp untuk aktiviti seharian anda ? 

  1. Bakal pelanggan anda mudah untuk menghubungi / mesej anda dengan hanya tekan link yang anda share kepada mereka.
  2. Bakal pelanggan anda tidak perlu simpan/save nombor telefon anda dalam phonebook mereka terlebih dahulu – Buang masa 
  3. Dari link yang anda buat, anda tahu apa yang bakal customer anda nak kerana anda boleh set mesej pendek dalam link tersebut. Jadi, boleh terus deal dengan cepat. 
  4. Boleh di gunakan di pelbagai platform seperti di Facebook, Instagram, Twitter, atau di mana sahaja untuk mudahkan pelanggan anda mencari anda.

 

Oleh sebab itu, anda WAJIB mahirkan diri dengan cara buat link Whatsapp untuk memudahkan proses perniagaan anda. Ada bakal pelanggan kita tak suka buang masa untuk deal dengan anda. Lagi cepat anda senang di hubungi, lebih baik .

Jika anda tidak pasti bagaimana nak buat link Whatsapp dengan lebih cepat dan mudah, saya kongsikan tips ini . Semoga memberi manfaat dan boleh membantu anda sebaik mungkin. 

 

4 Cara Buat Link Whatsapp Yang MUDAH dan BERKESAN

 

1 ) Guna link rasmi dari Whatsapp – PERCUMA

Ini cara buat link whatsapp paling cepat, mudah dan menggunakan link yang sah dari aplikasi Whatsapp sendiri. Namun, ada syarat nya,  anda perlu menggunakan aplikasi Whatsapp business , bukan Whatsapp biasa. 

Yang best nya, anda boleh terus dapatkan link Whatsapp anda dari dalam aplikasi Whatsapp bussiness itu sendiri .

Buka Whatsapp Business > Klik Setting > Klik Business Setting > Klik “Short Link”

Anda hanya perlu copy dan paste link tersebut dan boleh share terus kepada bakal pelanggan anda. Mudah .. Sepanjang saya menggunakan link rasmi Whatsapp ini, saya rasakan ia nya lebih laju loading / masuk ke paparan Whatsapp berbanding link whatsapp yang lain.

Selain dari default link , anda juga boleh customize dengan letakkan apa mesej yang anda nak pelanggan anda sent kepada anda. Jadi, senang untuk anda tahu apa yang bakal pelanggan anda mahukan. 

Cuma link nya akan jadi panjang, tetapi tak perlu risau. Anda boleh gunakan link shortener seperti Bit.ly untuk mendapatkan link yang pendek.

 

2) Cipta link dengan wasap.my – PERCUMA

Ini antara cara buat link Whatsapp yang saya gunakan sejak fungsi link direct Whatsapp di perkenalkan kepada umum. Ia nya juga amat mudah untuk di gunakan. Cara nya adalah seperti ini : 

  1. Anda perlu kan link ini :- https://www.wasap.my/  pada permulaan link yang anda nak hasilkan. Jangan salah alamat yer.. Contoh nya taip Wassap / Wasup / Watsap , ia tak kan berfungsi kerana salah nama alamat link. 
  2. Pada bahagian belakang link tersebut, anda perlu masukkan nombor telefon anda. Contoh : https://www.wasap.my/60177879824 . Perlu ada nombor 6 di awal nombor telefon anda untuk ia berfungsi – nombor 6 mewakili nombor telefon dari Malaysia.
  3. Anda boleh masukkan mesej yang anda nak pelanggan tag produk/ servis anda di belakang link nombor 2 tadi. Jangan letak “space” di mesej tersebut ok. Contoh : https://www.wasap.my/60177879824/nakbelicable 
  4. Anda boleh terus copy link tersebut dan share dengan pelanggan anda. Jika anda tak nak share link yang panjang, anda boleh gunakan link shortener seperti bit.ly yer. 

Itu sahaja.. Mudah kan? Yang penting bila guna kan wasap.my ini, pastikan link yang di gunakan adalah betul . Anda boleh terus copy paste link yang saya buat di atas, dan ubah mana bahagian yang anda perlukan.

 

3) Gunakan link dari Wassap.me – PERCUMA 

Langkah-langkah cara buat link Whatsapp menggunakan Wassap.me lebih kurang sama dengan cara nombor 2 di atas. Cuma ada sedikit perbezaan bila anda menggunakan link ini iaitu :

  • Anda akan dapat satu link yang simple, tetapi mempunyai mesej yang panjang .Saya tunjukkan contoh nya : 
    1. Masuk ke https://www.wassap.me/ 
    2. Klik pada butang “bina keyword anda” 
    3. Masukkan keyword yang anda nak pelanggan anda hubungi anda . Tekan butang Next
    4. Masukkan nombor telefon dan mesej yang lebih spesifik . Tekan butang Next
    5. Selesai. Copy link yang anda buat tadi, dan share dengan pelanggan anda . 

Cuma untuk buat link Whatsapp ini, anda perlu bina link anda menggunakan form online di PC / smartphone anda kerana, link yang bakal anda share nanti tidak mempunyai nombor telefon dan mesej dari link tersebut. Anda tidak boleh buat secara manual. 

Yang bagus nya Wassap.me adalah, ia sudah siap short kan link anda tanpa anda perlu pendekkan guna bit.ly . 

 

4) Guna aplikasi Nak Wasap dalam smartphone – PERCUMA

cara-buat-link-whatsapp-guna-apps

Ini antara cara buat link whatsapp yang senang sebab anda boleh terus hasilkan Whatsapp link terus dari apps tersebut. Memang sangat mudah. 

Antara kelebihan menggunakan aplikasi ini adalah : 

  1. Jika ada penjual yang tidak share Whatsapp link mereka dan hanya share nombor telefon sahaja, dengan apps ini, anda boleh terus mesej seller tersebut dengan hanya masukkan details nombor telefon serta mesej yang anda nak sampaikan. Selepas itu tekan “Send” . Fungsi ini sama dengan bila ada tekan link Whatsapp. Jadi, tak perlu lah anda nak tunggu seller tersebut share link. 
  2. Jika anda seller, anda boleh terus generate link Whatsapp melalui apps ini . Masuk kan details, dan copy link yang terhasil, Lalu share dengan pelanggan anda. 

Bagi anda yang nak buat link Whatsapp tanpa perlu taip secara manual atau perlu masuk ke PC, aplikasi ini amat membantu anda. 

 

Ada banyak lagi cara buat link Whatsapp yang mungkin lebih mudah, tetapi saya recommend 4 cara ini sebab , ia nya biasa di gunakan sepanjang saya berurusan dengan pelanggan saya. Kini dah lebih mudah dengan apda fungsi sebegini kerana : 

  • Anda dah tak perlu simpan nombor pelanggan anda dalam phonebook sebelumn menghubungi mereka.
  • Untuk pelanggan pula, mereka lebih mudah untuk hubungi anda kerana ia lebih cepat dan sangat mudah. Mudah lah proses close sale anda
  • Anda boleh share link tersebut di mana-mana akaun sosial media anda. Lebih ramai pelanggan anda kelak. 

Jadi, jika anda ada cara lain untuk buat Whatsapp link yang lebih canggih atau mudah, anda boleh kongsikan di ruangan komen di bawah supaya lebih ramai yang mendapat manfaat bersama. Di harap dengan 4 cara buat link Whatsapp ini, anda akan mendapat lebih ramai pelanggan. Aminnnn…

Leave A Reply

Your email address will not be published.